Thursday, September 4, 2014

Tips Kurangkan Makan dan Sihat!! (Bahagian 4)

Sambungan:

Credit pic to www.ethiofreedom.com


Tips 4: Pelbagaikan Daging Organik

Kalau sebut daging organik ni, kita memang dah sedia maklum, daging organik ni selamat untuk dimakan. Haiwan tersebut tidak disuntik dan diberikan makanan yang berkhasiat. Dan sudah pasti harganya mahal!! Tapi, daging organik juga dapat membantu anda untuk hidup sihat!

Bagi yang gemar makan daging, hidangan cara memanggang cukup selamat serta sihat. Tetapi, pastikan hanya mengambil 100 gram daging yang mana ia membekalkan 148 kalori dan 4 gram lemak. Kemudian anda boleh tambah hidangan tadi dengan daging tanpa lemak seberat 26 gram. Percayalah, menu ini sudah memadai dan tidak perlu lagi tambahan pemanis mulut.

Haaaa....cer timbang berapa gram daging organik yang anda ambil pada hari tersebut. Selamat mengira!!

Jom like page kami di

Tuesday, September 2, 2014

Tips Kurangkan Makanan dan Sihat!! (Bahagian 3)

Sambungan:

Credit pic to happinessguru.wordpress.com
Tips 3: Gembira = Kekal Kurus

Ada yang rasa..."susahnyaaaaa nak maintan kurus ni". Sehinggakan TAKUT nak naik penimbang tu!!

Mengekalkan berat badan bukanlah terlalu sukar. Anda cuma perlu lakikan sesuatu perkara yang mampu membuatkan anda tersenyum ceria. Menurut saintis dari Brazil, apabila anda gembira, hormon serotonin atau dikenali sebagai hormon gembira mampu mengurangkan selera makan. Lebih menguntungkan hormon ini juga merangsang tubuh untuk membakar lebih banyak lemak berlebihan!!

Wah! Ini sudah marvellous!! Kalau macam ni la infonyer...memang kena gembira ari-ari ni!! Hormon serotonin...hormon gembira! Gembirakan hati...jangan banyak sangat fikir masalah. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya!!

*sumber: WANITA Jun 2014

Jom like page kami di

Monday, September 1, 2014

Tips Kurangkan Makanan dan Sihat!! (Bahagian 2)

Sambungan:

Credit pic to www.marimethod.com


Tips 2: Makan Bersama Wanita

Wah!! Tips apakah ini? Jom kita baca.
Berdasarkan kajian Universiti New York, lelaki hanya akan makan 37 peratus lebih sedikit jika ditemani teman wanita atau isteri berbanding jika mereka keluar makan bersama teman-teman.

Kalau la btol kajian ni, ari-ari kena mintak hubby temankan I makan...ekekekekekeke

*sumber: WANITA Jun 2014

Jom like page kami di