Saturday, March 30, 2013

Perkongsian Testimoni daripada Tai Mei Git



Sebelum menggunakan produk Shaklee
Saya merupakan seorang kerani insurans dan ibu kepada dua orang cahaya mata. Semasa melahirkan anak pertama, saya belum mengambil produk Shaklee dan sering keletihan selepas melahirkannya. Anak saya juga lebih banyak diberi susu tepung berbanding susu ibu kerana saya kekurangan susu badan. Selepas diperkenalkan dengan produk Shaklee, cara mengambilnya serta kisah kejayaan orang yang lebih sihat selepas mengambil produk Shaklee oleh Master Wong Sook Pin yang kini merupakan upline saya, saya mula lebih prihatin terhadap kesihatan. Tahun lalu saya merancang untuk hamil lagi. Saya telah meminta panduan dan nasihat daripada Master Wong Sook Pin tentang produk yang bersesuaian untuk proses kehamilan. Saya pun secara patuh mengambil produk yang disarankan setiap hari.

Selepas mengambil produk Shaklee
Anak kedua saya kini telah pun berusia 10 bulan. Dia diberi sepenuhnya susu ibu dan lebih sihat berbanding kanak-kanak lain seusianya. Saya mempunyai kira-kira 200 botol susu ibu tersimpan di dalam peti sejuk dan mampu mengepam susu sebanyak 5 botol sehari (anggaran 5oz setiap perahan) setiap hari. Malah semasa dalam pantang, saya mengepam lebih banyak susu anggaran 11oz perahan. Selain itu, saya juga lebih cepat pulih selepas melahirkan dan merasa lebih bertenaga. Apa yang lebih menggembirakan bila rakan-rakan saya mengatakan saya lebih sihat, cergas dan ceria selepas melahirkan. Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Master Wong Sook Pin dan juga Shaklee kerana memberikan kami produk bermutu tinggi.

Waaaah!! Melah pun nak jadi macam ni la!! Tak sabar nak merasai pengalaman menyusukan bayi dengan menggunakan produk Shaklee!!

Set Untuk Ibu Menyusu

Kali ni, Melah nak share satu lagi set menyusu. Yang ni ada tambahan, iaitu Omega Guard. Omega Guard bagus untuk perkembangan otak dan mata bayi. 

Jom kita tengok set yang Melah nyatakan ni.


Family Wellness
ESP, Vita Lea, Vita C, B Complex
Mengandungi keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. Ia memberikan tenaga dan makanan berkhasiat untuk tubuh yang sihat.

Ostematrix
Menyediakan nutrien matriks unik termasuk kalsium, Vitamin D, magnesium dan banyak lagi bagi mengekalkan tulang dan gigi yang sihat.

Omega Guard
Menyediakan potensi Asid Lemak Omega 3 ultra-tulen yang bergred farmaseutikal dengan spektrum menyeluruh.

Alfalfa Complex
Alfalfa Complex yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an merupakan Formula Milk Penuh Shaklee (Shaklee Signature Formula). Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral.

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Kebaikan Penyusuan Ibu Kepada Ibu dan Bayi

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya, setaip ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa dan cirit-birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusul bayinya. Penyusuan secara ekslusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga dua tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping di samping mengekalkan kesihatan si ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya.

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusi bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat Vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempnyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusu bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau autisme.

Alfalfa
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Jadi, kepada semua ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, take note tentang pemakanan kita yer dan dapatkan supplemen!!

Friday, March 29, 2013

Pilihan Sarapan Pagi Berkhasiat

Shaklee Meal Shakes: Makanan Segera, Tanpa Was Was


Dengan tabiat yang sering berkejaran dan tergopoh-gapah, kanak-kanak selalunya tidak punya waktu untuk duduk diam menikmati hidangan mereka. Sebab itulah mereka perlukan pilhan makanan yang bukan hanya segera tetapi juga berkhasiat untuk mereka seperti pilhan berkhasiat hidangan Meal Shakes Shaklee yang rendah lemak dan rendah glisemik. Rasa yang hebat, pek minuman ekstra nutrisi yang mudah dibancuh dan dicampur dengan hidangan lain. Meal Shakes menawarkan 19 vitamin dan mineral penting dan kaya dengan sumber kalsium serta sumber protein yang hebat. Ia juga merupakan nutrien asas untuk tumbesaran kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar untuk kekal kuat dan sihat. Tentu mereka akan menggemari pilihan bukan-soya berperisa vanila dicampur dengan susu yang berbuih. Cubalah rasai bancuhan meal shakes shaklee di pagi hari yang dicampur bersama dengan yogurt tanpa perisa atau pun susu rendah lemak berserta buah-buahan.

  • Snek nutrisi yang enak pada bila-bila masa
  • Hidangan ideal yang rendah kolestrol, lemak dan sodium
  • Hidangan segera bagi para atlet

P/S: Meal Shakes pun boleh diambil oleh orang dewasa. :)

Sarapan Berkhasiat Untuk Otak Cerdas dan Ligat

Menurut Pertubuhan Pemakanan Amerika, lebih daripada 40 peratus kanak-kanak perempuan dan 32 peratus kanak-kanak lelaki tidak bersarapan teratur pada waktu pagi. Kebanyakan ibu bapa berasa pelik mengapa anak mereka sukar mengambil sarapan pagi sebaliknya mengambil makanan ringan menjelang tengahari. Puncanya adalah kerana kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi tidak mendapat nutrisi dan tenaga yang diperlukan tubuh untuk mereka menumpukan pembelajaran di sekolah.

Pencapaian Persekolahan
Kajian bagi korelasi di antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan "kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran Matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan".

Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?

  • Memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan
  • Menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai.
  • Membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat.
  • Meningkatkan pencapaian berfikir.
  • Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah.
  • Membantu mereka untuk tidak berkhayal semasa di dalam kelas.
  • Membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah.
Jadi, ibu bapa, jangan memandang remeh terhadap sarapan pagi ini yer. Untuk jangka masa panjang, memberikan pelbagai kesan kepada anak-anak kita.

p/s: lepas ni, saya pun nak paksa anak-anak saya bersarapan. :D

Set Kesihatan Untuk Kanak-kanak

Shaklee memberikan rangkaian nutrisi terbaik yang diperlukan anak anda untuk sokongan tumbesaran yang sihat di samping mengekalkan kesihatan seiring tumbesaran mereka.

Di sini saya ada set cadangan yang sesuai untuk kanak-kanak. Set cadangan ini terdiri daripada chewable vita C, Omega Guard, Lecithin, Meal Shakes dan Vita Lea.

Persoalan yang ibu bapa sering tanyakan kepada saya:
Budak umur berapa ek yang sesuai amik set ni?

Sebenarnya, jika kanak-kanak tersebut sudah boleh mengunyah memang sesuai mengambil set ini.

Jom kita tengok set cadangan untuk kanak-kanak



Chewable Vita C
Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan sistem imun dan pertahanan tubuh secara semulajadi. Shaklee Chewable Vita C Plus didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C-nya mudah diserap dengan hanya mengunyah dan menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ia dikunyah sehingga lumat di dalam mulut berbanding terus ditelan bulat-bulat.

Omega Guard
Ia memberikan spektrum penuh yang berkesan dan merupakan asid lemak omega-3 bergred farmaseutikal.

Lecithin
Kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokong kesihatan tubuh.

Meal Shakes
Sumber protein yang hebat menawarkan 19 vitamin dan mineral perlu - nutrien asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Vita-Lea
Vita-Lea atau multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@viber):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Lahirkan Anak Pintar

Setiap ibu dan ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak dan kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Multivitamin
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka.

Omega-3
Sebahaguan besar daripada otak terbina daripada lemak "baik" yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.

Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotansmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein Baik
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

Jadi, bila nak cari produk kesihatan untuk anak-anak, pastikan supplemen tu mengandungi perkara-perkara di atas.... :)