Wednesday, January 14, 2015

Hanya 60 Minit

Cuba fikir balik. Berapa lama kita spend masa menonton televisyen setiap hari. Anak-anak kita? Macam mana pulak? Bila saya baca artikel ni, tersentak jiwa ragaku. Huhuhuhuh.. Apa taknyer..saya dan anak-anak mungkin berhadapan dengan situasi yang berisiko pada masa akan datang. Terus simpan tekad dalam hati ni, "Esok, mesti ubah!!" Kadang-kadang, sibuk nak wat keje, nak masak-masak, suh anak-anak layan televisyen. Dorang pun duduk la berjam-jam sampai keje kita siap. Pastu masa kemas lak, dorang layan semula. Huhuhuhuh...sian anak-anakku. 

Hanya 60 minit


Sumber gambar: www.telegraph.co.uk

Jumlah maksimum bagi masa menonton yang sihat pada sebelah malam, kata kumpulan penyelidik dari Universiti Navarra, Sepanyol. Mereka menonton tiga jam atau lebih berdepan risiko kematian pada usia muda berbanding yang menonton televisyen selama 60 minit atau kurang.

Penyelidik juga mendapati, risiko Alzhemier sebanyak 1.3 kali bagi setiap satu jam masa yang dihabiskan untuk menonton bagi mereka yang berusia antara 40 hingga 59 tahun apabila mereka tua kelak. "Sewaktu menonton, neuron dalam otak tidak berhubung antara satu sama lain, mereka juga tidak berkembang dan membesar," kata Dr. Aric Sigman, pengarang Remotely Controleed: How Television Is Damaging Our Lives.

Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 81

Huhuhuhuh....memang tau menonton televisyen secara berlebihan tak baik untuk mata. Tapi, kurang ilmu pulak part yang lain. Huhuhuhuh...lepas ni MESTI UBAH!! Jadi maksudnya, saya kena bagi aktiviti yang menarik untuk anak-anak saya supaya dorang takderla asyik-asyik layan televisyen kan? So..kena rancang dari hari ini, saat ini, tika ini. For a better us!!

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

No comments:

Post a Comment