Friday, March 29, 2013

Sarapan Berkhasiat Untuk Otak Cerdas dan Ligat

Menurut Pertubuhan Pemakanan Amerika, lebih daripada 40 peratus kanak-kanak perempuan dan 32 peratus kanak-kanak lelaki tidak bersarapan teratur pada waktu pagi. Kebanyakan ibu bapa berasa pelik mengapa anak mereka sukar mengambil sarapan pagi sebaliknya mengambil makanan ringan menjelang tengahari. Puncanya adalah kerana kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi tidak mendapat nutrisi dan tenaga yang diperlukan tubuh untuk mereka menumpukan pembelajaran di sekolah.

Pencapaian Persekolahan
Kajian bagi korelasi di antara sarapan pagi dan pencapaian di sekolah menunjukkan "kanak-kanak yang mengambil sarapan pagi sebelum ke sekolah mendapat keputusan yang lebih baik di dalam mata pelajaran Matematik dan cepat membaca serta mempunyai daya tumpuan lebih lama dan bersikap lebih sopan".

Bagaimanakah pengambilan sarapan pagi memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak di sekolah secara keseluruhannya?

  • Memberikan tenaga yang diperlukan untuk memulakan hari persekolahan
  • Menghilangkan simptom rasa lapar seperti sakit kepala, lesu, mengantuk dan longlai.
  • Membantu mereka untuk berfikir lebih cepat apabila membuat kerja-kerja sekolah dan bertindak atau menjawab pertanyaan yang diutarakan guru dengan lebih tepat.
  • Meningkatkan pencapaian berfikir.
  • Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah.
  • Membantu mereka untuk tidak berkhayal semasa di dalam kelas.
  • Membuatkan mereka lebih tenang dan kurang menggelabah.
Jadi, ibu bapa, jangan memandang remeh terhadap sarapan pagi ini yer. Untuk jangka masa panjang, memberikan pelbagai kesan kepada anak-anak kita.

p/s: lepas ni, saya pun nak paksa anak-anak saya bersarapan. :D

No comments:

Post a Comment