Thursday, October 30, 2014

Ambil Makanan Mata

Da dekat penghujung Oktober ni, rasa nak share setiap sudut pembacaan yang telah saya buat kebelakangan ni. Betul kata orang, semakin banyak membaca, semakin banyak ilmu yang kita perolehi. Makin syok pulak membaca ni. Kadang-kadang ada perkara kita dah tau, tapi kita terlupa nak amalkan.

Ok..ok...sekarang saya nak share tentang makanan untuk mata kita. Artikel ini telah ditulis oleh Noor Hidayah Shafiee untuk majalah iSihat Februari 2013. Wah!! Macam dah lama kan artikel ni. Tapi idea yang disalurkan cukup best dan saya rasa saya patut share info ni dengan semua. Selamat membaca!

Tip Doktor: Doktor Rozita Ahmad
Oleh: Noor Hidayah Shafiee

Ambil Makanan Mata

source: www.ghank.com
Mata satu anugerah Ilahi yang sangat bernilai. Menjadi antara organ tubuh yang sering kali terdedah dan diasak untuk melihat menjadikan mata kerap mengalami masalah dan sesekali disinggahi penyakit.

Jelas Dr. Rozita Ahmad, seorang Pakar Oftamologi dia mempunyai cara tersendiri menjaga kesihatan matanya. Secara jujurnya pakar ini mengakui tidak begitu menggemari pengambilan pil-pil vitamin, namun dia tetap memastikan kesihatan dan tahap penglihatannya terus berada dalam keadaan baik.

"Mata ini sangat mudah letih, lesu. Tamabhan pula kalau seseorang itu melihat sesuatu secara fokus dan dekat dalam satu tempoh masa yang lama. Jadi apa yang saya lakukan setiap setengah jam, saya mengalihkan pandangan pada satu tempat yang sejuk untuk dipandang."

"Biasanya tumbuhan berwarna hijau, pemandangan yang jauh dalam tempoh 10 hingga 15 minit sebelum meneruskan tugas yang memerlukan mata diasak lagi. Saya juga begitu menjaga pemakanan. Ambil hanya yang sihat dan makan makanan untuk mata iaitu yang tinggi antioksidan."

"Saya pastikan setiap hari atau paling tidak seminggu sekali makan sekurang-kurangnya sejenis buah dari keluarga beri. Tidak kiralah strawberi, raspberi atau apa sahaja. Kajian saintifik membuktikan beri tinggi antioksidan dan membantu membina sel-sel mata."

"Dan semua buah-buah ini saya ambil segar, bukan dikeringkan atau dijeruk," Katanya yang berbelas tahun merawat pelbagai penyakit mata namun hanya dua kali dia diserang sakit mata (konjunktiva)

Sumber: iSihat Februari 2013

Bagi yang tidak suka mengamalkan supplemen, pastikan anda makan buah dari keluarga beri yer seperti yang diamalkan oleh Doktor Rozita ni.

Saya pun nak share gak apa yang saya makan untuk menjaga mata saya ni. Saya lak mengamalkan makan Carotomax setiap hari. Hanya 1 biji sehari jek saya makan. Dan Carotomax ni memang bagus untuk mata kita.

Hanya 1 biji sehari sahaja

Semua pilihan terletak di tangan anda. Nak pilih yang mana satu. Janji anda pilih untuk hidup sihat kerana kesihatan itu amat berharga!!

Jom like page kami di



Wednesday, October 29, 2014

7 Jam Elak Tua

Naaaaa... apakah ini?
7 Jam Elak Tua??
Apa caranya tu??

My lil ashraf sedang diulit mimpi...

Dr Mehmet Oz dari Hospital Presbyterian New York dalam kajiannya mendapati hormon pertumbuhan manusia dihasilkan dengan lebih baik sekiranya seseorang individu itu mendapat tidur sekitar 7 JAM SEHARI. 
"Hormon ini merupakan komponen utama untuk fungsi tubuh yang sihat dan mengelakkan anda tua sebelum waktunya."

Sumber: iSihat Februari 2013

Haaaaa... jangan tak cukup tidur ya...biar kita nampak sentiasa muda...elak tua sebelum waktunya!

"Opssss.... saya ni dahlah suka sangat tidur lewat, pastu tidur pun kadang-kadang tak cukup...huhuhuhu....alamak!! Adakah saya da nampak tua sebelum waktunya?"

Hehehehehe...jadi..sekarang..JOM UBAH! itu pun jika anda nak elak tua sebelum waktunya....

Jom like page kami di

Penyusuan Susu Ibu (Bahagian 2)

Pembacaan demi pembacaan...

Terkejut jugak bila dapat tau ada bahayanya memberikan air dan susu formula kepada bayi kurang 6 bulan. Huhuhuhuhu

Sebab masa dapat anak pertama dulu, memang bagi air kosong dengan susu formula. Masa tu memang ceteknya ilmu penyusuan ni. Bila da baca buku ni, menitis air mata saya. Alhamdulillah...anak-anak saya masih dalam keadaan yang baik. Sesungguhnya Allah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari dari semasa ke semasa tentang perkara ini.

Dipertemukan dengan orang yang pakar dalam bidang penyusuan bayi, ditambah lagi dengan pelbagai perkongsian tentang penyusun di facebook. Tak kurang juga rakan sekerja yang membawa pam susu ke tempat kerja dan ini membuatkan saya berasa semakin ingin tahu. 

Benar kata orang, gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.

Saya gagal menyusukan 3 orang anak-anak saya untuk 2 tahun...Alhamdulillah...Ashraf masih lagi dapat minum air susu saya dengan berbekalkan semangat dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada suami, pihak keluarga dan rakan-rakan.

Di sini saya kongsikan pembacaan saya...selamat membaca


Bahaya Air dan Susu Formula bagi Bayi Kurang 6 Bulan

  1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
  2. Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kepada perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.
  3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.
  4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
  5. Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

Keburukan susu botol
  1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema dan demam)
  2. Kesihatan ibu terjejas - risiko tinggi mendapat kanser payudara dan ovari
  3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan
  4. Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat makanan
  5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang
  6. Mudah tercemar
  7. Kegemukan
  8. Mudah mendapat cirit-birit
Sumber: Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya, Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Semoga melalui perkongsian ini, ramai para ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata dapat info tentang perkara ini. Tiada lain niat saya dalam berkongsi melainkan mahukan yang terbaik untuk si comel anda.

Jemput like page kami di 

Thursday, October 23, 2014

Penyusuan Susu Ibu (Bahagian Pertama)

Pengalaman menyusukan Ashraf adalah satu pengalaman yang amat berharga dan saya sentiasa kongsikan keseronokan menyusu Ashraf dengan ramai orang. Tiada harapan lain yang ingin saya sampaikan melainkan kebaikan menyusu ini.

Di sini saya ingin berkongsi pembacaan saya dengan semua..

"Mengapa Perlu Menyusu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama Bayi?"

My dear Ashraf semasa baru melihat dunia


Faedah-faedah susu ibu untuk bayi
  • Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
  • Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
  • Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta salurang pernafasan.
  • Mengurangkan risiko kepada alahan.
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang masalah pergigian dan ortondik
  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.
  • Menggalakkan tumbesaran.
  • Penghadaman yang mudah.
My dear Ashraf semasa majlis bercukur jambul


Faedah-faedah susu ibu untuk ibu
  • Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
  • Menjimatkan masa dan wang
  • Mudah dan tidak perlu persediaan
My dear Ashraf da 1 tahun 1 bulan


Kepentingan penyusuan sepenuhnya (Eksklusif)
  • Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
  • Tidak memberi puting tiruan kepada bayi (pacifier)
  • Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
  • Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi.
  • Mengurangkan alahan
  • Menjaga kesihatan bayi dan ibu.
  • Mengelakkan bengkak payudara
  • Mengeratkan kasih sayang.
Sumber: Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya, Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur

Pada mulanya, saya melihat penyusuan eksklusif selama 6 bulan sebagai satu kesukaran untuk saya lakukan...tapi Alhamdulillah...dengan motivasi dan berkawan dengan pakar penyusuan, Noorfazila Binti Abdul Rahman..saya berjaya walaupun saya pernah gagal untuk 3 orang anak saya sebelum ni. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Rezeki saya untuk bertemu dengan orang yang tepat,...

Diharapkan agar semua para ibu yang mengandung dan bakal melahirkan bayi dapat menunaikan amanah kita dengan sebaik-baiknya. Gagal berkali-kali bukan bermakna saya akan gagal untuk selama-lamanya!!

Jemput like page kami di

PROMOSI BEST BULAN OKTOBER 2014!!

PROMOSI BEST!!

Awal bulan dikejutkan dengan berita best!!

Promosi ESP..SEKALI LAGI dalam tahun yang sama hokey!!

Berbunga-bunga hati omak!! Yela..promosi ESP ni jarang-jarang ader tau
Tahun lepas takder langsung!!

Tahun ni..dua kali?!

Haaa...memang tak boleh dilepaskan peluang!!!

Nak tau apa bestnyer ESP ni??

Jom kita layan video ni!!


Pssst...dulu masa mula-mula berkenalan dengan Shaklee..sy kenal ESP dulu...

Berminat?
Email kami di 
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di