Pagi-pagi, saya suka layan nasi lemak, lontong kering, lontong basah, karipap dan macam-macam lagi. Pergh!! Kalo citer satu-satu makanan tu, memang lapar la saya skang. Macam berkeroncong pulak perut ni. He3x! Tapi sejauh mana kita mengambil sarapan yang SIHAT??
Jom kita ramai-ramai baca artikel ni. Lepas tu, bley la kita audit semula sarapan kita. Nak sihat bukan setakat makan supplemen jek tau, tapi amalan hidup sihat tu pun penting.
Tip pengambilan sarapan yang sihat
Sumber gambar:
- Masa terbaik untuk sarapan adalah jam 6 hingga 9 pagi. Tiada istilah BRUNCH.
- Ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan, dan elakkan mengambil sarapan yang lewat.
- Makan makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama.
- Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada benggala dalam omelette.
- Elakkan mengambil pastri, makan makanan manis seperti donut, mufin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita berasa cepat lapar.
- Banyakkan juga minum air kosong setiap hari.
Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 59
Haaa.. baca tu!! Takder istilah BRUNCH!!! Pastu makan makanan yang tinggi protein. Sebab tu ler saya pilih ESP.
Yang tambah buah dalam bijirin dan lada benggala dlm omelette tu...nak try la nanti.
Tapi part pastri tu..alamak!!! Ok ok..lepas ni kena elakkanlah. Patutla lepas satu, nak satu lagi, pastu nak lagi. Tengok-tengok da abis. Pingsan gitu. Patutla badan ni makin bam bam ek.
Dan last but not least...air kosong. Yezzaaaa!! Saya memang sokong 100% la part air kosong ni. Ramai yang amik ringan jek benda ni, sedangkan mereka tak tau, air kosong ni boleh bantu macam-macam tau untuk tubuh badan kita. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jadi amalkan yer.
Selesai sudah perkongsian saya pada hari ini. Berjumpa kita di lain hari pada waktu yang mungkin awal mungkin lambat. Tapi pastinya kita kan ketemu jua!!
Jom like page kami di Famili Comel Sihat
Good for child.
ReplyDeleteFor More...
salwar suit manufacture in surat suit