Di sini saya ingin berkongsi pembacaan saya dengan semua..
"Mengapa Perlu Menyusu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama Bayi?"
My dear Ashraf semasa baru melihat dunia |
Faedah-faedah susu ibu untuk bayi
- Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
- Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
- Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta salurang pernafasan.
- Mengurangkan risiko kepada alahan.
- Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
- Kurang masalah pergigian dan ortondik
- Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.
- Menggalakkan tumbesaran.
- Penghadaman yang mudah.
Faedah-faedah susu ibu untuk ibu
- Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
- Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
- Menjimatkan masa dan wang
- Mudah dan tidak perlu persediaan
Kepentingan penyusuan sepenuhnya (Eksklusif)
- Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
- Tidak memberi puting tiruan kepada bayi (pacifier)
- Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
- Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi.
- Mengurangkan alahan
- Menjaga kesihatan bayi dan ibu.
- Mengelakkan bengkak payudara
- Mengeratkan kasih sayang.
Sumber: Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya, Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur
Pada mulanya, saya melihat penyusuan eksklusif selama 6 bulan sebagai satu kesukaran untuk saya lakukan...tapi Alhamdulillah...dengan motivasi dan berkawan dengan pakar penyusuan, Noorfazila Binti Abdul Rahman..saya berjaya walaupun saya pernah gagal untuk 3 orang anak saya sebelum ni. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Rezeki saya untuk bertemu dengan orang yang tepat,...
Diharapkan agar semua para ibu yang mengandung dan bakal melahirkan bayi dapat menunaikan amanah kita dengan sebaik-baiknya. Gagal berkali-kali bukan bermakna saya akan gagal untuk selama-lamanya!!
Jemput like page kami di
No comments:
Post a Comment