Pembacaan demi pembacaan...
Terkejut jugak bila dapat tau ada bahayanya memberikan air dan susu formula kepada bayi kurang 6 bulan. Huhuhuhuhu
Sebab masa dapat anak pertama dulu, memang bagi air kosong dengan susu formula. Masa tu memang ceteknya ilmu penyusuan ni. Bila da baca buku ni, menitis air mata saya. Alhamdulillah...anak-anak saya masih dalam keadaan yang baik. Sesungguhnya Allah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari dari semasa ke semasa tentang perkara ini.
Dipertemukan dengan orang yang pakar dalam bidang penyusuan bayi, ditambah lagi dengan pelbagai perkongsian tentang penyusun di facebook. Tak kurang juga rakan sekerja yang membawa pam susu ke tempat kerja dan ini membuatkan saya berasa semakin ingin tahu.
Benar kata orang, gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.
Saya gagal menyusukan 3 orang anak-anak saya untuk 2 tahun...Alhamdulillah...Ashraf masih lagi dapat minum air susu saya dengan berbekalkan semangat dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada suami, pihak keluarga dan rakan-rakan.
Di sini saya kongsikan pembacaan saya...selamat membaca
Bahaya Air dan Susu Formula bagi Bayi Kurang 6 Bulan
- Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
- Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kepada perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.
- Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.
- Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
- Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.
Keburukan susu botol
- Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema dan demam)
- Kesihatan ibu terjejas - risiko tinggi mendapat kanser payudara dan ovari
- Tidak membantu menjarakkan kehamilan
- Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat makanan
- Kurang membantu mengeratkan kasih sayang
- Mudah tercemar
- Kegemukan
- Mudah mendapat cirit-birit
Sumber: Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya, Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Semoga melalui perkongsian ini, ramai para ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata dapat info tentang perkara ini. Tiada lain niat saya dalam berkongsi melainkan mahukan yang terbaik untuk si comel anda.
Jemput like page kami di
No comments:
Post a Comment