Saturday, October 1, 2016

Manfaat Omega Guard

Manfaat Utama:

Asid lemak: omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHa secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecl yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan horon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.



Mencegah penyakit saluran darah dan strok: DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.


Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori: DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migrain. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid-asid lemak oemga-3 EPA dan HDA.


Meningkatkan sistem imunisasi dan menyihatkan paru-paru: mengawal sistem imunisasi seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.


Menentang kanser: kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.


Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis): paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan: kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Peppermint-Ginger Plus

LOYA? GASTRIK? MABUK LAUT? MABUK DARAT? PERUT RASA SEMACAM?
Mari rapat-rapat dan baca ni yer


Perbezaan Shaklee:
Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur, dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
Secara klinikal sangat membantu dalam mencegah masalah loya, gastrik, manik laut, sendawa dan penghadaman.



Manfaat utama:
Pudina: melegakan otot perut, ia mempnyai kesan penenang. Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih hulu hati dan cirit birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah-muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.


Halia: masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung, selepas melahirkan anak (semasa pantang). Suatu kajian di United Kingdom menunjukkan halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan.

Pokok Adas (fennal): orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakan gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Cekur Manis (anise): Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa; melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Sunday, February 1, 2015

Sebatang Lobak Merah Sehari!

Meh nak share lagi apa yang telah saya baca. Tak abis-abis nak share apa yang saya baca kan? Kan?Kan? Hehehehehehe... saya suka share info yang saya rasakan best dan bermanfaat buat semua. Ye lah, kadang-kadang kita terlepas pandang, kadang-kadang kita lupa. Jadi saya di sini berfungsi untuk membuatkan anda "Pandang" dan "Ingat"! Eh! Artikel kali ni tentang lobak merah yer. Saya selalu masak lobak merah ni dalam tomyam campur, ayam masak kunyit, ayam paprik, sayur campur, sup dan macam-macam lagilah. Selain daripada bagus untuk mata, saya pun kurang amik tau apa lagi kelebihan lobak merah ni. Jom kita sama-sama baca artikel pendek ni. Zaaaaaassss!!! LAYAN......

Sebatang lobak merah sehari!


Sumber gambar: tsjw.en.alibaba.com

Makanan yang sihat adalah baik untuk kesihatan anda dan keluarga. Salah satu kegemaran bukan sahaja si kecil malah orang dewasa adalah lobak. Terdapat 10 kebaikan yang ada di dalam makanan ini iaitu lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Lobak juga baik untuk mata kerana ia adalah sumber yang kaya dengan vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik. Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolestrol yang tidak baik daripada badan. Lobak mempunyai lebih banyak kalori untuk membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak. Paling penting dengan memakan lobak merah juga dapat melambatkan penuaan dengan beta-karotena yang terdapat di dalamnya.

Sumber artikel: Pa&Ma Disember 2014, m/s B16

Apa dia? Apa dia? Apa dia?? Melambatkan penuaan?? Beta-karotena ni melambatkan penuaan rupa-rupanya!! Aiseh!! Lambat sungguh ceritaku... Tapi... better late than never!! Mulai Februari, saya nak mengamalkan makan sebatang lobak sehari...baby carrot kot? hehehehehehe

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Saturday, January 31, 2015

Closing Shaklee Januari 2015

Alhamdulillah...

Da closing da...

Berdebar-debar gak rasa hati..

Takut ada yang terlepas pandang...

Takut ada yang tak transfer uv lagi

Takut ada yang tak sempat nak top up uv ker...

Takut ada yang alang-alang nak efektif...

Alhamdulillah

Allah permudahkan segala urusan kami

Semoga Februari kami lebih maju jaya dari biasa...

Jadi manusia luar biasa...

Adalah bermula dengan orang yang biasa

Yang mempunyai impian yang besar...

Jangan takut untuk berimpian...


Thursday, January 15, 2015

What A Wonderful Life



Alhamdulillah... masih bernafas lagi di bumi Allah ini. Masih dapat menatap wajah-wajah yang saya sayangi. Sesungguhnya mereka adalah pinjaman Allah yang amat berharga. 

Manusia datang dan pergi dalam kehidupan kita. Kita akan mengalami keadaan di mana kita menerima orang baru dalam organisasi kita. Kita juga akan mengalami kehilangan kawan apabila mereka berpindah ke tempat lain. Pelbagai cabaran dan dugaan juga perlu ditempuhi dalam menjalani kehidupan ini. Pastinya kejayaan itu pasti indah dengan setiap liku yang kita tempuhi dan lalui.

Begitulah dengan kehidupan kami di mana ada yang pada awalnya mahu bersama kami. Merealisasikan impian bersama. Tetapi pada akhirnya, apabila keadaan kami semakin goyah, pada masa itu, mereka mula menjauhi diri. Rasa sungguh terkilan tetapi itu lah hakikat kehidupan yang perlu kami tempuhi. Alhamdulillah, tak semua manusia sebegitu. Ada juga yang datang dalam kehidupan ini memberikan kata-kata semangat dan pendorong supaya kami abaikan semua yang negatif itu dan hidup gembira. Thank you very much. You know who you are.

Kawan pun ada pelbagai kategori. Tapi nak cari kawan yang bersama dengan kita ketika susah memang sukar dicari. Paling tak suka orang yang suka main tuduh tanpa bukti. Terpinga-pinga kita dibuatnya. Dan bila kita selidik, rupa-rupanya orang mengata kita. Terkilan bila orang berkata-kata tanpa bukti yang kukuh. Dan dari situ, kita boleh belajar sesuatu yang berharga.. iaitu ramai yang boleh jadi rakan untuk gembira. Dan apabila ada berlaku sesuatu, tak mustahil dengan mudahnya mereka menunding kita tanpa usul periksa. Perkara sebegini menyebabkan kami lebih berhati-hati dalam memilih kawan kerana tak semua orang sama seperti kita. 

Perbandingan. Ya...itu memang banyak terjadi. "Anak aku kan, 2 tahun da pandai bercakap, apasal anak ko tak pandai bercakap lagi ek?" "Eh! Anak ko tak pandai membaca lagi ker? Kalah la anak ko dengan anak aku. Anak aku da pandai membaca dari umur 4 tahun lagi tau!" Suka membanding-bandingkan. Kami hanya mampu tersenyum apabila ada segelintir manusia suka membanding-bandingkan anak kami dengan anak mereka. Tak kurang jugak mengaitkan perkara itu ini dengan salah seorang dari kami berdua sebagai ibu bapa. Ibu bapa mana yang mahukan anak mereka berada dalam kekurangan. Semua nak anak pandai, semua nak anak aktif, semua nak anak berisi. Mulut yang tidak dijaga perkataannya itu sungguh bahaya sebenarnya. Katanya memberi nasihat, tapi nasihat tu sepertinya membanding-banding. Kesabaran yang amat tinggi memang amat perlu ketika itu. Dan kami mula menjauhi orang sebegini untuk keamanan sejagat. Kalau tak, perang memang akan meletus!!

Tapi, bila difikirkan balik semua ni, Allah mempunyai perancangan yang baik sebenarnya untuk kita. Dia beri kita ujian, Dia berikan kita nikmat. Kerana pada saat kita jatuh, pada saat kita disisihkan dan ditomahkan dengan pelbagai kata-kata, pada saat kita diuji dengan nafsu amarah, Allah memberikan petunjuk dan nikmat secara langsung atau tak langsung. Pada saat kami jatuh, ada yang sudi menghulurkan tangan dan memberi kata-kata semangat. Pada saat kami disisihkan dan ditomahkan dengan pelbagai kata-kata, Allah berikan kami kesabaran dan memberi kami kesedaran siapa mereka. Pada saat kami diuji dengan nafsu amarah, Allah memberikan ketenangan pada masa kami mengadapNya. 

Sesungguhnya, Allah sentiasa ada di sisi kita. What a wonderful life...

Wednesday, January 14, 2015

Hanya 60 Minit

Cuba fikir balik. Berapa lama kita spend masa menonton televisyen setiap hari. Anak-anak kita? Macam mana pulak? Bila saya baca artikel ni, tersentak jiwa ragaku. Huhuhuhuh.. Apa taknyer..saya dan anak-anak mungkin berhadapan dengan situasi yang berisiko pada masa akan datang. Terus simpan tekad dalam hati ni, "Esok, mesti ubah!!" Kadang-kadang, sibuk nak wat keje, nak masak-masak, suh anak-anak layan televisyen. Dorang pun duduk la berjam-jam sampai keje kita siap. Pastu masa kemas lak, dorang layan semula. Huhuhuhuh...sian anak-anakku. 

Hanya 60 minit


Sumber gambar: www.telegraph.co.uk

Jumlah maksimum bagi masa menonton yang sihat pada sebelah malam, kata kumpulan penyelidik dari Universiti Navarra, Sepanyol. Mereka menonton tiga jam atau lebih berdepan risiko kematian pada usia muda berbanding yang menonton televisyen selama 60 minit atau kurang.

Penyelidik juga mendapati, risiko Alzhemier sebanyak 1.3 kali bagi setiap satu jam masa yang dihabiskan untuk menonton bagi mereka yang berusia antara 40 hingga 59 tahun apabila mereka tua kelak. "Sewaktu menonton, neuron dalam otak tidak berhubung antara satu sama lain, mereka juga tidak berkembang dan membesar," kata Dr. Aric Sigman, pengarang Remotely Controleed: How Television Is Damaging Our Lives.

Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 81

Huhuhuhuh....memang tau menonton televisyen secara berlebihan tak baik untuk mata. Tapi, kurang ilmu pulak part yang lain. Huhuhuhuh...lepas ni MESTI UBAH!! Jadi maksudnya, saya kena bagi aktiviti yang menarik untuk anak-anak saya supaya dorang takderla asyik-asyik layan televisyen kan? So..kena rancang dari hari ini, saat ini, tika ini. For a better us!!

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Tuesday, January 13, 2015

Tip Pengambilan Sarapan Yang Sihat

Pagi-pagi, saya suka layan nasi lemak, lontong kering, lontong basah, karipap dan macam-macam lagi. Pergh!! Kalo citer satu-satu makanan tu, memang lapar la saya skang. Macam berkeroncong pulak perut ni. He3x! Tapi sejauh mana kita mengambil sarapan yang SIHAT?? 

Jom kita ramai-ramai baca artikel ni. Lepas tu, bley la kita audit semula sarapan kita. Nak sihat bukan setakat makan supplemen jek tau, tapi amalan hidup sihat tu pun penting. 

Tip pengambilan sarapan yang sihat


Sumber gambar: www.iknowtoday.com
  • Masa terbaik untuk sarapan adalah jam 6 hingga 9 pagi. Tiada istilah BRUNCH.
  • Ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan, dan elakkan mengambil sarapan yang lewat.
  • Makan makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama.
  • Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada benggala dalam omelette.
  • Elakkan mengambil pastri, makan makanan manis seperti donut, mufin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita berasa cepat lapar.
  • Banyakkan juga minum air  kosong setiap hari.
Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 59

Haaa.. baca tu!! Takder istilah BRUNCH!!! Pastu makan makanan yang tinggi protein. Sebab tu ler saya pilih ESP.


Yang tambah buah dalam bijirin dan lada benggala dlm omelette tu...nak try la nanti.

Tapi part pastri tu..alamak!!! Ok ok..lepas ni kena elakkanlah. Patutla lepas satu, nak satu lagi, pastu nak lagi. Tengok-tengok da abis. Pingsan gitu. Patutla badan ni makin bam bam ek.

Dan last but not least...air kosong. Yezzaaaa!! Saya memang sokong 100% la part air kosong ni. Ramai yang amik ringan jek benda ni, sedangkan mereka tak tau, air kosong ni boleh bantu macam-macam tau untuk tubuh badan kita. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jadi amalkan yer.

Selesai sudah perkongsian saya pada hari ini. Berjumpa kita di lain hari pada waktu yang mungkin awal mungkin lambat. Tapi pastinya kita kan ketemu jua!! 

Jom like page kami di Famili Comel Sihat