Ibu mana la yang nak tengok anak-anak mereka tak nak makan dan asyik bermain jek. Semua ibu mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Di sini, saya ingin berkongsi tips untuk membantu para ibu menangani masalah ini.
1. JANGAN MEMAKSA ANAK UNTUK MAKAN.
opsssss....jangan marah-marah anak tu kalau anak tu tak nak makan. sebab kalau ibu paksa, anak-anak ras tertekan dan terus tak nak makan.
2. MENGAJAK ANAK BERMAIN SAMBIL MAKAN
macam mana tu? haaaa...mommy, pernah tak tengok ibu buat bunyi kapal terbang sambil menyuap makanan ke mulut anak?itu la yang menarik perhatian anak-anak untuk makan. teringat lagi kepada mak. dulu cara dia nak menarik perhatian adik untuk makan, mak bukak air paip. adik main air paip tu sambil makan. hehehehehe...macam-macam kaedah mommy.
3. PERSEMBAHAN MAKANAN ALA-ALA MASTERCHEF
jangan ingat nak ikut pertandingan masakan jek perlu hidang makanan dengan hidangan yang cantik dan menarik. apa kata mommy wat persembahan yang cantik untuk menarik perhatian si kecil untuk makan. kalau tengok dalam majalah pa&ma, macam-macam contoh persembahan makanan mereka tunjukkan. ada gak idea baru.
4. ELAKKAN MINUM AIR SAMBIL MAKAN.
latih anak kita untuk minum selepas habis makan. sebab kalau kita biasakan mereka minum air sambil makan, nanti perut mereka cepat kenyang. lepas tu, mereka tak nak makan da.
5. MAKAN RAMAI-RAMAI
kadang-kadang, kita tak dapat jangka selera kanak-kanak ni. bila mereka makan dengan kawan-kawan...selera mereka bertambah-tambah sedangkan apabila dengan kita, nak suruh tambah nasi pun susah.
6. AJAK ANAK-ANAK MEMBANTU KITA MENYEDIAKAN HIDANGAN MAKANAN
anak-anak rasa seronok bila kita mintak tolong mereka angkat pinggan @ sudu @ gelas kat atas meja. latih mereka untuk membantu kita. sambil menimbulkan keseronokan mereka, sambil tu kita melatih mereka tanggungjawab.
7. MENU PILIHAN
sekali sekala, tanya anak anda, mereka nak makan apa. dengar cadangan menu mereka. bila hujung minggu, sediakan menu yang mereka mahukan. ini akan membuatkan mereka berasa gembira dan mahu makan.
8. MAKAN SENDIRI
kebanyakan ibu bapa tidak mahu makanan bersepah dan tumpah. oleh itu ibu sanggup menyuap anak-anak mereka atau memarahi anak mereka apabila makanan bersepah-sepah di atas lantai. berikan kebebasan kepada mereka, tetapi dalam masa yang sama, tegur mereka dengan cara yang lembut. mereka juga akan berasa lebih seronok kerana dapat merasai pengalaman seperti orang dewasa, iaitu makan sendiri.
9. KURANGKAN PEMAKANAN SNEK
sebelum makan, kurangkan pemakanan snek kerana ini akan menyebabkan anak-anak akan cepat berasa kenyang dan lebih suka memilih snek daripada makanan sihat.
10. PELBAGAIKAN VARIASI MAKANAN
apa kata mommy perkenalkan baru dengan mencampurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak-anak. ini akan menambah pengalaman mereka merasai pelbagai jenis makanan.
11. SHOPPING BAHAN DAPUR
ajak anak-anak anda membeli-belah barang dapur bersama-sama. sekurang-kurangnya mereka dapat menambah pengetahuan tentang bahan-bahan mentah dalam menyediakan makanan harian mereka. keseronokan ini menambah kerterujaan anak-anak untuk makan.
Wah!! kalo nak tulis semuanya..memang banyak tau. Ini semua adalah pengalaman saya sendiri dalam membesarkan tiga orang small soldiers saya ni. Anak-anak saya pun seperti kebanyakan anak-anak yang lain, mempunyai masalah selera makan, kurang fokus dan sebagainya. Untuk memastikan mereka mendapat khasiat secukupnya, oleh itu, pelbagai teknik perlu diaplikasi untuk menarik perhatian anak-anak.