Alhamdulillah... masih bernafas lagi di bumi Allah ini. Masih dapat menatap wajah-wajah yang saya sayangi. Sesungguhnya mereka adalah pinjaman Allah yang amat berharga.
Manusia datang dan pergi dalam kehidupan kita. Kita akan mengalami keadaan di mana kita menerima orang baru dalam organisasi kita. Kita juga akan mengalami kehilangan kawan apabila mereka berpindah ke tempat lain. Pelbagai cabaran dan dugaan juga perlu ditempuhi dalam menjalani kehidupan ini. Pastinya kejayaan itu pasti indah dengan setiap liku yang kita tempuhi dan lalui.
Begitulah dengan kehidupan kami di mana ada yang pada awalnya mahu bersama kami. Merealisasikan impian bersama. Tetapi pada akhirnya, apabila keadaan kami semakin goyah, pada masa itu, mereka mula menjauhi diri. Rasa sungguh terkilan tetapi itu lah hakikat kehidupan yang perlu kami tempuhi. Alhamdulillah, tak semua manusia sebegitu. Ada juga yang datang dalam kehidupan ini memberikan kata-kata semangat dan pendorong supaya kami abaikan semua yang negatif itu dan hidup gembira. Thank you very much. You know who you are.
Kawan pun ada pelbagai kategori. Tapi nak cari kawan yang bersama dengan kita ketika susah memang sukar dicari. Paling tak suka orang yang suka main tuduh tanpa bukti. Terpinga-pinga kita dibuatnya. Dan bila kita selidik, rupa-rupanya orang mengata kita. Terkilan bila orang berkata-kata tanpa bukti yang kukuh. Dan dari situ, kita boleh belajar sesuatu yang berharga.. iaitu ramai yang boleh jadi rakan untuk gembira. Dan apabila ada berlaku sesuatu, tak mustahil dengan mudahnya mereka menunding kita tanpa usul periksa. Perkara sebegini menyebabkan kami lebih berhati-hati dalam memilih kawan kerana tak semua orang sama seperti kita.
Perbandingan. Ya...itu memang banyak terjadi. "Anak aku kan, 2 tahun da pandai bercakap, apasal anak ko tak pandai bercakap lagi ek?" "Eh! Anak ko tak pandai membaca lagi ker? Kalah la anak ko dengan anak aku. Anak aku da pandai membaca dari umur 4 tahun lagi tau!" Suka membanding-bandingkan. Kami hanya mampu tersenyum apabila ada segelintir manusia suka membanding-bandingkan anak kami dengan anak mereka. Tak kurang jugak mengaitkan perkara itu ini dengan salah seorang dari kami berdua sebagai ibu bapa. Ibu bapa mana yang mahukan anak mereka berada dalam kekurangan. Semua nak anak pandai, semua nak anak aktif, semua nak anak berisi. Mulut yang tidak dijaga perkataannya itu sungguh bahaya sebenarnya. Katanya memberi nasihat, tapi nasihat tu sepertinya membanding-banding. Kesabaran yang amat tinggi memang amat perlu ketika itu. Dan kami mula menjauhi orang sebegini untuk keamanan sejagat. Kalau tak, perang memang akan meletus!!
Tapi, bila difikirkan balik semua ni, Allah mempunyai perancangan yang baik sebenarnya untuk kita. Dia beri kita ujian, Dia berikan kita nikmat. Kerana pada saat kita jatuh, pada saat kita disisihkan dan ditomahkan dengan pelbagai kata-kata, pada saat kita diuji dengan nafsu amarah, Allah memberikan petunjuk dan nikmat secara langsung atau tak langsung. Pada saat kami jatuh, ada yang sudi menghulurkan tangan dan memberi kata-kata semangat. Pada saat kami disisihkan dan ditomahkan dengan pelbagai kata-kata, Allah berikan kami kesabaran dan memberi kami kesedaran siapa mereka. Pada saat kami diuji dengan nafsu amarah, Allah memberikan ketenangan pada masa kami mengadapNya.
Sesungguhnya, Allah sentiasa ada di sisi kita. What a wonderful life...
No comments:
Post a Comment