Showing posts with label Diari Kami. Show all posts
Showing posts with label Diari Kami. Show all posts

Saturday, January 31, 2015

Closing Shaklee Januari 2015

Alhamdulillah...

Da closing da...

Berdebar-debar gak rasa hati..

Takut ada yang terlepas pandang...

Takut ada yang tak transfer uv lagi

Takut ada yang tak sempat nak top up uv ker...

Takut ada yang alang-alang nak efektif...

Alhamdulillah

Allah permudahkan segala urusan kami

Semoga Februari kami lebih maju jaya dari biasa...

Jadi manusia luar biasa...

Adalah bermula dengan orang yang biasa

Yang mempunyai impian yang besar...

Jangan takut untuk berimpian...


Thursday, January 15, 2015

What A Wonderful Life



Alhamdulillah... masih bernafas lagi di bumi Allah ini. Masih dapat menatap wajah-wajah yang saya sayangi. Sesungguhnya mereka adalah pinjaman Allah yang amat berharga. 

Manusia datang dan pergi dalam kehidupan kita. Kita akan mengalami keadaan di mana kita menerima orang baru dalam organisasi kita. Kita juga akan mengalami kehilangan kawan apabila mereka berpindah ke tempat lain. Pelbagai cabaran dan dugaan juga perlu ditempuhi dalam menjalani kehidupan ini. Pastinya kejayaan itu pasti indah dengan setiap liku yang kita tempuhi dan lalui.

Begitulah dengan kehidupan kami di mana ada yang pada awalnya mahu bersama kami. Merealisasikan impian bersama. Tetapi pada akhirnya, apabila keadaan kami semakin goyah, pada masa itu, mereka mula menjauhi diri. Rasa sungguh terkilan tetapi itu lah hakikat kehidupan yang perlu kami tempuhi. Alhamdulillah, tak semua manusia sebegitu. Ada juga yang datang dalam kehidupan ini memberikan kata-kata semangat dan pendorong supaya kami abaikan semua yang negatif itu dan hidup gembira. Thank you very much. You know who you are.

Kawan pun ada pelbagai kategori. Tapi nak cari kawan yang bersama dengan kita ketika susah memang sukar dicari. Paling tak suka orang yang suka main tuduh tanpa bukti. Terpinga-pinga kita dibuatnya. Dan bila kita selidik, rupa-rupanya orang mengata kita. Terkilan bila orang berkata-kata tanpa bukti yang kukuh. Dan dari situ, kita boleh belajar sesuatu yang berharga.. iaitu ramai yang boleh jadi rakan untuk gembira. Dan apabila ada berlaku sesuatu, tak mustahil dengan mudahnya mereka menunding kita tanpa usul periksa. Perkara sebegini menyebabkan kami lebih berhati-hati dalam memilih kawan kerana tak semua orang sama seperti kita. 

Perbandingan. Ya...itu memang banyak terjadi. "Anak aku kan, 2 tahun da pandai bercakap, apasal anak ko tak pandai bercakap lagi ek?" "Eh! Anak ko tak pandai membaca lagi ker? Kalah la anak ko dengan anak aku. Anak aku da pandai membaca dari umur 4 tahun lagi tau!" Suka membanding-bandingkan. Kami hanya mampu tersenyum apabila ada segelintir manusia suka membanding-bandingkan anak kami dengan anak mereka. Tak kurang jugak mengaitkan perkara itu ini dengan salah seorang dari kami berdua sebagai ibu bapa. Ibu bapa mana yang mahukan anak mereka berada dalam kekurangan. Semua nak anak pandai, semua nak anak aktif, semua nak anak berisi. Mulut yang tidak dijaga perkataannya itu sungguh bahaya sebenarnya. Katanya memberi nasihat, tapi nasihat tu sepertinya membanding-banding. Kesabaran yang amat tinggi memang amat perlu ketika itu. Dan kami mula menjauhi orang sebegini untuk keamanan sejagat. Kalau tak, perang memang akan meletus!!

Tapi, bila difikirkan balik semua ni, Allah mempunyai perancangan yang baik sebenarnya untuk kita. Dia beri kita ujian, Dia berikan kita nikmat. Kerana pada saat kita jatuh, pada saat kita disisihkan dan ditomahkan dengan pelbagai kata-kata, pada saat kita diuji dengan nafsu amarah, Allah memberikan petunjuk dan nikmat secara langsung atau tak langsung. Pada saat kami jatuh, ada yang sudi menghulurkan tangan dan memberi kata-kata semangat. Pada saat kami disisihkan dan ditomahkan dengan pelbagai kata-kata, Allah berikan kami kesabaran dan memberi kami kesedaran siapa mereka. Pada saat kami diuji dengan nafsu amarah, Allah memberikan ketenangan pada masa kami mengadapNya. 

Sesungguhnya, Allah sentiasa ada di sisi kita. What a wonderful life...

Thursday, August 14, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Wah!! Lamanyer tak update blog!! Busy...busy!! 
Alasan tak habis-habis dengan alasan yer...
Kalau nak mesti da update lama da ni...hik3x!!
Ok..ok!
Kita mulakan cerita kita dengan citer yang best lak...
Setelah sebulan berpuasa...
Semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal!!!

Maka...dengan itu...kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri kami...
Dan maaf zahir dan batin...


Tahun ni, kami beraya di Sarawak!! Kampung si isteri pulak kali ni yer..ekekekekeke...
Raya tahun ni disambut secara bersederhana...
Tapi lebih meriah dengan kehadiran keluarga Shaklee ku....
Terima kasih kepada yang sudi memeriahkan hari raya di Miri....
Sambil kita beraya, sambil tu kita berShaklee yer....

Jom kita layan gambar-gambar ni lak....

Dengan Sazarena dan lil prince yang ensem...

Bersama-sama dengan great leaders from Amazing Shaklee Family; dari kanan: Doreen, Suzie dan Grace

Bersama-sama dengan Masni, geng lama dari sekolah menengah dan kini menjadi SID

Bersama-sama dengan family Hasnani...tema sama-sama hitam!!! Big Family of ours!!

Bersama-sama dengan Khalifah...comey sungguh boboi tecit dia yer...

Bersama-sama dengan famili Priscilla....tak pernah jumpa selama ini, ni ler first time kami berjumpa..tapi seronok berborak...mcm da kenal lama...semuanya sebab Shaklee...hehehehe


1 Malaysia dalam geng Shaklee kami ni kan?
Nak join grup Shaklee kami? Jom Jom Jom!!

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Tuesday, June 17, 2014

Ingatkan 3, rupa-rupanya 4!!

Apa lagi laaa yang omak Melah Han ni kecoh?
Haaaa... pada mulanya, yang bagitau kat omak dorang dapat award 3 orang jek
Grace, Nina, Feeda...
Omak ni meneka-neka beberapa nama yang mungkin dapat award...tapi sorang jek cakap dapat, yang lain senyap. So, omak pun cakap dalam hati...xperla...Inshaa Allah, tahun depan akan ada la tu.
Masa NC tu... tup tap tup tap...ada satu nama yang dikenali dalam buku tu!!
Aik!! Tak ngaku pun dapat award!! Rupa-rupanya tak sampai e-mel kat dia kerana ada masalah dengan e-mel tu. Huhuhuhuhuhuhu
Rupa-rupanya 3 orang keturunan omak amik award tahun ni yer.. dua orang datang..dua orang tak datang...
Takper... dengar citer, Shaklee pos award tu ke umah...best!!
Next year..omak target ada 10 orang keturunan SSF akan naik turun pentas!
Target tinggi? 
Berimpian besar dan berusaha dalam merealisasikan impian itu!
Semoga segala urusan dipermudahkan!
Amin....




Monday, June 16, 2014

Ingatkan 5, Rupanya 6!

Masa National Conference (NC) ari tu, mati-mati ingat dapat 5 awards sebab dalam surat tulis 5 jek..
Tup tap tup tap... dapat 6 awards!!! Alhamdulillah!!!
Berbunga-bunga hati omak!!
Tapi award yang surprise tu...dapat bunga dan sijil key coordinator...tapi dalam surat takder. Ngeh3x!! 
Bila upload gambar replika kunci keta tu, siap sedara mara, kawan-kawan, tanya, dapat keta apa? Hik3x! Shaklee tak beri kereta, tetapi mereka beri Car Bonus di mana kita boleh gunakan wang Car Bonus ni untuk beli kereta ker, motorsikal ker, atau untuk bayar bulan-bulan kenderaan yang sedia ada ker. Tapi tak semestinya untuk kenderaan sahaja. Boleh gak untuk wat simpanan ker, belanja ker...dan macam-macam lagi. 
Apa pun, tanpa warga SSF, award ni pun takkan nampak da tau...huhuhuhuhu....balik dari NC ni...omak da terbakar...sebab nak ajak lebih ramai warga SSF join naik turun pentas tu...biar sampai runtuh pentas tu! Hik3x!! Over imaginasi omak ek!!


Saturday, June 14, 2014

Dinner bersama dengan Shaklee

Alhamdulillah...tahun ni, dapat jugak join dinner yang dianjurkan oleh Shaklee. Tahun lepas terlepas dinner atas sebab yang tak dapat dielakkan. Tahun ni, tak nak lepaskan peluang untuk join dinner ni. Selalu sangat dengar orang cerita yang ni best, yang tu best. Ehehehehehe

Masa mendaftar untuk terima award, kami dapat pass untuk menghadiri Gala Dinner yang bertemakan Glitter Nite. Apalagi omak, pakai ler baju yang ada blink blink. Walaupun tak blink blink satu baju, janji ada blink blink nyer la...

Dinner ni kat Sunway Pyramid Convention Centre. Dewan yang digunakan untuk National Conference Shaklee dijadikan tempat dinner. Bayangkan betapa besarnya bilik yang digunakan National Conference tu. Digunakan pulak untuk dinner ni. Memang ramailah award achievers untuk 2013/2014 ni!!

Perasaan? Bersyukur sangat-sangat. Memang la pernah join dinner masa keja dulu, tapi kali ni, lain macam rasanya. Ahahahaha, sebab kita dirai atas pencapaian kita. Setelah naik pentas dua hari berturut-turut, kami dirai lagi dengan dinner ni.

Makanannya...memang superlicious!! Banyak!!! Udang besar-besar! Nasi goreng pun banyak!! Eeee... kalo nak cerita pengalaman makan-makan tu...fuh! memang terliur la omak skang!! Ikan masak asam pedas...fuh! Superb ok!  Sup nyer..rasa macam nak buat jek...harap-harap serupalah rasanya dengan yang kat hotel tu. Hik3x!


Yang da join Shaklee dan da mula berbisnes, capai target! Nak merasa semua ni, naik rank Supervisor dan kemudian, jangan la stay pada satu rank tu pada tempoh yang lama. Naik dan naik dan naik. Inshaa Allah, manisnya pengalaman yang dapat kita kongsikan dengan sedara mara dan kawan-kawan kita.

Pesanan buat anak-anak omak a.k.a warga SSF, tanpa korang, kami memang takkan berada di sini, tapi, keseronokan ini lagi meriah jika kita semua sama-sama berada di sini. Nak korang FIGHT untuk diri korang sendiri. "Hadiahkan" diri korang dengan award ni hokey!!!

Dan keindahan malam itu dikongsikan bersama dengan My Superb BFF a.k.a My Soulmate a.k.a My Partner in Crime!! Alhamdulillah..Alhamdulillah..Thanks for always be by my side...


Whenever we think negative about something..
Change it to positive thinking!
And u will see a lot of opportunities in front of u!!

Sunday, May 25, 2014

Key Coordinator March 2014



Yer...citer bulan Mac, baru nak citer bulan Mei...
Sebabnya??
Sebab bulan Mei baru dapat sijil dan pinnya...hehehehehe
Alhamdulillah...
Kami sampai ke tahap ini kerana kami mempunyai rakan-rakan Shaklee yang hebat dan sentiasa mahu meningkatkan nilai hidup mereka! 
Terima kasih!!!



Ni lah pinnyer...untuk suami isteri....blink blink!

Saturday, May 17, 2014

Universal Studio Singapore

Universal Studio Singapore..atau dengan nama singkatannya USS

Tak pernah pun terlintas di fikiran ni kami sekeluarga akan dapat pergi ke USS pada tahun ini. Perancangannya lambat lagi. Tunggu anak-anak da besar alkisahnya. Nak bajet-bajet.
Tapi, semuanya berubah apabila Mr Hubby dengar Era FM semasa on the way pergi kerja. Masa tu dorang Haniff citer sal Season Pass ke USS. Apalagi Mr Hubby, terus surf internet. Balik rumah, dia citer sal Season Pass tu. Satu tiket $66. Wah!! Apalagi!! Booking terus la!!

Season Pass ni boleh guna untuk 6 bulan. Bermula dari Mac 2014 sehingga September 2014. 
Pengalaman masuk Singapore drive guna kereta sendiri...memang best!! Macam-macam perasaan ada! Takut, seronok..macam-macam la. Nasib baik ada GPS, boleh la cari USS tu. Nak masuk Singapore, memang banyak keta, motorsikal, lori, bas. Fuh!! Tapi kesesakan tu hanya di CIQ sahaja. Bila da masuk Singapore, da ok da. 

Sampai di USS, rasa berbunga-bunga hati ni. Ahahaahah... Banyak tempat yang ceria dan colourful! Seronok nak amik gambar kenangan sana sini.

Macam-macam watak kami jumpa. Berbaris nak amik gambar dengan dorang. Lepas tu, tak semua tempat permainan anak-anak ley main. Saya ni pun bukan berani main roller coaster tu. Masuk tempat Transformer pun da cukup mengerikan bagi saya. Ahahahahaha... Mr Hubby siap main kat roller coaster kat the Mummy tu!! Huk3x!! Dari cara dia describe...saya da rasa ngeri. 

Apa pun, anak-anak memang enjoy walaupun dorang tak main banyak benda. Tempat tu pun da cukup menarik. Siap ada persembahan-persembahan lagi. Memang layan la!!

Kalo nak cerita semua pengalaman, fuh! Memang panjang laaa... Saya memang recommend la kalau nak pegi USS...



 

Friday, May 16, 2014

Aktiviti Gossip keluarga SSF

Bulan ni tak abis-abis dengan gossip yer!!
Ahahahaahaha...
Apa pun, kami bukan gossip mengumpat orang yer...
Kami bergossip tentang produk Shaklee!!
Pada 5hb Mei 2014, satu lagi aktiviti gossip warga SSF telah diadakan di Senadin. 
Kebanyakan yang datang adalah merupakan wanita yang ingin hidup sihat berikutan pemeriksaan kesihatan mereka agak menggusarkan hati mereka.

Pada mulanya, semua mengisi "checklist 90 days", kemudian barulah mereka membuat "body check up" dengan menggunakan penimbang berat TANITA. Wah!! Penimbang ni memang musuh utama wanita yer!! Tapi tumpuan utama bukan la pada berat badan mereka, tetapi pelbagai aspek telah diperiksa.
Dari situ, baru lah mereka nampak apa yang cukup, apa yang kurang dan juga apa yang perlu mereka ambil untuk tubuh badan yang lebih sihat.

Apa pun, semua memang sporting! Dan lain kali kita jumpa lagi ya!!!


Thursday, May 15, 2014

Aktiviti Gossip anjuran ASF

Tak habis-habis kan dengan aktiviti bergossip??

Ye..ye...memang wanita ni...suker sangat bergossip...tapi...kami bergossip tentang Shaklee yer...ahahahahaha...

Pada 3 Mei 2014, di Miri...lepas turun dari kapal terbang...trus pergi ke rumah Grace..semangat nak jumpa geng-geng Shaklee!!

Perkongsian demi perkongsian dilakukan untuk menambah pengetahuan semua rakan-rakan Shaklee dalam grup kami.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Grace kerana sudi menjadi tuan rumah aktiviti gossip ini.

Aktiviti demo jugak ader tau. Bukan demo jalanan. Tapi demonstrasi produk Shaklee. Macam magik gitu. Mula-mula dup dap dup dap jugak masa tengok demo ni. Mana tau tak berjaya ker. (nampak sangat omak ni tak yakin yer). Alhamdulillah, demo tentang produk basic H2 dan jugak fresh laundry concentrate telah berjaya dilakukan. Tak lupa jugak demonstrasi untuk vita lea juga telah berjaya dilakukan. Melalui pemerhatian, akhirnya tiba ke konklusi bahawa produk shaklee adalah SELAMAT, BERKESAN, dan MESRA ALAM!!

Grace pun ada gossip best yang dikongsikan dengan kami semua pada hari tu. Memang terkesan di hati la. Balik umah, omak trus wat ulangkaji dari hasil gossip tu. 

Apa pun...thanks kepada yang sudi hadir...sayang u ollsssss!!!!
 


Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Wednesday, May 14, 2014

Aktiviti Gossip ACSF

Gossip? Sempat lagi bergossip? 

Gossip bukan sebarang gossip yer... kami bergossip tentang Shaklee!! 

1 Mei 2014, satu aktiviti gossip Shaklee telah dianjurkan oleh Founder Amazing CSF iaitu Nina, di mana dia telah mengajak semua ahli Amazing CSF untuk datang ke rumah beliau di samping bersembang secara santai tentang Shaklee.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dan disampaikan kepada anak didik beliau. Alhamdulillah, aktiviti gossip ini berjalan lancar. Anak-anak kecil bermain-main di luar, dan mereka bukanlah penghalang kepada aktiviti gossip ini untuk berjalan dengan lancar.

Di samping itu, tidak dilupakan aktiviti sharing daripada leader Amazing CSF iaitu Nina, Zul dan juga Feeda, di mana mereka telah berkongsi tip-tip kejayaan mereka dan menjadi panduan rakan-rakan lain untuk berjaya dalam dunia perniagaan Shaklee ini.

Sebelum aktiviti gossip ini berakhir, aktiviti yang paling mengerikan para wanita...iaitu menaiki penimbang berat Tanita!! Ahahahahaha....

Semoga apa yang dikongsikan dalam aktiviti ini dapat membantu semua anak didik ACSF untuk lebih maju dan sukses dalam Shaklee!!!



Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Monday, May 12, 2014

Mereka adalah penguat semangat mama & papa!!

Inilah wajah-wajah yang sering menjadi penguat semangat untuk kami menjalani bisnes Shaklee.


Wajah-wajah inilah yang menyebabkan saya lebih kuat untuk meneruskan perjuangan saya dalam Shaklee ini. Tidak sedetik pun merasakan mereka adalah BEBAN kepada saya untuk mempelajari ilmu produk Shaklee.


Anak-anak adalah anugerah terindah dan mereka adalah amanah yang Allah kurniakan kepada saya. Saya telah memilih untuk mengambil cuti menjaga anak kerana ingin fokus kepada anak-anak, bukan semata-mata untuk bisnes sahaja. Jadi saya berusaha menyeimbangkan kedua-duanya tanpa mengorbankan salah satu.

Ke sana ke mari,saya pasti bersama-sama dengan mereka dan juga suami (jika suami tidak bekerja). Kadang-kadang, suami mengambil peranan menjaga anak-anak apabila saya hendak menghadiri majlis ilmu. Pengorbanan suami saya tidak saya sia-siakan. Malah, saya sentiasa berusaha untuk membuat yang terbaik untuk keluarga kami dan juga bisnes. Alhamdulillah.. Allah mengurniakan seorang suami yang tidak pernah berhenti menyokong isterinya untuk mencapai impian.

Merekalah penguat semangat saya untuk sampai ke tahap ini. Wajah-wajah mereka saya tatapi tika saya berasa rendah diri, sedih dan susah hati. Dan keletah mereka membuatkan saya tersenyum dan membakar semangat saya untuk berusaha sehingga mencapai apa yang saya mahukan dalam kehidupan saya.

Malah, anak-anak kini semakin faham dan nampak apa yang mama mereka buat. Alya sendiri sudah tahu mama dan papa selalu pergi ke Shaklee. Sepertinya, anak-anak kecil ini gembira melihat mama sentiasa bersama-sama dengan mereka. Kini, saya mula menyedari, kenapa saya perlu korbankan anak-anak saya demi mengejar ilmu Shaklee? Niat saya membuat Shaklee adalah untuk membantu lebih ramai orang untuk merasai kehidupan saya pada masa kini, dan saya juga mahu meluangkan lebih masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarga saya.

Apa pun, saya tabik kepada ibu-ibu yang menganjurkan program, ditemani anak-anak kecil..tapi mereka lebih cepat sukses dari diri saya. Saya jadikan mereka sebagai idola saya, dan satu hari nanti, saya akan mengatakan bahawa anak-anak adalah penguat semangat kami untuk berjaya dalam Shaklee!!

Thursday, May 1, 2014

Tahniah Buat New Supervisor April 2014...NOR HASLINDA

Seperti bulan-bulan sebelum ini, tidak pernah rasanya saya berputus asa mencari "berlian" dan memastikan "berlian" ini berkilauan. Pada bulan April 2014 yang lepas, seorang lagi telah menjadi "berlian yang berkilauan" di mana selama 3 bulan sahaja, dia telah menjadi SUPERVISOR!!


TAHNIAH buat New Supervisor dalam keluarga SSF iaitu Nor Haslinda!!! Apa cerita di sebalik pencapaian beliau ini? Jom baca!!!

Kisahnya bermula dengan perkenalan beliau dengan produk Shaklee di Facebook. Kebetulan saya ni pun memang jenis suka post kat Facebook tentang Shaklee dan saya tagged suami saya dalam post tersebut. Allah memberikan saya rezeki di mana beliau telah menghantar mesej kepada suami saya dan bertanya bagaimana untuk menjadi ahli Shaklee pada Februari 2014. Alhamdulillah...Rezeki Allah itu pasti jika kita rajin mencari jalan untuk mendapatkanya.

Pada mulanya, beliau hanya mengambil produk untuk dirinya sendiri. Dan pada masa itu, bonus beliau hanya 2 angka sahaja.

Masuk bulan kedua, beliau semakin rajin berkongsi kebaikan produk dengan rakan sekerja. Tak kurang jugak post di Facebook di mana beliau telah memperkenalkan diri beliau secara tidak langsung sebagai Shaklee Independent Distributor. Dan pada bulan Mac 2014, beliau telah berjaya mendapat bonus 3 angka. Melihat wajah beliau semasa mendapat tahu beliau bakal mendapat 3 angka...rasa sungguh terharu kerana beliau benar-benar bersyukur.

Saya berikan beliau target. "Bulan April 2014, mesti jadi SUPERVISOR." Dan beliau menjawab.. "Insha Allah". Tau tak, hampir setiap hari beliau menghantar mesej kepada saya, untuk mengambil barang. Dengan kesibukan kerja yang sentiasa meminta beliau untuk bekerja "full-shift", itu tidak menjadi alasan untuk beliau untuk terus mendapatkan sales. Saya sendiri berasa kagum dengan kesungguhan yang beliau tunjukkan. Sehinggakan saya malu sendiri kerana saya baru sedar, apabila saya mengatakan saya telah berusaha sedaya upaya saya, nampaknya, usaha saya masih tidak dapat menandingi beliau.

Dan beliau tidak menyimpan stok untuk menjadi seorang Supervisor. Beliau juga tidak memberi hutang kepada orang yang membeli dengan beliau. Semangat dan kerajinan beliau membuatkan saya lebih bersemangat untuk membantu lebih ramai leader saya untuk berjaya. Dan beliau tidak pernah kenal erti putus asa, dan sentiasa memotivasikan dirinya. Dan beliau adalah merupakan ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.

Saya percaya, bonus yang beliau perolehi pada bulan April 2014 ini pastinya dapat membantu beliau dalam pelbagai perkara. 

"NIAT MESTI BETUL"

Wednesday, April 30, 2014

Bulan Mei Pasti Superb!!



Baru habis closing April 2014, kini, Mei 2014 sudah menjelma. Apa la agaknya promosi bulan Mei ni yer?
Terkenang-kenang tahun lepas.. Mei 2013. Saya bangkit semula selepas "lena" yang panjang di mana saya telah mengorak langkah untuk membina kelurga Shaklee yang lebih besar. Dan Alhamdulillah, kini dengan membawa gelaran Key Coordinator, saya terus mengorak langkah untuk membina lebih ramai leaders dalam team saya. 

Cuti yang saya ambil untuk menjaga anak saya ini saya isikan dengan menimba ilmu perniagaan dalam Shaklee dan juga untuk membina organisasi yang kukuh. Alhamdulillah...sepanjang perjalanan ini, saya telah menemui ramai manusia-manusia yang hebat. Bukan setakat perkongsian produk sahaja, malah pengalaman dan tips untuk berjaya juga semakin banyak dikaut dan dikongsikan dengan anak didik Shaklee saya.

Inshaa Allah, bulan Mei 2014 pastinya indah untuk saya mengorak langkah dalam membina lebih ramai leaders yang kukuh.

"Tiada alasan untuk tidak berjaya melainkan kita yang mengatakan kita tidak mampu atau kita tidak mahu."

Wednesday, December 25, 2013

Kelahiran yang dinantikan....Muhammad Ashraf Muslim Bin Muhammad Fadli

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Akhirnya... putera kami telah selamat dilahirkan pada 4 September 2013 setelah 40 minggu 3 hari kami menanti....

Bayi lelaki seberat 2.8 kg ini telah dinamakan sebagai Muhammad Ashraf Muslim Bin Muhammad Fadli.

Apabila mengenangkan saat-saat menyambut kelahiran bayi Ashraf ini.... pada pagi 4 September 2013, sebelum bertolak ke hospital, sempat lagi saya mengisi perut saya dengan mealshakes dan susu anmum materna.

Setibanya saya di hospital, tak tenang duduk saya dibuatnya kerana doktor menyarankan saya supaya di "induce" kerana mengalami kekurangan air ketuban. Teringat lagi setiap detik kesakitan selepas kena "induce" semasa melahirkan anak pertama. Pada pukul 11 pagi, saya telah di"induce". Si suami setia menanti saya melayan kesakitan sambil menggenggam tangan saya. Alhamdulillah... terima kasih sayang...

Selepas meneran sebanyak 3 kali... Ashraf telah dilahirkan pada pukul 2 petang. Betapa indahnya pada waktu itu apabila "nurse" meletakkan Ashraf di atas dada saya dan menyuruh saya menyusukan bayi saya. Dan yang paling mengujakan saya, Ashraf terus menghisap puting. "Nurse" mengusik Ashraf, "baru keluar terus cari susu ibu".

Anak-anak sebelum ini, saya tidak berpeluang begini. Selepas mereka dilahirkan, masuk "baby nursery", terus diberi susu formula. Tapi kelahiran bayi keempat ini membuatkan saya rasa bersyukur kerana Allah telah memberikan saya peluang untuk merasakan pengalaman yang berharga ini. 

Sambil makan hidangan hospital, saya juga minum ESP bersama-sama dengan air milo untuk mengalas perut saya. Ashraf dibenarkan untuk tidur bersama saya pada malam itu (anak-anak sebelum ni, semuanya tidur kat nursery). Setiap kali Ashraf nak menyusu, saya suakan puting saya ke mulutnya....terdetik di dalam hati, ada susu tak ek? Tapi, kelihatan Ashraf seperti tidur lena selepas menyusu. Apabila saya picit puting susu saya... ya...ada air susu keluar.. Alhamdulillah....

Pada pagi itu, "nurse" datang memeriksa keadaan Ashraf. Dia telah membuka DD Ashraf dan dia berpuas ati. Katanya, Ashraf minum susu secukupnya. Tersenyum lebar saya dibuatnya. Hari pertama menyusu Ashraf telah berjaya. Alhamdulillah...kini Ashraf da nak masuk 4 bulan, dan saya masih lagi menyusukan Ashraf. Sayang Ashraf.


Wajah kami sebelum saya masuk ke labour room

Sudah berada di labour room...dup dap..dup dap....

Bayi lelaki seberat 2.8kg telah dilahirkan ke dunia ini...Muhammad Ashraf Muslim Bin Muhammad Fadli





Thursday, April 4, 2013

Kisah kami bersama dengan Nutriferon

Wah! Promosi bulan ni adalah nutriferon. Apalagi, da target nak memborong nutriferon da ni sebab Melah memang perlukan sangat-sangat nutriferon ni. Sebab sebelum ni, Melah selalu demam, batuk, selsema, sakit perut. Macam-macam ujian Allah berikan. Tapi, kalau tak berusaha, macam mana nak sembuhkan? Sebelum kenal Shaklee ni, Melah selalu grab ubat-ubat. Memang cepat sembuh, tapi kita tau tak kesan jangka masa panjang pada organ tubuh badan kita? Huhuhuhuhu..sejak dari tu, Melah amik vitamin kalo rasa badan tak sihat. Alhamdulillah walaupun kesannya taklah secepat ubat-ubat tu, tapi keesokannya Melah rasa segar jek badan. 

Masa p Cameron Highlands tahun lepas, memang bimbang sangat sebab time tu Melah da mula batuk-batuk. Nanti disebabkan kesihatan gitu, tak seronok pulak hubby dan anak-anak nak bercuti. So, Melah bawak nutriferon, ESP dan Mealshakes untuk bekalan kat sana. Memanglah orang kata Cameron Highlands da tak sejuk macam dulu, tapi untuk orang yang kurang sihat macam Melah ni, huhuhuhuhu, cepat ajer sakit datang dengan perubahan cuaca gitu. Apalagi, grab nutriferon + ESP + Mealshakes. Kurang batuk berbanding sebelumnya. Kalau tak, memang batuk jek memanjang sebab tak tahan sejuk.

Bulan lepas, hubby terkena cirit-birit. Cian tol. Lembik da dia. So Melah bagi dia nutriferon dan performance drink. Alhamdulillah setelah dua hari mengamalkan pemakanan ni, dia rasa badan dia bertenaga semula. Tak macam sebelum ni, asyik2 telan ubat jek, walaupun cirit-birit berkurangan, tapi badan masih tak bertenaga. 

Jom grab nutriferon!! Meningkatkan sistem imunisasi kita!!!

Tuesday, January 29, 2013

Rezeki yang tidak dapat dinilai dengan wang

Alhamdulillah...Melah masih lagi bernafas di dunia Allah ini. 

Dan Melah nak bagitau semua pembaca blog ni yang Melah telah disahkan mengandung. Kandungan Melah da 2 bulan!! Weeeeeeee!! Akhirnya impian nak bershaklee dari sebelum mengandung, semasa mengandung dan selepas beranak...termakbul jua akhirnya!! Alhamdulillah....rezeki Allah berikan....
Tak dinafikan, setiap yang mengandung, segelintirnya mesti ada yang mengalami alahan kan? Tak bley cium bau masakan, tak bley cium bau sabun, tak bley cium bau badan suami...Melah pun gitu jugak. Huhuhuhuhu....pening kepala tu, tak payah citer la. Nasib baik ada Master Daniel. Dia nasihatkan Melah supaya ambil B-Complex dan Vita-Lea untuk mengurangkan rasa loya tekak ni. Huhuhuhuh..dan dia pun ada terangkan yang alahan ni terjadi sebab hormon tak seimbang. Macam-macam nasihat pemakanan yang dia cadangkan. Alhamdulillah...walaupun usianya muda, tapi mampu beri nasihat yang berguna kepada Melah.
So skang, Melah tengah ambil set mengandung. Ada B-Complex, Vita-Lea, Vita-E, Omega Guard, Ostematrix, Vita C, Meal Shakes, ESP, dan tidak dilupakan...susu ANMUM...heheheheheheh

Dalam gambar ni kekurangan meal shakes (tuuuu kat blakang skali tu) dan susu ANMUM...hehehehehe.....

Friday, January 4, 2013

Our First Recognition As Supervisor

First time p dengar "talk" untuk Shaklee ni. He3x!! Sebelum ni, banyak tol aral melintang. Terlepas macam-macam info da. Tapi kali ni, memang sedaya upaya p jugak la walaupun hakikatnya masa memang terhad. 

Kat Shaklee Branch, Johor Bahru, 2hb Januari 2013, Presidential Master Dr K Sow bagi talk. Dengan cara dia bagi talk, memang menarik perhatian lah! Macam-macam info dia share. Rasa seronok lak dengar "talk" tu...rasa teruja lebey lagi nak wat biz Shaklee ni! 

Dr K Sow tunjuk demo macam mana dia telah 100 biji supplemen Shaklee! Ergh!! Rasa ngeri!! Tapi dia berjaya gak telan semua tu! TABIK SPRING!!!!

Dan pada penghujung 'talk' tu...ada penyampaian pin kepada New Supervisor dan New Senior Supervisor Dec 2012. Kami tak terlepas dari menerima pin tersebut sebagai New Supervisor Dec 2012. Eeeee...rasa seronok lak masa tu. Hubby yang malu-malu pun rasa seronok. He3x!! Apa pun, segalanya adalah rezeki daripada Allah Ta'ala...dan kami amat bersyukur kerana membuka pintu rezeki kepada kami di Shaklee ini.

Bermula bulan Oktober 2012 sebagai distributor..pada bulan Disember 2012, kami telah mencapai rank Supervisor...Alhamdulillah....

Jom layan beberapa pic kat sini. 

100 tablets tu kat tangan Dr K Sow!!! Besar tol tangan dia..banyak tablet ley letak kat atas tangan dia!

Our First Recognition...laki bini dapat daaaa.... anak-anak pun nak join skali!


Bersama-sama dengan upline dan downline kami...we are Small Shaklee Family!!
Ni truffle...ingredients yang healthy dalam ni adalah ESP dan Meal Shakes!!
Ni la dia pin yang kami dapat!!! Sungguh terharu!!!


Wednesday, January 2, 2013

A First Step Towards Success!

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi atas semua rezeki yang telah Allah berikan kepada kami, selepas hampir 3 bulan menjadi pengguna dan pengedar Shaklee, kami telah diberikan recognition sebagai Supervisor.  
A First Step Towards Success!

Terima kasih jugak diucapkan kepada Madam Alice Koh yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan dorongan kepada kami yang tidak mungkin dapat kami balas. Begitu juga dengan semua downline kami yang sentiasa berusaha dalam mencapai kejayaan untuk kehidupan yang lebih baik. Tak lupa juga buat semua pelanggan kami yang sentiasa memberi sokongan dengan menggunakan produk Shaklee ini.

Jadi jom grab peluang untuk melebarkan sayap kita untuk peluang yang lebih baik pada masa hadapan!!


Berminat menjadi ahli?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Tuesday, January 1, 2013

Set Untuk Anak-anak Kecil Kami

Anak-anak juga memerlukan nutrien yang secukupnya dalam tubuh mereka. Kita sendiri pun tak tau sama ada pengambilan makanan harian anak-anak kita sudah membekalkan vitamin yang secukupnya pada badan mereka yang hendak membesar.

Jadi, sejak ber'shaklee', kami memberikan satu set supplemen khas untuk anak-anak kami iaitu
MEALSHAKES, VITA LEA FOR KIDS &
 CHEWABLE VITA C


Pengalaman bersama meal shakes:
Anak kedua kami memang ada masalah selera makan. Kalau bagi air susu sebotol, tak pernah habis. Mesti tinggal separuh. Lepas tu, kalau makan, selalunya main-main jek. GERAMNYA!!! Semasa kami mula berjinak-jinak dengan Shaklee, meal shakes telah menarik perhatian kami. Pada mulanya, anak kedua kami tak nak minum susu apabila dia melihat kami mencampurkan susunya dengan meal shakes. Lepas tu, kami sembunyi-sembunyi letakkan 1 scoop meal shakes ke dalam susunya. Akhirnya dia pun minum susu tu. Walaupun pada permulaannya tak habis jugak, tapi kami tetap meneruskan memberi susu + meal shakes.
Setelah hampir sebulan, hubby perasan perubahan anak kedua. Bila bagi susu, dia akan minum habis!! Masa makan tengah hari pada hari yang sama, dia minta nasi lagi!! Syukur Alhamdulillah!!! Skang, kami dah tak susah ati lagi dengan anak kedua kami. Selera makan dia pun da ok. :)

Pengalaman bersama vita-lea dan chewable vita C:
Cuaca skang memang tak dinafikan boleh menyebabkan batuk, selsema dan demam. Even saya sendiri pun batuk. Tapi anak-anak kami tak pula mudah terjangkit dengan saya sebab sejak mereka mengambil Chewable Vita C dan Vita Lea, mereka dah jarang batuk, selsema, demam (sebelum ni, kerap jugak demam dan selsema..huhuhuhuhuhu). Perkembangan minda mereka juga menunjukkan perubahan. Mereka lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Kami percaya bahawa apabila makanan tambahan dibekalkan kepada kanak-kanak, ini akan merangsang minda dan pertumbuhan mereka ke arah yang positif. Alhamdullilah.

Tidak habis-habis kami memanjatkan kesyukuran kerana kami percaya, ibu bapa di luar sana juga inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. 

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di: