Semuanya mengenai payudara
Ramai tidak menyedari risiko mendapat kanser payudara boleh dikurangkan bermula dengan rutin harian yang sangat mudah. Pemilihan saiz bra yang tepat, pemakanan dan juga gaya hidup seseorang merupakan perkara asas menentukan kehadiran kanser ini. Apa yang selalu terjadi, penghidap kanser payudara hanya akan mula tercari-cari puncanya setelah mendapat penyakit tersebut.
Menurut Dr. Ng Char Hong, Pakar Runding Bedah Payudara, Pusat Kecemerlangan Penjagaan Payudara di Pusat Perubatan Sunway, wanita dari setiap lapisan umur masing-masing dibelenggu dengan pelbagai masalah yang berbeza apabila berhadapan dengan isu kesihatan payudara.
Payudara wanita akan berubah seiring dengan perkembangan tubuh badan apabila umur mencecah 20-an, 30-an, 40-an dan 50-an. Sesetengah wanita bimbang dengan saiz yang terlalu kecil atau terlalu besar.
Ada juga yang risau bentuk payudara akan berubah sekiranya memberikan anak susu badan. Bagi yang menghadapi menopaus pula mereka lebih mengambil berat tentang risiko mendapat kanser payudara.
Justeru, penjagaan payudara yang sihat sepanjang hayat adalah sangat penting untuk mengelak penyakit ini. Ikuti tip-tip pencegahan yang sesuai mengikut peringkat umur seperti yang disarankan oleh Dr. Ng Char Hong.
Sumber gambar:
Tip ketika umur 20-an
Sentiasa prihatin dengan kesihatan payudara dan dapatkan pemeriksaan klinikal secara menyeluruh. Melaluinya, anda dapat mengetahui risiko-risiko yang dihadapi dan pantauan terbaik untuk diri anda.
Lakukan pemeriksaan klinikal setahun sekali pada umur 20-an dan 30-an. Buat pemeriksaan payudara sendiri sebulan sekali supaya anda dapat mengesan sekiranya terdapat perubahan-perubahan kecil sebelum merujuk kepada doktor.
Dapatkan maklumat lanjut sekiranya anda berisiko tinggi. Jika keluarga anda mempunyai sejarah kanser payudara, dapakan nasihat daripada doktor dengan lebih mendalam untuk memahami risiko yang dihadapi dan langkah pencegahan awal.
Sumber gambar:
Ibu yang baru melahirkan anak dinasihatkan agar memberikan susu badan kepada anak sekurang-kurangnya selama enam bulan.
Kajian daripada Fred Hutchinson Cancer Research Centre menunjukkan penyusuan susu ibu selama enam bulan atau lebih boleh mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 20 peratus.
Sumber gambar:
Senaman dan juga pemakanan! Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari sama ada dengan berjalan, berbasikal, jogging, menari atau pun aktiviti fizikal lain boleh mengurangkan risiko kanser payudara sehingga 20 peratus.
Hadkan pengambilan daging merah sebanyak empat auns sehari dan elakkan daging yang telah telah diproses.
Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 44-46
Selesai sudah perkongsian untuk bahagian 1. Tunggukan perkongsian untuk bahagian kedua esok..untuk umur 30-an. Saya ler tu...
No comments:
Post a Comment