Pasti ramai yang sudah mengenali Set Menyusu 3M yang merupakan salah satu Set Euphoria yang telah diperkenalkan oleh Puan Norita Idris yang kini merupakan salah seorang Master di Shaklee Malaysia.
Kalau kita tengok di blog dan facebook, ada pelbagai jenis set menyusu. Siapakah yang bagus dicadangkan untuk mengambil set 3M ni? Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan di mana kalau pam susu badan, tak dapat banyak pun. Sebotol yang 8oz pun tak dapat. huhuhuhuhu...sedey2...tapi niat nak menyusu bayi tu ada. Alhamdulillah...jadi apa kata grab set 3M ni untuk merealisasikan impian mommy. Jangan stress...jangan sedey...setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.
Jom kita berkenalan dengan set 3M ni...
Set 3M terdiri daripada 6 produk Shaklee iaitu,
Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa Complex, ESP dan Ostematrix.
Apakah fungsi keenam-enam produk ini dalam merangsang penyusuan seorang ibu?
1.VITA-LEA (MULTIVITAMIN)
Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Ada kajian
mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6
bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis
(salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka,
pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar
dengan baik.
2.B-COMPLEX
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak
& protein, Anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan
sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan
membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa (mood baik). Jadi, bila
kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan
lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang
sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah
ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
3. VITA-C
Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika
si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vita-C
ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila
pumping ataupun digigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka,
luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah &
cantik. Siapa tak nak kulit nampak cantik kan walaupun da beranak.
4.ALFALFA COMPLEX
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam
penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan
jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim!
Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan
membantu membuang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam
badan).
5.ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting
untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu mengawal paras kolesterol serta memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama.
Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP
ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee
ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO
soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan
suhu yang sangat sederhana agar enzim di dalamnya tidak musnah.
Kualitinya sangat tinggi.
6.OSTEMATRIX
Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan
lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah
untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila
meningkat usia kelak. Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan
apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati
susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag
seminggu sebelum dan sepanjang waktu period. Kepada anda yang mempunyai
bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk
mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada
bayi melalui susu ibu.
Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di: