Monday, January 5, 2015

Semuanya Mengenai Payudara (Bahagian 2)

Semalam da citer sal tip ketika umur 20-an, hari ni nak share lak tip ketika umur 30-an...opssss...I ler tu. Rasa macam menyesal lak tak amik kisah masa umur dalam 20-an dulu. Huhuhuhuhu... main redah jek. Betul ker salah ker...hentam ajerla. Da tua-tua gini, baru ada awareness...tapi better late than never...btol tak??

Jom kita baca apa pula tip ketika umur 30-an...layaaaannnnn


Tip ketika umur 30-an

Sentiasa prihatin dengan kesihatan payudara dan terus dapatkan pemeriksaan klinikal setahun sekali.


Sumber gambar: nursingcrib.com

Menilai kemungkinan risiko yang mungkin anda hadapi untuk menentukan tindakan yang harus diambil. Buat pemeriksaan payudara sendiri sebulan sekali dan segera berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda yang mencurigakan. Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara, doktor akan mencadangkan untuk mula menjalani pemeriksaan mamogram atau MRI setahun sekali.


Sumber gambar: antiagingremedies.org

Lakukan pemeriksaan pengurusan tekanan. Kajian terhadap wanita berumur 45 tahun ke bawah yang mengalami tekanan hidup seperti penceraian, kematian mudah terdedah kepada kanser payudara. Pupuk sikap positif dalam diri boleh membantu anda menghadapi apa jua situasi dengan baik ke arah mencapai gaya hidup sihat.

Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 44-46

Selesai sudah perkongsian untuk tip umur 30-an...esok saya akan kongsikan bahagian akhir lak yer...hihihihihi...

Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit kesedaran kepada kita bahawa betapa pentingnya untuk menjaga payudara ini.

Sunday, January 4, 2015

Semuanya Mengenai Payudara (Bahagian 1)

Belek-belek iSihat Januari 2015 ni, artikel ni menarik perhatian saya. Kekadang kita memang tak perasan dan pendek citer, tak amik kisah pun sal perkara ni. Bila baca artikel ni, serba sedikit telah membuka mata dan minda saya. Kata orang, selagi tak terkena, selagi tu la tak amik kisah. Huhuhuhuh, moga dijauhkan dari semua ni. Lepas baca artikel ni, saya rasa saya patut share dengan umum, terutamanya kaum wanita, supaya kita lebih aware dengan keadaan badan kita.


Semuanya mengenai payudara


Sumber gambar: www.cafepress.com

Ramai tidak menyedari risiko mendapat kanser payudara boleh dikurangkan bermula dengan rutin harian yang sangat mudah. Pemilihan saiz bra yang tepat, pemakanan dan juga gaya hidup seseorang merupakan perkara asas menentukan kehadiran kanser ini. Apa yang selalu terjadi, penghidap kanser payudara hanya akan mula tercari-cari puncanya setelah mendapat penyakit tersebut.

Menurut Dr. Ng Char Hong, Pakar Runding Bedah Payudara, Pusat Kecemerlangan Penjagaan Payudara di Pusat Perubatan Sunway, wanita dari setiap lapisan umur masing-masing dibelenggu dengan pelbagai masalah yang berbeza apabila berhadapan dengan isu kesihatan payudara.

Payudara wanita akan berubah seiring dengan perkembangan tubuh badan apabila umur mencecah 20-an, 30-an, 40-an dan 50-an. Sesetengah wanita bimbang dengan saiz yang terlalu kecil atau terlalu besar.

Ada juga yang risau bentuk payudara akan berubah sekiranya memberikan anak susu badan. Bagi yang menghadapi menopaus pula mereka lebih mengambil berat tentang risiko mendapat kanser payudara. 

Justeru, penjagaan payudara yang sihat sepanjang hayat adalah sangat penting untuk mengelak penyakit ini. Ikuti tip-tip pencegahan yang sesuai mengikut peringkat umur seperti yang disarankan oleh Dr. Ng Char Hong.

Sumber gambar: www.pinkribbon.com

Tip ketika umur 20-an

Sentiasa prihatin dengan kesihatan payudara dan dapatkan pemeriksaan klinikal secara menyeluruh. Melaluinya, anda dapat mengetahui risiko-risiko yang dihadapi dan pantauan terbaik untuk diri anda.

Lakukan pemeriksaan klinikal setahun sekali pada umur 20-an dan 30-an. Buat pemeriksaan payudara sendiri sebulan sekali supaya anda dapat mengesan sekiranya terdapat perubahan-perubahan kecil sebelum merujuk kepada doktor.

Dapatkan maklumat lanjut sekiranya anda berisiko tinggi. Jika keluarga anda mempunyai sejarah kanser payudara, dapakan nasihat daripada doktor dengan lebih mendalam untuk memahami risiko yang dihadapi dan langkah pencegahan awal.


Sumber gambar: www.babywisemom.com

Ibu yang baru melahirkan anak dinasihatkan agar memberikan susu badan kepada anak sekurang-kurangnya selama enam bulan. 

Kajian daripada Fred Hutchinson Cancer Research Centre menunjukkan penyusuan susu ibu selama enam bulan atau lebih boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus.


Sumber gambar: dobranovica.si

Senaman dan juga pemakanan! Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari sama ada dengan berjalan, berbasikal, jogging, menari atau pun aktiviti fizikal lain boleh mengurangkan risiko kanser payudara sehingga 20 peratus.


Sumber gambar: www.seattleorganicrestaurants.com

Hadkan pengambilan daging merah sebanyak empat auns sehari dan elakkan daging yang telah telah diproses.

Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 44-46

Selesai sudah perkongsian untuk bahagian 1. Tunggukan perkongsian untuk bahagian kedua esok..untuk umur 30-an. Saya ler tu...

Saturday, January 3, 2015

Cantik From Head To Toe

Tanpa mengira tahap usia, kecantikan cukup sinonim dengan kaum wanita. Namun untuk kekal memiliki kulit yang sihat dan wajah yang lebih muda, peranan kolagen sangat penting. Merupakan protein yang paling banyak terdapat dalam tubuh, kolagen menyumbangkan kira-kira 75 peratus untuk kulit yang sihat.

Namun peningkatan usia menyebabkan paras kolagen semakin berkurangan. Bagaimanapun berita baiknya ialah, kemerosotan semula jadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan.

Untuk itu, apa kata kita kenali Shaklee Collagen Powder.


Ia merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4000 mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen - kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Memiliki molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton dengan tujuan memudahkan penyerapan oleh tubuh, kolagen dari sisik ikan merah ini juga berupaya membantu meningkatkan sintesisi kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan.

Selain itu, Shaklee Collagen Powder ini juga diadun daripada tujuh bahan utama iaitu ekstrak biji benih Camelia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacilius acidophilus, vitamin C dan vitamin B digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

Buktinya ia dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Kesan-kesan lain yang boleh dilihat adalah:

  • Anti penuaan - Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • Menghidratkan - Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas pada wajah.
  • Menyubur - Menggalakkan kuku yang kuat, rambut yang lebat dan bersinar.
  • Mengembalikan keanjalan kulit - Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
  • Mencerahkan - Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit.
  • Menegang - Membantu menegang dan menganjalkan payudara.
  • Faedah tambahan - Menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.
Jika anda ingin mempunyai kehidupan yang hebat, rasa lebih muda, jagalah kesihatan dan berikan tubuh anda bekalan kolagen yang mencukupi. Shaklee Collagen Powder adalah pilihan yang tepat!

Memandangkan Shaklee Collagen Powder tidak ada di pasaran buat masa ini, anda boleh mengambil Vita-E Complex, Sustained Released Vita C dan B complex serta Vivix.

Bagi yang masih ada Shaklee Collagen Powder, teruskan pemakanan dan anda akan mendapat banyak manfaat!!

Berminat?
Email kami di
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@whatsapp@telegram)
016-7033505, 016-7033515
Jom like page kami di


Friday, January 2, 2015

Nak mata blink blink dan babyface?

Suker kan kalo mata nampak blink blink, bermaya, ala-ala macam iklan Inner Shine tu. Mata nampak blink blink jek. Pastu, nampak muda sentiasa. Awet muda lah katakan. Suker tak? Suker tak? Nak tau tak apa rahsia untuk mata blink blink dan wajah sentiasa tegang mcm Che Ta? Haaaaa... meh rapat-rapat. Nak citer skit ni.

Pernah tak korang dengar tentang Carotomax? Kalo baca, macam ada kaitan dengan carrot kan? Haaaa... baru semalam saya post tentang carrot. Tiba-tiba ari ni nak citer sal Carotomax plak! Haaa... bagi sesiapa yang rasanya tak sempat nak makan 1 lobak setiap hari tu...meh ramai-ramai grab Carotomax ni. Untuk mata gak ni. Untuk awet muda gak ni. Ada macam-macam tau manfaat Carotomax ni. Tapi ari ni saya nak citer dulu la apa Carotomax ni ek? Kata orang, tak kenal, maka tak cinta!!

Carotomax



Perbezaan Shaklee:
Pengambilan purata karotenoid lutein, likopedia, dan beta karotena adalah hanya 8 mg. Carotomax membekalkan lebih 13 mg (21 500IU) karotenoid berfaedah ini.

Carotomax baru ini mengandungi 6 variasi karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat anti-oksidan seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain. Ahli Nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran dan buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit dan mencegah kanser.

Berikut adalah bahan-bahan yang terdapat di dalam Carotomax. Banyakkan?? Dalam satu kapsul tu, macam-macam ada!!!

rumpai laut
tomato bukan GMO
Biji anggur

Pot Marigold

Epal
Strawberry

Buah sawit

Fava D'anta

Brokoli

Ubi kentang
Carrot

Cantaloupe

Ok... da kenal kan Carotomax dan bahan-bahannya? Esok saya akan citerkan tentang manfaat lak... TUNGGU!!!!

Berminat dengan produk ini?
Hubungi kami terus di
Whatsapp 016-7033505 (Fadli) atau 016-7033515 (Melah)

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Setiap pembelian produk Shaklee daripada kami akan mendapat free consultation!!!

Makanan Yang Mengurangkan Risiko Strok

Tahukah anda makanan yang berupaya mengurangkan risiko strok? 

PISANG!!


Sumber : dreamatico.com

Kajian terbaru penyelidik Amerika Syarikat mendapati, pisang mengandungi kalium, mineral yang mampu memanjangkan usia dan mengurangkan risiko strok.

Selain pisang, aprikot, salmon dan bayam juga kaya dengan kalium.

Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 15

Hasil pembacaan saya ni membuatkan saya terbuka mata tentang kepentingan makanan ni dalam mengurangkan risiko strok. Teringat saya dengan beberapa kenalan rapat saya yang terkena serangan strok ni. Strok datang bila-bila masa sahaja tanpa mengenal usia dan umur serta jantina.

Al-Fatihah buat arwah usu saya...semoga arwah usu saya ditempatkan di kalangan orang yang beriman... Amin...

Thursday, January 1, 2015

CINCH ENERGY TEA MIX SUDAH TIBA!!!

PON!! PON!!!



Mari rapat-rapat.

Nak cerita ni! Cinch Energy Tea Mix yang dicari-cari dah ada stok tau!!

Haaaa... sapa-sapa yang belum tau tentang Cinch Energy Tea Mix ni, ni nak citer ni...



Cinch Energy Tea Mix Unsweetened (28 batang)

Tingkatkan tenaga anda

Teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha (satu teh hijau bagi istiadat ulung Jepun) dituai dan dicampurkan dengan teliti bagi menghasilkan minuman yang luar biasa. Ia memberi anda tenaga semulajadi dan rasa yang selesa.
  • Selamat, penggalak tenaga semulajadi. Enak dinikmati ketika panas atau sejuk.
  • Ditambah dengan Taurina yang dikaji secara meluas dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan.
  • Pilihan terbaik untuk menggantikan manisan dan kopi bagi mengekalkan tenaga dan ketahanan badan.
  • Bungkusan kecil yang mudah dibawa.
  • Eksklusif T-Lift - Campuran teh hijau, putih dan merah.
  • Tanpa gluten, tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis.
Jom kita tengok pulak kandungan dalam Cinch Energy Tea Mix ni

Matcha Green Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksida.


Red Tea Extract
Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenalpasti sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang daripada merebak.


White Tea Extract
Juga dikenali sebagai teh hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.


Rooibos Red Tea Extract
Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol-antioksidan.

Yang nak slim, nak badan sentiasa bertenaga, apa kata kita layan Cinch Energy Tea Mix ni. Saya selalu campur dengan madu. Layaaaannnnnnnn...

Berminat?
Email kami di
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@whatsapp@telegram)
016-7033505, 016-7033515
Jom like page kami di

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.



Kesihatan adalah rezeki yang terindah...

Hari berganti hari..
Tahun berganti tahun
Usia makin dimamah usia
Badan pun memerlukan servis

3 hari menahan rasa sakit kepala...
Dilanda darah tinggi...
Walaupun da makan supplemen
Tapi bila saya sendiri tak jaga pemakanan...
Senang jugak penyakit datang...

Jadi...
Sila jaga pemakanan kita...
Ikut kuantiti yang sepatutnya kita makan setiap hari
Jangan lupa bersenam
Luangkan masa
Sesibuk mana pun kita
Jangan jadikan kesibukan kita sebagai alasan untuk tidak menjaga pemakanan dan bersenam

Supplemen membantu untuk melengkapkan nutrien yang masih diperlukan oleh tubuh badan kita...

Tiada jalan mudah untuk sihat melainkan kita menjadikan gaya hidup sihat itu sebagai tabiat