Tuesday, January 29, 2013

Rezeki yang tidak dapat dinilai dengan wang

Alhamdulillah...Melah masih lagi bernafas di dunia Allah ini. 

Dan Melah nak bagitau semua pembaca blog ni yang Melah telah disahkan mengandung. Kandungan Melah da 2 bulan!! Weeeeeeee!! Akhirnya impian nak bershaklee dari sebelum mengandung, semasa mengandung dan selepas beranak...termakbul jua akhirnya!! Alhamdulillah....rezeki Allah berikan....
Tak dinafikan, setiap yang mengandung, segelintirnya mesti ada yang mengalami alahan kan? Tak bley cium bau masakan, tak bley cium bau sabun, tak bley cium bau badan suami...Melah pun gitu jugak. Huhuhuhuhu....pening kepala tu, tak payah citer la. Nasib baik ada Master Daniel. Dia nasihatkan Melah supaya ambil B-Complex dan Vita-Lea untuk mengurangkan rasa loya tekak ni. Huhuhuhuh..dan dia pun ada terangkan yang alahan ni terjadi sebab hormon tak seimbang. Macam-macam nasihat pemakanan yang dia cadangkan. Alhamdulillah...walaupun usianya muda, tapi mampu beri nasihat yang berguna kepada Melah.
So skang, Melah tengah ambil set mengandung. Ada B-Complex, Vita-Lea, Vita-E, Omega Guard, Ostematrix, Vita C, Meal Shakes, ESP, dan tidak dilupakan...susu ANMUM...heheheheheheh

Dalam gambar ni kekurangan meal shakes (tuuuu kat blakang skali tu) dan susu ANMUM...hehehehehe.....

Saturday, January 12, 2013

Get Clean Water

Get Clean Water
Waaaa...apa pulak ni? Ni lah Get Clean Water..penapis air daripada Shaklee.
Kami dah 2 bulan menggunakan Get Clean Water ni dan rasa air macam minum air mineral kat kedai tu! Mula-mula memang la rasa takut nak guna, takut rasa airnya lain dan semacam, tapi tak pun! Saya pernah minum air dari "water filter" brand lain kat umah mak saya. Rasa air ni macam air water filter. Tapi yang ni boleh dibawa ke mana-mana. Pelik tapi benar. Buka pili air dan letakkan pitcher ni kat aliran air sehingga ke paras yang sepatutnya. Kemudian, letak atas meja dan anda lihatlah air hasil turasan keluar. Setelah selesai turasan, cuba rasa airnya. Serupa rasa air mineral!! 

Jom kita berkenalan dengan lebih mendalam lagi dengan Get Clean Water ni!

Get Clean Water merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru. Berbaning dengan jag air yang lain, Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean Water merupakan sistem penapis jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisisemula. Jadi kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat atau pun
 Bumi yang lebih bersih dan sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!!

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:



Saturday, January 5, 2013

Bagaimana Memilih B-Complex Yang Baik?

Bagaimana memilih B-Complex yang baik?

Di pasaran, terdapat pelbagai jenis B-Complex yang dijual. Tetapi, B-Complex tersebut betul-betul bagus dan mempunyai kandungan yang diperlukan dalam tubuh kita?

Jom kita tengok cara-cara memilih B-Complex yang baik!

Mengandungi kesemua 8 vitamin 
B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)

Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.
Elakkan pengambilan B-Complex yang menawarkan rumusan larut air. (sustain release)


Sebelum beli, sila tengok label dulu yer...:D

Ada sebarang kemusykilan?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Testimoni ESP

Testimoni ESP
Jom kita tengok kebaikan ESP yang telah menceriakan hari-hari pengguna ESP.
 
Testimoni ESP dari ibu yang menyusu bayi

Pengguna ni baru jek amik ESP dalam 2 hari. Pada mulanya, dia ckp dia tak dapat minum soya. Tapi Melah cuba menyakinkan dia bahawa ESP boley dicampur dengan minuman kegemarannya.
Alhamdulillah dia mencuba dan dapat meminum ESP dengan minuman kegemarannya. Dan dia juga mengatakan tak rasa pun soya nyer. :D
Apabila dia mengambil ESP dan set B (set menyusu yang mengandungi B-Complex, Vita-C, Alfalfa dan Vita Lea), dia dapati kesan yang positif dalam proses penyusuan. Gembiranya hati Melah bila dapat tau ada kesan yang positif pada diri mommy ni. Dia begitu happy. Dia bagitau, anak dia da tido lena sejak dia mengambil set supplemen bersama ESP. Alhamdulillah....seorang bayi lagi telah mendapat penyusuan ekslusif dari mama.



Lagi-lagi testimoni dari ibu yang menyusu

Ni lak testimoni yang Melah grab dari kawan Melah sendiri (da mintak kebenaran daaaa). Customer dia ni pun mengambil ESP untuk tujuan penyusuan bayi. Lepas mengambil ESP, Alhamdulillah, masalah susu kurang tiada. Setiap masa ada susu katanya. So, kalo jalan jauh pun tak menjadi masalah da. Tak payah berhenti kat mana-mana semata-mata nak membancuh susu.

Apa sebenarnya terjadi ek? ESP tu ker yang menyebabkan susu ibu menjadi banyak?
Jom kita tengok apa sebenarnya manfaat ESP ni.
Awet muda, baik untuk hormon, baik untuk prostat, kulit remaja, pembekal tenaga, membaiki pigmentasi dan membaiki memori.

Pastu, kita tengok pulak apa kepentingan protein.
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon dan akhirnya membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Haaaaaa...da baca kan kepentingan protein dan manfaat ESP. ESP berasaskan pada soya yang merupakan sumber protein. Sesiapa yang mengambil ESP ini akan berasa bertenaga kerana ESP membekalkan tenaga. Apabila badan bertenaga, pastinya,hati pun gembira dan ini merangsang fungsi psikologi. Apabila hati gembira, proses penyusuan ibu juga berjalan lancar. Jadi anda boleh nampak kan bagaiman ESP berfungsi dalam tubuh kita. Tapi, pengambilan yang konsisten adalah penting untuk mendapatkan kesan yang positif dan berterusan.

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:




B-Complex

B-Complex


Jom kita berkenalan lak dengan B-Complex Shaklee ni. 

Perbezaan Shaklee:
Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semula jadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik. 

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh.Vitamin B adalah vitamin larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B-Complex setiap hari.

"Shaklee B-Complex will not cause rosary fungus or infected active yeast bacteria like B-Complex extract from beer yeast."

Manfaat utama:
♥ Menukar makanan kepada tenaga - membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
♥ Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
♥ Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Ia juga membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
♥ Baik untuk mata - mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian/fokus. 
♥ Mencegah anemia - membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
♥ Meredakan senggugut - baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
♥ Mencegah perlcche - dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau
♥ Detoksifikasi - meredakan alahan

Dah berkenalan dengan Shaklee B-Complex? Banyakkan manfaatnya!

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Resepi Yogurt Buah Sihat Shaklee

Tak habis-habis dengan resepi. Kali ni ada Meal Shakes, ESP dan collagen powder lak. Ngeeeeeeeeeeee!!!! Pengguna Mealshakes, ESP dan collagen powder...jom la try resepi ni lak!!

Mommy and daddy, pakcik dan makcik, atok dan nenek, jom try resepi 
Yogurt Buah Sihat Shaklee


Bahan-bahannya:
  1. Segelas fresh milk
  2. 1-2 sudu besar natural plain yogurt
  3. Fresh fruits (nak guna strawberry ker, kiwi fruits ker, mana-mana pun boley) yang dipotong dadu
  4. 1 sudu ESP
  5. 1 sudu Meal Shakes
  6. 1 peket Collagen Powder (jika ada)
  7. 1 sudu kecil madu
  8. Serbuk koko (optional)

Cara membuatnya:
  • Masukkan semua bahan ke dalam blender, dan kisar kesemuanya. Siap daaaaa!!!!!
Kalo ada buat party, hidanglah yogurt buah sihat shaklee ni!! Party Shaklee gitu!! ;)



Resepi Aiskrim Mealshakes Oreo

Haaaaa.....memandangkan Melah ni sukaaa sangat cuba macam-macam resepi...terjumpa lak resepi yang kawan Melah kongsikan dalam facebook. Apalagi! Terus beli bahan-bahannyer! Seyes! Sedap I tell U!! Anak-anak apalagi! Melah kena wat lagi la jawabnyer!! 

Ni resepi Aiskrim Mealshakes Oreo yang kawan Melah cedok dari myresepi.com. So, jom kita lihat apa bahan-bahannya dan cara membuatnya!

Bahan-bahannya:
  1. 3 sudu makan Meal shakes
  2. 2 1/2 cawan susu low fat
  3. 2 sudu makan Milo
  4. 6 keping biskut Oreo 
Ni la bahan-bahannya!!


Cara membuatnya:
  • Masukkan susu segar ke dalam blender.
  • Campurkan Meal Shakes dan Milo.
  • Masukkan 3 keping biskut oreo. (tak perlu masukkan gula sebab biskut ni da manis!!)
  • Blender sekejap sehingga biskut hancur.
  • Masukkan ke dalam bekas dan bekukan.
  • Tunggu selama 2 jam atau sebelum aiskrim betul-betul keras, blender sekali lagi sambil masukkan baki 3 keping biskut oreo yang telah dipecah-pecahkan.
  • Bekukan semalaman dan siap untuk dinikmati.
Haaaa...jom try!! Kepada pengguna Meal Shakes, jom laa try!!! Sedap!!! Sehingga menjilat sudu!!

Friday, January 4, 2013

Set Kecantikan Kulit Bajet

Ramai yang inginkan kulit cantik, gebu, licin, cerah dan sebagainya. Kami memperkenalkan satu set supplemen yang anda pasti takkan tolak kerana harganya berbaloi-baloi dan anda boleh mengambil set ini dalam 4 bulan! 

Kecantikan kulit bermula dengan dalaman yang sihat. Set ini tidak serta-merta membuatkan kulit anda terus cantik, licin, cerah dan sebagainya. Tetapi disiplin pemakanan, pengambilan air yang secukupnya, bersenam dan sebagainya adalah MESTI jika anda inginkan kesan yang positif pada diri anda. 

Jom kita berkenalan dengan set kecantikan kulit bajet!!


Set ini terdiri daripada  
Vita-C, B-Bomplex dan Vita-E Complex

Saya pun mengambil set ni. Untuk mengurangkan kusam wajah. Alhamdulillah, setakat ni, kawan-kawan pun bagitau ada perubahan pada kulit wajah saya setelah sebulan saya mengambil set ni. (seronoknyer!)

Jom kita tengok apa fungsi setiap produk ni terhadap kecantikan kulit kita.

Vita-C:
♥ Sebagai antioksidan kuat (water soluble) yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya. Sekarang, ada bermacam-macam jenis pencemaran dan kulit kita terdedah kepada semua itu. Pengambilan Vita C adalah penting untuk melindungi kulit kita daripada semula ini.
♥ Merangsan pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan dan kehalusan kulit. Kolagen ni ibarat simen yang mencantumkan batu-bata (protein) supaya kulit sentiasa kenyal. Jika kulit kita kekurangan kolagen, tubuh kita mudah kering dan bersisik serta mudah lebam dan calar. Kolagen yang mencukupi dari Vita C akan membuatkan kulit anda kelihatan gebuuuuuu. Siapa la tak nak kulit kelihatan gebu kan? ;)

B-Complex:
♥ Berfungsi menjaga kesihatan kulit dari dalam, di mana ia membantu mengurangkan garisan halus pada wajah. Semakin meningkat usia, semakin banyak garisan halus wujud pada wajah. Haaaaa...ambillah B-Complex ni. Kurangla sikit garisan halus tu...
♥ Ia juga penting untuk melanin yang memberikan warna pada kulit. Semakin kerapa anda berada di bawah matahari, lebih banyak B-Complex diperlukan. Ada yang siap bubuh sunblock bila berjemur kat tengah panas terik kalau ada aktiviti di luar. Apa kata sambil ber'sunblock', tingkatkan pengambilan B-complex. Secara sihat gitu...

Vita-E:
♥ Vita E memang tidak asing lagi sebagai vitamin untuk kecantikan kulit dan boleh memperlahankan penuaan tisu (kedutssssss). 
♥ Juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat. Dapat mengukuhkan sistem imun!
♥ 1 kapsul Vita-E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, kerawat dan bintik penuaan. Ia juga mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot paha.

Gabungan ketiga-tiga vitamin ini boleh:
♥ Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus.
♥ Memperlahankan penuaan
♥ Menjadikan kulit lebih kenyal
♥ Menjaga kulit dari sinaran UV
♥ Mengurangkan parut jerawat
♥ Menjadikan wajah bermaya dan berseri.
♥ Menjadikan kulit muka lebih cerah dan kemerahan
      
Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:
 

Our First Recognition As Supervisor

First time p dengar "talk" untuk Shaklee ni. He3x!! Sebelum ni, banyak tol aral melintang. Terlepas macam-macam info da. Tapi kali ni, memang sedaya upaya p jugak la walaupun hakikatnya masa memang terhad. 

Kat Shaklee Branch, Johor Bahru, 2hb Januari 2013, Presidential Master Dr K Sow bagi talk. Dengan cara dia bagi talk, memang menarik perhatian lah! Macam-macam info dia share. Rasa seronok lak dengar "talk" tu...rasa teruja lebey lagi nak wat biz Shaklee ni! 

Dr K Sow tunjuk demo macam mana dia telah 100 biji supplemen Shaklee! Ergh!! Rasa ngeri!! Tapi dia berjaya gak telan semua tu! TABIK SPRING!!!!

Dan pada penghujung 'talk' tu...ada penyampaian pin kepada New Supervisor dan New Senior Supervisor Dec 2012. Kami tak terlepas dari menerima pin tersebut sebagai New Supervisor Dec 2012. Eeeee...rasa seronok lak masa tu. Hubby yang malu-malu pun rasa seronok. He3x!! Apa pun, segalanya adalah rezeki daripada Allah Ta'ala...dan kami amat bersyukur kerana membuka pintu rezeki kepada kami di Shaklee ini.

Bermula bulan Oktober 2012 sebagai distributor..pada bulan Disember 2012, kami telah mencapai rank Supervisor...Alhamdulillah....

Jom layan beberapa pic kat sini. 

100 tablets tu kat tangan Dr K Sow!!! Besar tol tangan dia..banyak tablet ley letak kat atas tangan dia!

Our First Recognition...laki bini dapat daaaa.... anak-anak pun nak join skali!


Bersama-sama dengan upline dan downline kami...we are Small Shaklee Family!!
Ni truffle...ingredients yang healthy dalam ni adalah ESP dan Meal Shakes!!
Ni la dia pin yang kami dapat!!! Sungguh terharu!!!


More About Healing Crisis @ Krisis Pemulihan

Kadang-kadang, apabila kita mengambil supplemen, akan wujud beberapa simptom yang kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya TIDAK!
Kenapa ia terjadi?
Ini adalah disebabkan oleh sesetengah orang akan melalui suatu jangka masa penyesuaian apabila mula mengambil supplemen dietary. Ia adalah tindak balas tubuh kita kerana kekurangan khasiah disebabkan tabiat pemakanan kita. Jadi, apabila makanan berkhasiat dibekalkan secara "mengejut" oleh supplemen, maka terjadilah KRISIS PEMULIHAN!

Semasa jangka masa penyesuaian berlaku, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya memang mengambil masa beberapa hari. Tapi kalau tubuh yang lemah, tempoh krisis pemulihan akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih. Jadi masa ni teruskan pemakanan supplemen, jangan berhenti! KENAPA?!

Keadaan ini disebabkan oleh TOKSIN yang telah bertimbun di dalam tubuh kita untuk jangka masa yang lamaaaaaaaaaaaaaaa seperti sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet tak seimbang, kurang tidur, pengambilan antibiotik atau ubat-ubatan. Bayangkan macam mana la rupa dalam tubuh kita yang penuh dengan toksin!! cian badan...huhuhuhuhuhu. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita dan juga kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

Pada masa detoksifikasi ini, ada kemungkinan akan berlaku pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa panas dan hangat, berpeluh-peluh dan lain-lain. Simptom-simptom ini berbeza antara individu dan akan berlaku dalam tempoh 1 hingga 2 minggu. Jadi, bila berlakuknya detoksifikasi ni, janganlah cepat melatah. TOKSIN BANYAK TU DALAM TUBUH ANDA!!

Pada waktu jangka masa krisis pemulihan, ambillah beberapa langkah ini:
  1. Minumlah banyak air bersih, sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari
  2. Rehat secukupnya, tidur yang secukupnya.
  3. Makanlah lebih sayuran dan buahan.
Jika anda faham apa yang sedang berlaku pada diri anda adalah simptom pemulihan, semakin mudah anda melalui fasa itu kerana anda yakin bahawa supplemen itu sedang bertindak balas di dalam tubuh anda untuk membuang toksin dari tubuh anda. Dan anda juga akan mengambil langkah-langkah yang disebutkan di atas sepanjang tempoh tersebut.

Soal Jawab Tentang Krisis Pemulihan

Ada segelintir pelanggan kami mengadu pening kepala, kerap kencing, perut kembung dan macam-macam lagi setelah mengambil produk Shaklee ini. Jangan takut, jangan bimbang! Anda sedang mengalami krisis pemulihan di mana produk Shaklee ini sedang "membersih" dan "membuang" toksin yang mungkin da menggunung tinggi dalam badan anda..

Jom baca Q&A di bawah ni! 


Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

Tidak mengamalkannya setiap hari
Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:


 Penerangan / Penyebab:
Sakit kepala yang melampau
Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam
Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan

Cirit-birit,
meningkatkan pergerakan usus,

najis berbau, air kencing berbau
Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan  buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
 
Kembung perut
Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Pendarahan Hidung
Mungkin petanda bagi kekurangan darah

Rasa sakit pada otot dan sendi
Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu,
Hormon yang tidak seimbang

Lapar, Pening
Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu
Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Edema (membengkak)
Masalah buah pinggang

Wednesday, January 2, 2013

Set Menyusu Bajet

Set Menyusu Bajet

Bagi para ibu yang mempunyai kekangan bajet, salah satu set yang kami sediakan untuk anda adalah set yang mengandungi Alfalfa Complex dan ESP. Alfalfa Complex terkenal sebagai "MILK BOOSTER" dan ESP terkenal dengan pembekal tenaga!!


Set bajet terdiri daripada:
ESP dan Alfalfa Complex

Jom kita tengok kelebihan ESP dan Alfalfa Complex.

1.ALFALFA COMPLEX
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan membantu membuang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).


 2.ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu mengawal paras kolesterol serta memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim di dalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

A First Step Towards Success!

Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Ilahi atas semua rezeki yang telah Allah berikan kepada kami, selepas hampir 3 bulan menjadi pengguna dan pengedar Shaklee, kami telah diberikan recognition sebagai Supervisor.  
A First Step Towards Success!

Terima kasih jugak diucapkan kepada Madam Alice Koh yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan dorongan kepada kami yang tidak mungkin dapat kami balas. Begitu juga dengan semua downline kami yang sentiasa berusaha dalam mencapai kejayaan untuk kehidupan yang lebih baik. Tak lupa juga buat semua pelanggan kami yang sentiasa memberi sokongan dengan menggunakan produk Shaklee ini.

Jadi jom grab peluang untuk melebarkan sayap kita untuk peluang yang lebih baik pada masa hadapan!!


Berminat menjadi ahli?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Tuesday, January 1, 2013

SET MENYUSU 3M

Pasti ramai yang sudah mengenali Set Menyusu 3M yang merupakan salah satu Set Euphoria yang telah diperkenalkan oleh Puan Norita Idris yang kini merupakan salah seorang Master di Shaklee Malaysia.

Kalau kita tengok di blog dan facebook, ada pelbagai jenis set menyusu. Siapakah yang bagus dicadangkan untuk mengambil set 3M ni? Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan di mana kalau pam susu badan, tak dapat banyak pun. Sebotol yang 8oz pun tak dapat. huhuhuhuhu...sedey2...tapi niat nak menyusu bayi tu ada. Alhamdulillah...jadi apa kata grab set 3M ni untuk merealisasikan impian mommy. Jangan stress...jangan sedey...setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

 Jom kita berkenalan dengan set 3M ni...


Set 3M terdiri daripada 6 produk Shaklee iaitu,  
Vita-Lea, B-Complex, Vita-C, Alfalfa Complex, ESP dan Ostematrix.
Apakah fungsi keenam-enam produk ini dalam merangsang penyusuan seorang ibu?


1.VITA-LEA (MULTIVITAMIN)
 Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.
 


 2.B-COMPLEX
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu-ibu berfikiran positif sentiasa (mood baik). Jadi, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.


3. VITA-C
Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vita-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupun digigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik. Siapa tak nak kulit nampak cantik kan walaupun da beranak.

 
4.ALFALFA COMPLEX
Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan membantu membuang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik (angin dalam badan).

 


 5.ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu mengawal paras kolesterol serta memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim di dalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


6.OSTEMATRIX
Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak. Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period. Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.


Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Set Untuk Anak-anak Kecil Kami

Anak-anak juga memerlukan nutrien yang secukupnya dalam tubuh mereka. Kita sendiri pun tak tau sama ada pengambilan makanan harian anak-anak kita sudah membekalkan vitamin yang secukupnya pada badan mereka yang hendak membesar.

Jadi, sejak ber'shaklee', kami memberikan satu set supplemen khas untuk anak-anak kami iaitu
MEALSHAKES, VITA LEA FOR KIDS &
 CHEWABLE VITA C


Pengalaman bersama meal shakes:
Anak kedua kami memang ada masalah selera makan. Kalau bagi air susu sebotol, tak pernah habis. Mesti tinggal separuh. Lepas tu, kalau makan, selalunya main-main jek. GERAMNYA!!! Semasa kami mula berjinak-jinak dengan Shaklee, meal shakes telah menarik perhatian kami. Pada mulanya, anak kedua kami tak nak minum susu apabila dia melihat kami mencampurkan susunya dengan meal shakes. Lepas tu, kami sembunyi-sembunyi letakkan 1 scoop meal shakes ke dalam susunya. Akhirnya dia pun minum susu tu. Walaupun pada permulaannya tak habis jugak, tapi kami tetap meneruskan memberi susu + meal shakes.
Setelah hampir sebulan, hubby perasan perubahan anak kedua. Bila bagi susu, dia akan minum habis!! Masa makan tengah hari pada hari yang sama, dia minta nasi lagi!! Syukur Alhamdulillah!!! Skang, kami dah tak susah ati lagi dengan anak kedua kami. Selera makan dia pun da ok. :)

Pengalaman bersama vita-lea dan chewable vita C:
Cuaca skang memang tak dinafikan boleh menyebabkan batuk, selsema dan demam. Even saya sendiri pun batuk. Tapi anak-anak kami tak pula mudah terjangkit dengan saya sebab sejak mereka mengambil Chewable Vita C dan Vita Lea, mereka dah jarang batuk, selsema, demam (sebelum ni, kerap jugak demam dan selsema..huhuhuhuhuhu). Perkembangan minda mereka juga menunjukkan perubahan. Mereka lebih fokus dalam melakukan sesuatu. Kami percaya bahawa apabila makanan tambahan dibekalkan kepada kanak-kanak, ini akan merangsang minda dan pertumbuhan mereka ke arah yang positif. Alhamdullilah.

Tidak habis-habis kami memanjatkan kesyukuran kerana kami percaya, ibu bapa di luar sana juga inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. 

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Advanced Joint Health Tablet

Advanced Joint Health Tablet


Sempena promosi Januari 2013, mari kita berkenalan dengan produk ini.

Advanced Joint Health Tablet mengandungi satu bentuk ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5 hari!! Hampir 28% lebih pantas dari yang didakwa oleh satu jenama terkemuka.

Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal:

Juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas (zinc, kuprum, manganese dan Vitamin C - setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat)

Tidak seperti kebanyakan supplemen kesihatan sendi, Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi kondroitin, satu bahan yang terbukti di dalam ujian klinikal menghalang penyerapan glukosamin. Advanced Joint Health Tablet adalah 100% bebas kekerang dan 100% vegetarian (tidak langsung mengandungi sumber haiwan!

Apalagi, jom grab 6 botol dan anda akan mendapat percuma 1 botol. Bley hadiahkan kat abah, mama, atok, nenek, pakcik, makcik, suami, isteri....Inilah masanya untuk manjakan sendi-sendi kita yang dah berkhidmat lama dalam hidup kita. :)

Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di: