Semalam da citer sal tip ketika umur 20-an, hari ni nak share lak tip ketika umur 30-an...opssss...I ler tu. Rasa macam menyesal lak tak amik kisah masa umur dalam 20-an dulu. Huhuhuhuhu... main redah jek. Betul ker salah ker...hentam ajerla. Da tua-tua gini, baru ada awareness...tapi better late than never...btol tak??
Jom kita baca apa pula tip ketika umur 30-an...layaaaannnnn
Tip ketika umur 30-an
Sentiasa prihatin dengan kesihatan payudara dan terus dapatkan pemeriksaan klinikal setahun sekali.
Sumber gambar:
Menilai kemungkinan risiko yang mungkin anda hadapi untuk menentukan tindakan yang harus diambil. Buat pemeriksaan payudara sendiri sebulan sekali dan segera berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda yang mencurigakan. Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga dengan kanser payudara, doktor akan mencadangkan untuk mula menjalani pemeriksaan mamogram atau MRI setahun sekali.
Sumber gambar:
Lakukan pemeriksaan pengurusan tekanan. Kajian terhadap wanita berumur 45 tahun ke bawah yang mengalami tekanan hidup seperti penceraian, kematian mudah terdedah kepada kanser payudara. Pupuk sikap positif dalam diri boleh membantu anda menghadapi apa jua situasi dengan baik ke arah mencapai gaya hidup sihat.
Selesai sudah perkongsian untuk tip umur 30-an...esok saya akan kongsikan bahagian akhir lak yer...hihihihihi...
Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit kesedaran kepada kita bahawa betapa pentingnya untuk menjaga payudara ini.
No comments:
Post a Comment