Meh nak share lagi apa yang telah saya baca. Tak abis-abis nak share apa yang saya baca kan? Kan?Kan? Hehehehehehe... saya suka share info yang saya rasakan best dan bermanfaat buat semua. Ye lah, kadang-kadang kita terlepas pandang, kadang-kadang kita lupa. Jadi saya di sini berfungsi untuk membuatkan anda "Pandang" dan "Ingat"! Eh! Artikel kali ni tentang lobak merah yer. Saya selalu masak lobak merah ni dalam tomyam campur, ayam masak kunyit, ayam paprik, sayur campur, sup dan macam-macam lagilah. Selain daripada bagus untuk mata, saya pun kurang amik tau apa lagi kelebihan lobak merah ni. Jom kita sama-sama baca artikel pendek ni. Zaaaaaassss!!! LAYAN......
Sebatang lobak merah sehari!
Sumber gambar:
Makanan yang sihat adalah baik untuk kesihatan anda dan keluarga. Salah satu kegemaran bukan sahaja si kecil malah orang dewasa adalah lobak. Terdapat 10 kebaikan yang ada di dalam makanan ini iaitu lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Lobak juga baik untuk mata kerana ia adalah sumber yang kaya dengan vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik. Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolestrol yang tidak baik daripada badan. Lobak mempunyai lebih banyak kalori untuk membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak. Paling penting dengan memakan lobak merah juga dapat melambatkan penuaan dengan beta-karotena yang terdapat di dalamnya.
Sumber artikel: Pa&Ma Disember 2014, m/s B16
Apa dia? Apa dia? Apa dia?? Melambatkan penuaan?? Beta-karotena ni melambatkan penuaan rupa-rupanya!! Aiseh!! Lambat sungguh ceritaku... Tapi... better late than never!! Mulai Februari, saya nak mengamalkan makan sebatang lobak sehari...baby carrot kot? hehehehehehe
Jom like page kami di Famili Comel Sihat
No comments:
Post a Comment