Tuesday, June 17, 2014

Ingatkan 3, rupa-rupanya 4!!

Apa lagi laaa yang omak Melah Han ni kecoh?
Haaaa... pada mulanya, yang bagitau kat omak dorang dapat award 3 orang jek
Grace, Nina, Feeda...
Omak ni meneka-neka beberapa nama yang mungkin dapat award...tapi sorang jek cakap dapat, yang lain senyap. So, omak pun cakap dalam hati...xperla...Inshaa Allah, tahun depan akan ada la tu.
Masa NC tu... tup tap tup tap...ada satu nama yang dikenali dalam buku tu!!
Aik!! Tak ngaku pun dapat award!! Rupa-rupanya tak sampai e-mel kat dia kerana ada masalah dengan e-mel tu. Huhuhuhuhuhuhu
Rupa-rupanya 3 orang keturunan omak amik award tahun ni yer.. dua orang datang..dua orang tak datang...
Takper... dengar citer, Shaklee pos award tu ke umah...best!!
Next year..omak target ada 10 orang keturunan SSF akan naik turun pentas!
Target tinggi? 
Berimpian besar dan berusaha dalam merealisasikan impian itu!
Semoga segala urusan dipermudahkan!
Amin....




Monday, June 16, 2014

Ingatkan 5, Rupanya 6!

Masa National Conference (NC) ari tu, mati-mati ingat dapat 5 awards sebab dalam surat tulis 5 jek..
Tup tap tup tap... dapat 6 awards!!! Alhamdulillah!!!
Berbunga-bunga hati omak!!
Tapi award yang surprise tu...dapat bunga dan sijil key coordinator...tapi dalam surat takder. Ngeh3x!! 
Bila upload gambar replika kunci keta tu, siap sedara mara, kawan-kawan, tanya, dapat keta apa? Hik3x! Shaklee tak beri kereta, tetapi mereka beri Car Bonus di mana kita boleh gunakan wang Car Bonus ni untuk beli kereta ker, motorsikal ker, atau untuk bayar bulan-bulan kenderaan yang sedia ada ker. Tapi tak semestinya untuk kenderaan sahaja. Boleh gak untuk wat simpanan ker, belanja ker...dan macam-macam lagi. 
Apa pun, tanpa warga SSF, award ni pun takkan nampak da tau...huhuhuhuhu....balik dari NC ni...omak da terbakar...sebab nak ajak lebih ramai warga SSF join naik turun pentas tu...biar sampai runtuh pentas tu! Hik3x!! Over imaginasi omak ek!!


Saturday, June 14, 2014

Dinner bersama dengan Shaklee

Alhamdulillah...tahun ni, dapat jugak join dinner yang dianjurkan oleh Shaklee. Tahun lepas terlepas dinner atas sebab yang tak dapat dielakkan. Tahun ni, tak nak lepaskan peluang untuk join dinner ni. Selalu sangat dengar orang cerita yang ni best, yang tu best. Ehehehehehe

Masa mendaftar untuk terima award, kami dapat pass untuk menghadiri Gala Dinner yang bertemakan Glitter Nite. Apalagi omak, pakai ler baju yang ada blink blink. Walaupun tak blink blink satu baju, janji ada blink blink nyer la...

Dinner ni kat Sunway Pyramid Convention Centre. Dewan yang digunakan untuk National Conference Shaklee dijadikan tempat dinner. Bayangkan betapa besarnya bilik yang digunakan National Conference tu. Digunakan pulak untuk dinner ni. Memang ramailah award achievers untuk 2013/2014 ni!!

Perasaan? Bersyukur sangat-sangat. Memang la pernah join dinner masa keja dulu, tapi kali ni, lain macam rasanya. Ahahahaha, sebab kita dirai atas pencapaian kita. Setelah naik pentas dua hari berturut-turut, kami dirai lagi dengan dinner ni.

Makanannya...memang superlicious!! Banyak!!! Udang besar-besar! Nasi goreng pun banyak!! Eeee... kalo nak cerita pengalaman makan-makan tu...fuh! memang terliur la omak skang!! Ikan masak asam pedas...fuh! Superb ok!  Sup nyer..rasa macam nak buat jek...harap-harap serupalah rasanya dengan yang kat hotel tu. Hik3x!


Yang da join Shaklee dan da mula berbisnes, capai target! Nak merasa semua ni, naik rank Supervisor dan kemudian, jangan la stay pada satu rank tu pada tempoh yang lama. Naik dan naik dan naik. Inshaa Allah, manisnya pengalaman yang dapat kita kongsikan dengan sedara mara dan kawan-kawan kita.

Pesanan buat anak-anak omak a.k.a warga SSF, tanpa korang, kami memang takkan berada di sini, tapi, keseronokan ini lagi meriah jika kita semua sama-sama berada di sini. Nak korang FIGHT untuk diri korang sendiri. "Hadiahkan" diri korang dengan award ni hokey!!!

Dan keindahan malam itu dikongsikan bersama dengan My Superb BFF a.k.a My Soulmate a.k.a My Partner in Crime!! Alhamdulillah..Alhamdulillah..Thanks for always be by my side...


Whenever we think negative about something..
Change it to positive thinking!
And u will see a lot of opportunities in front of u!!

Sunday, May 25, 2014

Key Coordinator March 2014



Yer...citer bulan Mac, baru nak citer bulan Mei...
Sebabnya??
Sebab bulan Mei baru dapat sijil dan pinnya...hehehehehe
Alhamdulillah...
Kami sampai ke tahap ini kerana kami mempunyai rakan-rakan Shaklee yang hebat dan sentiasa mahu meningkatkan nilai hidup mereka! 
Terima kasih!!!



Ni lah pinnyer...untuk suami isteri....blink blink!

Saturday, May 17, 2014

Universal Studio Singapore

Universal Studio Singapore..atau dengan nama singkatannya USS

Tak pernah pun terlintas di fikiran ni kami sekeluarga akan dapat pergi ke USS pada tahun ini. Perancangannya lambat lagi. Tunggu anak-anak da besar alkisahnya. Nak bajet-bajet.
Tapi, semuanya berubah apabila Mr Hubby dengar Era FM semasa on the way pergi kerja. Masa tu dorang Haniff citer sal Season Pass ke USS. Apalagi Mr Hubby, terus surf internet. Balik rumah, dia citer sal Season Pass tu. Satu tiket $66. Wah!! Apalagi!! Booking terus la!!

Season Pass ni boleh guna untuk 6 bulan. Bermula dari Mac 2014 sehingga September 2014. 
Pengalaman masuk Singapore drive guna kereta sendiri...memang best!! Macam-macam perasaan ada! Takut, seronok..macam-macam la. Nasib baik ada GPS, boleh la cari USS tu. Nak masuk Singapore, memang banyak keta, motorsikal, lori, bas. Fuh!! Tapi kesesakan tu hanya di CIQ sahaja. Bila da masuk Singapore, da ok da. 

Sampai di USS, rasa berbunga-bunga hati ni. Ahahaahah... Banyak tempat yang ceria dan colourful! Seronok nak amik gambar kenangan sana sini.

Macam-macam watak kami jumpa. Berbaris nak amik gambar dengan dorang. Lepas tu, tak semua tempat permainan anak-anak ley main. Saya ni pun bukan berani main roller coaster tu. Masuk tempat Transformer pun da cukup mengerikan bagi saya. Ahahahahaha... Mr Hubby siap main kat roller coaster kat the Mummy tu!! Huk3x!! Dari cara dia describe...saya da rasa ngeri. 

Apa pun, anak-anak memang enjoy walaupun dorang tak main banyak benda. Tempat tu pun da cukup menarik. Siap ada persembahan-persembahan lagi. Memang layan la!!

Kalo nak cerita semua pengalaman, fuh! Memang panjang laaa... Saya memang recommend la kalau nak pegi USS...



 

Friday, May 16, 2014

Aktiviti Gossip keluarga SSF

Bulan ni tak abis-abis dengan gossip yer!!
Ahahahaahaha...
Apa pun, kami bukan gossip mengumpat orang yer...
Kami bergossip tentang produk Shaklee!!
Pada 5hb Mei 2014, satu lagi aktiviti gossip warga SSF telah diadakan di Senadin. 
Kebanyakan yang datang adalah merupakan wanita yang ingin hidup sihat berikutan pemeriksaan kesihatan mereka agak menggusarkan hati mereka.

Pada mulanya, semua mengisi "checklist 90 days", kemudian barulah mereka membuat "body check up" dengan menggunakan penimbang berat TANITA. Wah!! Penimbang ni memang musuh utama wanita yer!! Tapi tumpuan utama bukan la pada berat badan mereka, tetapi pelbagai aspek telah diperiksa.
Dari situ, baru lah mereka nampak apa yang cukup, apa yang kurang dan juga apa yang perlu mereka ambil untuk tubuh badan yang lebih sihat.

Apa pun, semua memang sporting! Dan lain kali kita jumpa lagi ya!!!


Thursday, May 15, 2014

Aktiviti Gossip anjuran ASF

Tak habis-habis kan dengan aktiviti bergossip??

Ye..ye...memang wanita ni...suker sangat bergossip...tapi...kami bergossip tentang Shaklee yer...ahahahahaha...

Pada 3 Mei 2014, di Miri...lepas turun dari kapal terbang...trus pergi ke rumah Grace..semangat nak jumpa geng-geng Shaklee!!

Perkongsian demi perkongsian dilakukan untuk menambah pengetahuan semua rakan-rakan Shaklee dalam grup kami.

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada Grace kerana sudi menjadi tuan rumah aktiviti gossip ini.

Aktiviti demo jugak ader tau. Bukan demo jalanan. Tapi demonstrasi produk Shaklee. Macam magik gitu. Mula-mula dup dap dup dap jugak masa tengok demo ni. Mana tau tak berjaya ker. (nampak sangat omak ni tak yakin yer). Alhamdulillah, demo tentang produk basic H2 dan jugak fresh laundry concentrate telah berjaya dilakukan. Tak lupa jugak demonstrasi untuk vita lea juga telah berjaya dilakukan. Melalui pemerhatian, akhirnya tiba ke konklusi bahawa produk shaklee adalah SELAMAT, BERKESAN, dan MESRA ALAM!!

Grace pun ada gossip best yang dikongsikan dengan kami semua pada hari tu. Memang terkesan di hati la. Balik umah, omak trus wat ulangkaji dari hasil gossip tu. 

Apa pun...thanks kepada yang sudi hadir...sayang u ollsssss!!!!
 


Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di: