Universal Studio Singapore..atau dengan nama singkatannya USS
Tak pernah pun terlintas di fikiran ni kami sekeluarga akan dapat pergi ke USS pada tahun ini. Perancangannya lambat lagi. Tunggu anak-anak da besar alkisahnya. Nak bajet-bajet.
Tapi, semuanya berubah apabila Mr Hubby dengar Era FM semasa on the way pergi kerja. Masa tu dorang Haniff citer sal Season Pass ke USS. Apalagi Mr Hubby, terus surf internet. Balik rumah, dia citer sal Season Pass tu. Satu tiket $66. Wah!! Apalagi!! Booking terus la!!
Season Pass ni boleh guna untuk 6 bulan. Bermula dari Mac 2014 sehingga September 2014.
Pengalaman masuk Singapore drive guna kereta sendiri...memang best!! Macam-macam perasaan ada! Takut, seronok..macam-macam la. Nasib baik ada GPS, boleh la cari USS tu. Nak masuk Singapore, memang banyak keta, motorsikal, lori, bas. Fuh!! Tapi kesesakan tu hanya di CIQ sahaja. Bila da masuk Singapore, da ok da.
Sampai di USS, rasa berbunga-bunga hati ni. Ahahaahah... Banyak tempat yang ceria dan colourful! Seronok nak amik gambar kenangan sana sini.
Macam-macam watak kami jumpa. Berbaris nak amik gambar dengan dorang. Lepas tu, tak semua tempat permainan anak-anak ley main. Saya ni pun bukan berani main roller coaster tu. Masuk tempat Transformer pun da cukup mengerikan bagi saya. Ahahahahaha... Mr Hubby siap main kat roller coaster kat the Mummy tu!! Huk3x!! Dari cara dia describe...saya da rasa ngeri.
Apa pun, anak-anak memang enjoy walaupun dorang tak main banyak benda. Tempat tu pun da cukup menarik. Siap ada persembahan-persembahan lagi. Memang layan la!!
Kalo nak cerita semua pengalaman, fuh! Memang panjang laaa... Saya memang recommend la kalau nak pegi USS...
Ok. Kmk g Johor lak kitak drive kmk ke Singapore k. hahahah
ReplyDelete