Wednesday, May 14, 2014

Aktiviti Gossip ACSF

Gossip? Sempat lagi bergossip? 

Gossip bukan sebarang gossip yer... kami bergossip tentang Shaklee!! 

1 Mei 2014, satu aktiviti gossip Shaklee telah dianjurkan oleh Founder Amazing CSF iaitu Nina, di mana dia telah mengajak semua ahli Amazing CSF untuk datang ke rumah beliau di samping bersembang secara santai tentang Shaklee.

Pelbagai perkara telah dibincangkan dan disampaikan kepada anak didik beliau. Alhamdulillah, aktiviti gossip ini berjalan lancar. Anak-anak kecil bermain-main di luar, dan mereka bukanlah penghalang kepada aktiviti gossip ini untuk berjalan dengan lancar.

Di samping itu, tidak dilupakan aktiviti sharing daripada leader Amazing CSF iaitu Nina, Zul dan juga Feeda, di mana mereka telah berkongsi tip-tip kejayaan mereka dan menjadi panduan rakan-rakan lain untuk berjaya dalam dunia perniagaan Shaklee ini.

Sebelum aktiviti gossip ini berakhir, aktiviti yang paling mengerikan para wanita...iaitu menaiki penimbang berat Tanita!! Ahahahahaha....

Semoga apa yang dikongsikan dalam aktiviti ini dapat membantu semua anak didik ACSF untuk lebih maju dan sukses dalam Shaklee!!!



Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Tuesday, May 13, 2014

Awet muda dengan Shaklee

"Naper aku nampak ko makin lain macam je ek?"

"Lain macam macam mana tu?"

"Ko makin nampak muda lak! Pastu...kulit muka ko nampak cantik. Tak macam dulu...kusam jek. Ko makan apa ek?"

"Iyer ker? Puji semacam jek ni! Ker ko nak aku belanja ko makan ni?"

"Eh! Aku seyes laaaa...ko makan produk apa?"

Chup!!! Member da tanya tu... Jawab ler!!! 

Pengamal tegar Mealshakes...jangan tak tau...anda tu awet muda tau. Ahaaaaa... macam mana tu?

Sebelum ni, yang kita tau, Mealshakes ni adalah pilihan sarapan terbaik. Lepas tu, sesiapa yang sembelit tu, amalkan minum Mealshakes ni. Tak kurang jugak yang ada ekzema...ley amik Mealshakes ni.

Eh! Macam mana pulak awet muda tu?
Haaaaa.... 
Tau tak, Mealshakes ni salah satu manfaat utamanya ialah ANTI-OKSIDA. Mealshakes mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan MELAMBATKAN PROSES PENUAAN
Naaaaaa....awet muda kan tu??

Pastu, Mealshakes ni dapat MENGEMBALIKAN SERI WAJAH. Sebabnya, Mealshakes mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus MEMBERIKAN KOMPLEKSI WAJAH ATAU KULIT YANG LEBIH CANTIK.
Ehem...ehem....

Mungkin kita tak perasan, tapi bila hasilnya glowing....orang lain yang nampak...jangan malu..jangan segan...share la kebaikan Mealshakes dengan kekawan kita.



Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Monday, May 12, 2014

Mereka adalah penguat semangat mama & papa!!

Inilah wajah-wajah yang sering menjadi penguat semangat untuk kami menjalani bisnes Shaklee.


Wajah-wajah inilah yang menyebabkan saya lebih kuat untuk meneruskan perjuangan saya dalam Shaklee ini. Tidak sedetik pun merasakan mereka adalah BEBAN kepada saya untuk mempelajari ilmu produk Shaklee.


Anak-anak adalah anugerah terindah dan mereka adalah amanah yang Allah kurniakan kepada saya. Saya telah memilih untuk mengambil cuti menjaga anak kerana ingin fokus kepada anak-anak, bukan semata-mata untuk bisnes sahaja. Jadi saya berusaha menyeimbangkan kedua-duanya tanpa mengorbankan salah satu.

Ke sana ke mari,saya pasti bersama-sama dengan mereka dan juga suami (jika suami tidak bekerja). Kadang-kadang, suami mengambil peranan menjaga anak-anak apabila saya hendak menghadiri majlis ilmu. Pengorbanan suami saya tidak saya sia-siakan. Malah, saya sentiasa berusaha untuk membuat yang terbaik untuk keluarga kami dan juga bisnes. Alhamdulillah.. Allah mengurniakan seorang suami yang tidak pernah berhenti menyokong isterinya untuk mencapai impian.

Merekalah penguat semangat saya untuk sampai ke tahap ini. Wajah-wajah mereka saya tatapi tika saya berasa rendah diri, sedih dan susah hati. Dan keletah mereka membuatkan saya tersenyum dan membakar semangat saya untuk berusaha sehingga mencapai apa yang saya mahukan dalam kehidupan saya.

Malah, anak-anak kini semakin faham dan nampak apa yang mama mereka buat. Alya sendiri sudah tahu mama dan papa selalu pergi ke Shaklee. Sepertinya, anak-anak kecil ini gembira melihat mama sentiasa bersama-sama dengan mereka. Kini, saya mula menyedari, kenapa saya perlu korbankan anak-anak saya demi mengejar ilmu Shaklee? Niat saya membuat Shaklee adalah untuk membantu lebih ramai orang untuk merasai kehidupan saya pada masa kini, dan saya juga mahu meluangkan lebih masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarga saya.

Apa pun, saya tabik kepada ibu-ibu yang menganjurkan program, ditemani anak-anak kecil..tapi mereka lebih cepat sukses dari diri saya. Saya jadikan mereka sebagai idola saya, dan satu hari nanti, saya akan mengatakan bahawa anak-anak adalah penguat semangat kami untuk berjaya dalam Shaklee!!

Friday, May 2, 2014

Sakit sendi? Jom cuba Supplemen Shaklee!

Sakit sendi? Sakit lutut?  Lenguh badan?
Apa? Umur masih muda tapi da sakit macam tu?
Mari sini, baca rapat-rapat.
Nak cerita sal sakit sendi ni...


Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengalami kesakitan pada lutu, sendi dan tulang. Mereka yang aktif bersukan, ibu yang mengandung dan menyusu, mereka yang pernah terlibat dalam kemalangan, mereka yang mengalami masalah berat badan, dan mereka yang melakukan kerja-kerja berat juga boleh mendapat sakit lutu, sendi atau tulang pada bila-bila masa.

Macam mana nak tau yang kita ni mengalami sakit sendi?

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit sendi adalah merasa ngilu di bahagian sendi. Apabila kita mengalami sakit sendi, kita akan merasa sakit dan lembut di kawasan tersebut, menjadi bengkak, mengalami keradangan, kaku dan sukar bergerak.

Anda ada mengalami simptom-simptom ini??


Jom sayangi sendi anda!!! Jom tengok gambar ni dan baca manfaat setiap produk terhadap sendi anda!

 
 
Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Thursday, May 1, 2014

Tahniah Buat New Supervisor April 2014...NOR HASLINDA

Seperti bulan-bulan sebelum ini, tidak pernah rasanya saya berputus asa mencari "berlian" dan memastikan "berlian" ini berkilauan. Pada bulan April 2014 yang lepas, seorang lagi telah menjadi "berlian yang berkilauan" di mana selama 3 bulan sahaja, dia telah menjadi SUPERVISOR!!


TAHNIAH buat New Supervisor dalam keluarga SSF iaitu Nor Haslinda!!! Apa cerita di sebalik pencapaian beliau ini? Jom baca!!!

Kisahnya bermula dengan perkenalan beliau dengan produk Shaklee di Facebook. Kebetulan saya ni pun memang jenis suka post kat Facebook tentang Shaklee dan saya tagged suami saya dalam post tersebut. Allah memberikan saya rezeki di mana beliau telah menghantar mesej kepada suami saya dan bertanya bagaimana untuk menjadi ahli Shaklee pada Februari 2014. Alhamdulillah...Rezeki Allah itu pasti jika kita rajin mencari jalan untuk mendapatkanya.

Pada mulanya, beliau hanya mengambil produk untuk dirinya sendiri. Dan pada masa itu, bonus beliau hanya 2 angka sahaja.

Masuk bulan kedua, beliau semakin rajin berkongsi kebaikan produk dengan rakan sekerja. Tak kurang jugak post di Facebook di mana beliau telah memperkenalkan diri beliau secara tidak langsung sebagai Shaklee Independent Distributor. Dan pada bulan Mac 2014, beliau telah berjaya mendapat bonus 3 angka. Melihat wajah beliau semasa mendapat tahu beliau bakal mendapat 3 angka...rasa sungguh terharu kerana beliau benar-benar bersyukur.

Saya berikan beliau target. "Bulan April 2014, mesti jadi SUPERVISOR." Dan beliau menjawab.. "Insha Allah". Tau tak, hampir setiap hari beliau menghantar mesej kepada saya, untuk mengambil barang. Dengan kesibukan kerja yang sentiasa meminta beliau untuk bekerja "full-shift", itu tidak menjadi alasan untuk beliau untuk terus mendapatkan sales. Saya sendiri berasa kagum dengan kesungguhan yang beliau tunjukkan. Sehinggakan saya malu sendiri kerana saya baru sedar, apabila saya mengatakan saya telah berusaha sedaya upaya saya, nampaknya, usaha saya masih tidak dapat menandingi beliau.

Dan beliau tidak menyimpan stok untuk menjadi seorang Supervisor. Beliau juga tidak memberi hutang kepada orang yang membeli dengan beliau. Semangat dan kerajinan beliau membuatkan saya lebih bersemangat untuk membantu lebih ramai leader saya untuk berjaya. Dan beliau tidak pernah kenal erti putus asa, dan sentiasa memotivasikan dirinya. Dan beliau adalah merupakan ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.

Saya percaya, bonus yang beliau perolehi pada bulan April 2014 ini pastinya dapat membantu beliau dalam pelbagai perkara. 

"NIAT MESTI BETUL"

Wednesday, April 30, 2014

Bulan Mei Pasti Superb!!



Baru habis closing April 2014, kini, Mei 2014 sudah menjelma. Apa la agaknya promosi bulan Mei ni yer?
Terkenang-kenang tahun lepas.. Mei 2013. Saya bangkit semula selepas "lena" yang panjang di mana saya telah mengorak langkah untuk membina kelurga Shaklee yang lebih besar. Dan Alhamdulillah, kini dengan membawa gelaran Key Coordinator, saya terus mengorak langkah untuk membina lebih ramai leaders dalam team saya. 

Cuti yang saya ambil untuk menjaga anak saya ini saya isikan dengan menimba ilmu perniagaan dalam Shaklee dan juga untuk membina organisasi yang kukuh. Alhamdulillah...sepanjang perjalanan ini, saya telah menemui ramai manusia-manusia yang hebat. Bukan setakat perkongsian produk sahaja, malah pengalaman dan tips untuk berjaya juga semakin banyak dikaut dan dikongsikan dengan anak didik Shaklee saya.

Inshaa Allah, bulan Mei 2014 pastinya indah untuk saya mengorak langkah dalam membina lebih ramai leaders yang kukuh.

"Tiada alasan untuk tidak berjaya melainkan kita yang mengatakan kita tidak mampu atau kita tidak mahu."

Wednesday, December 25, 2013

Kelahiran yang dinantikan....Muhammad Ashraf Muslim Bin Muhammad Fadli

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Akhirnya... putera kami telah selamat dilahirkan pada 4 September 2013 setelah 40 minggu 3 hari kami menanti....

Bayi lelaki seberat 2.8 kg ini telah dinamakan sebagai Muhammad Ashraf Muslim Bin Muhammad Fadli.

Apabila mengenangkan saat-saat menyambut kelahiran bayi Ashraf ini.... pada pagi 4 September 2013, sebelum bertolak ke hospital, sempat lagi saya mengisi perut saya dengan mealshakes dan susu anmum materna.

Setibanya saya di hospital, tak tenang duduk saya dibuatnya kerana doktor menyarankan saya supaya di "induce" kerana mengalami kekurangan air ketuban. Teringat lagi setiap detik kesakitan selepas kena "induce" semasa melahirkan anak pertama. Pada pukul 11 pagi, saya telah di"induce". Si suami setia menanti saya melayan kesakitan sambil menggenggam tangan saya. Alhamdulillah... terima kasih sayang...

Selepas meneran sebanyak 3 kali... Ashraf telah dilahirkan pada pukul 2 petang. Betapa indahnya pada waktu itu apabila "nurse" meletakkan Ashraf di atas dada saya dan menyuruh saya menyusukan bayi saya. Dan yang paling mengujakan saya, Ashraf terus menghisap puting. "Nurse" mengusik Ashraf, "baru keluar terus cari susu ibu".

Anak-anak sebelum ini, saya tidak berpeluang begini. Selepas mereka dilahirkan, masuk "baby nursery", terus diberi susu formula. Tapi kelahiran bayi keempat ini membuatkan saya rasa bersyukur kerana Allah telah memberikan saya peluang untuk merasakan pengalaman yang berharga ini. 

Sambil makan hidangan hospital, saya juga minum ESP bersama-sama dengan air milo untuk mengalas perut saya. Ashraf dibenarkan untuk tidur bersama saya pada malam itu (anak-anak sebelum ni, semuanya tidur kat nursery). Setiap kali Ashraf nak menyusu, saya suakan puting saya ke mulutnya....terdetik di dalam hati, ada susu tak ek? Tapi, kelihatan Ashraf seperti tidur lena selepas menyusu. Apabila saya picit puting susu saya... ya...ada air susu keluar.. Alhamdulillah....

Pada pagi itu, "nurse" datang memeriksa keadaan Ashraf. Dia telah membuka DD Ashraf dan dia berpuas ati. Katanya, Ashraf minum susu secukupnya. Tersenyum lebar saya dibuatnya. Hari pertama menyusu Ashraf telah berjaya. Alhamdulillah...kini Ashraf da nak masuk 4 bulan, dan saya masih lagi menyusukan Ashraf. Sayang Ashraf.


Wajah kami sebelum saya masuk ke labour room

Sudah berada di labour room...dup dap..dup dap....

Bayi lelaki seberat 2.8kg telah dilahirkan ke dunia ini...Muhammad Ashraf Muslim Bin Muhammad Fadli