Monday, May 12, 2014

Mereka adalah penguat semangat mama & papa!!

Inilah wajah-wajah yang sering menjadi penguat semangat untuk kami menjalani bisnes Shaklee.


Wajah-wajah inilah yang menyebabkan saya lebih kuat untuk meneruskan perjuangan saya dalam Shaklee ini. Tidak sedetik pun merasakan mereka adalah BEBAN kepada saya untuk mempelajari ilmu produk Shaklee.


Anak-anak adalah anugerah terindah dan mereka adalah amanah yang Allah kurniakan kepada saya. Saya telah memilih untuk mengambil cuti menjaga anak kerana ingin fokus kepada anak-anak, bukan semata-mata untuk bisnes sahaja. Jadi saya berusaha menyeimbangkan kedua-duanya tanpa mengorbankan salah satu.

Ke sana ke mari,saya pasti bersama-sama dengan mereka dan juga suami (jika suami tidak bekerja). Kadang-kadang, suami mengambil peranan menjaga anak-anak apabila saya hendak menghadiri majlis ilmu. Pengorbanan suami saya tidak saya sia-siakan. Malah, saya sentiasa berusaha untuk membuat yang terbaik untuk keluarga kami dan juga bisnes. Alhamdulillah.. Allah mengurniakan seorang suami yang tidak pernah berhenti menyokong isterinya untuk mencapai impian.

Merekalah penguat semangat saya untuk sampai ke tahap ini. Wajah-wajah mereka saya tatapi tika saya berasa rendah diri, sedih dan susah hati. Dan keletah mereka membuatkan saya tersenyum dan membakar semangat saya untuk berusaha sehingga mencapai apa yang saya mahukan dalam kehidupan saya.

Malah, anak-anak kini semakin faham dan nampak apa yang mama mereka buat. Alya sendiri sudah tahu mama dan papa selalu pergi ke Shaklee. Sepertinya, anak-anak kecil ini gembira melihat mama sentiasa bersama-sama dengan mereka. Kini, saya mula menyedari, kenapa saya perlu korbankan anak-anak saya demi mengejar ilmu Shaklee? Niat saya membuat Shaklee adalah untuk membantu lebih ramai orang untuk merasai kehidupan saya pada masa kini, dan saya juga mahu meluangkan lebih masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarga saya.

Apa pun, saya tabik kepada ibu-ibu yang menganjurkan program, ditemani anak-anak kecil..tapi mereka lebih cepat sukses dari diri saya. Saya jadikan mereka sebagai idola saya, dan satu hari nanti, saya akan mengatakan bahawa anak-anak adalah penguat semangat kami untuk berjaya dalam Shaklee!!

No comments:

Post a Comment