Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Akhirnya... putera kami telah selamat dilahirkan pada 4 September 2013 setelah 40 minggu 3 hari kami menanti....
Bayi lelaki seberat 2.8 kg ini telah dinamakan sebagai Muhammad Ashraf Muslim Bin Muhammad Fadli.
Apabila mengenangkan saat-saat menyambut kelahiran bayi Ashraf ini.... pada pagi 4 September 2013, sebelum bertolak ke hospital, sempat lagi saya mengisi perut saya dengan mealshakes dan susu anmum materna.
Setibanya saya di hospital, tak tenang duduk saya dibuatnya kerana doktor menyarankan saya supaya di "induce" kerana mengalami kekurangan air ketuban. Teringat lagi setiap detik kesakitan selepas kena "induce" semasa melahirkan anak pertama. Pada pukul 11 pagi, saya telah di"induce". Si suami setia menanti saya melayan kesakitan sambil menggenggam tangan saya. Alhamdulillah... terima kasih sayang...
Selepas meneran sebanyak 3 kali... Ashraf telah dilahirkan pada pukul 2 petang. Betapa indahnya pada waktu itu apabila "nurse" meletakkan Ashraf di atas dada saya dan menyuruh saya menyusukan bayi saya. Dan yang paling mengujakan saya, Ashraf terus menghisap puting. "Nurse" mengusik Ashraf, "baru keluar terus cari susu ibu".
Anak-anak sebelum ini, saya tidak berpeluang begini. Selepas mereka dilahirkan, masuk "baby nursery", terus diberi susu formula. Tapi kelahiran bayi keempat ini membuatkan saya rasa bersyukur kerana Allah telah memberikan saya peluang untuk merasakan pengalaman yang berharga ini.
Sambil makan hidangan hospital, saya juga minum ESP bersama-sama dengan air milo untuk mengalas perut saya. Ashraf dibenarkan untuk tidur bersama saya pada malam itu (anak-anak sebelum ni, semuanya tidur kat nursery). Setiap kali Ashraf nak menyusu, saya suakan puting saya ke mulutnya....terdetik di dalam hati, ada susu tak ek? Tapi, kelihatan Ashraf seperti tidur lena selepas menyusu. Apabila saya picit puting susu saya... ya...ada air susu keluar.. Alhamdulillah....
Pada pagi itu, "nurse" datang memeriksa keadaan Ashraf. Dia telah membuka DD Ashraf dan dia berpuas ati. Katanya, Ashraf minum susu secukupnya. Tersenyum lebar saya dibuatnya. Hari pertama menyusu Ashraf telah berjaya. Alhamdulillah...kini Ashraf da nak masuk 4 bulan, dan saya masih lagi menyusukan Ashraf. Sayang Ashraf.
Wajah kami sebelum saya masuk ke labour room |
Sudah berada di labour room...dup dap..dup dap.... |
Bayi lelaki seberat 2.8kg telah dilahirkan ke dunia ini...Muhammad Ashraf Muslim Bin Muhammad Fadli |