Tuesday, January 13, 2015

Tip Pengambilan Sarapan Yang Sihat

Pagi-pagi, saya suka layan nasi lemak, lontong kering, lontong basah, karipap dan macam-macam lagi. Pergh!! Kalo citer satu-satu makanan tu, memang lapar la saya skang. Macam berkeroncong pulak perut ni. He3x! Tapi sejauh mana kita mengambil sarapan yang SIHAT?? 

Jom kita ramai-ramai baca artikel ni. Lepas tu, bley la kita audit semula sarapan kita. Nak sihat bukan setakat makan supplemen jek tau, tapi amalan hidup sihat tu pun penting. 

Tip pengambilan sarapan yang sihat


Sumber gambar: www.iknowtoday.com
  • Masa terbaik untuk sarapan adalah jam 6 hingga 9 pagi. Tiada istilah BRUNCH.
  • Ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan, dan elakkan mengambil sarapan yang lewat.
  • Makan makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama.
  • Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada benggala dalam omelette.
  • Elakkan mengambil pastri, makan makanan manis seperti donut, mufin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita berasa cepat lapar.
  • Banyakkan juga minum air  kosong setiap hari.
Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 59

Haaa.. baca tu!! Takder istilah BRUNCH!!! Pastu makan makanan yang tinggi protein. Sebab tu ler saya pilih ESP.


Yang tambah buah dalam bijirin dan lada benggala dlm omelette tu...nak try la nanti.

Tapi part pastri tu..alamak!!! Ok ok..lepas ni kena elakkanlah. Patutla lepas satu, nak satu lagi, pastu nak lagi. Tengok-tengok da abis. Pingsan gitu. Patutla badan ni makin bam bam ek.

Dan last but not least...air kosong. Yezzaaaa!! Saya memang sokong 100% la part air kosong ni. Ramai yang amik ringan jek benda ni, sedangkan mereka tak tau, air kosong ni boleh bantu macam-macam tau untuk tubuh badan kita. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jadi amalkan yer.

Selesai sudah perkongsian saya pada hari ini. Berjumpa kita di lain hari pada waktu yang mungkin awal mungkin lambat. Tapi pastinya kita kan ketemu jua!! 

Jom like page kami di Famili Comel Sihat



Sunday, January 11, 2015

Berapa kali?

Berapa kali? Apakah?? Apakah???

Hehehehehe... ari ni nak share tentang pembacaan saya thru magazine yang mungkin akan membuatkan anda yang sudah berkahwin audit semula aktiviti anda. Oppsss... ni bukan info pelik-pelik ok. Ni untuk anda mengetahui manfaat nyer. Ramai yang tak tau ni. So..sharing is caring..hehehehe...

Jom kita baca!!!

Berapa kali?

Perhubungan seksual suami isteri sememangnya bagus daripada segi mental dan fizikal untuk pasangan dan manfaatnya bergantung kepada frekuensi perhubungan tersebut di dalam seminggu. Namun, ramai juga yang tidak tahu berapa kali perlu melakukannya untuk mendapatkan manfaat:

Sekali seminggu untuk tidur sempurna


Sumber gambar: stopandbreathe.com


Dua kali seminggu untuk kesihatan


Sumber gambar: www.curejoy.com


Tiga kali seminggu untuk jantung



Sumber gambar: www.regenexx.com


Empat kali seminggu untuk awet muda


Sumber gambar: www.wpclipart.com

Lima kali seminggu untuk prestasi kerja


Sumber gambar: adigaskell.org

Enam kali seminggu untuk menjadi lebih pandai


Sumber gambar: www.thedailymash.co.uk

Tujuh kali seminggu untuk kurangkan stress




Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 14


Hihihihihihi.. da selesai membaca? Haaaa.. audit...audit....ni bukan saya taip suker-suker tau...ni saya dapat dari majalah iSihat...perkongsian yang menarik kan??

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Saturday, January 10, 2015

8 Pelukan Sehari

Waaah!! Apalagi yang saya baca ni?? 8 pelukan sehari?? Apa faedahnya 8 pelukan sehari ni? jom rapat-rapat! Kita sama-sama baca artikel ni. Jangan fikir pelik-pelik ok! Ini untuk kesihatan yang berpanjangan! Sapa tak baca, rugi oooo!!!

Jom layannnnnnn....


Sumber gambar: www.coloringtrend.com

Ia nombor ajaib yang mencetuskan rembesan hormon cinta - oksitosin. Paling menarik, bukan hanya suami atau isteri, memeluk teman, anak, ibu bapa atau haiwan kesayangan turut merangsang penghasilan hormon cinta ini dan mencipta kesan positif yang serupa seperti...

  • komunikasi dengan pasangan lebih baik
  • merendahkan paras hormon stress - kortisol
  • meningkatkan emosi yang membuatkan anda melihat dunia dengan lebih positif
  • mengurangkan tekanan darah dan degupan jantung
  • hubungan intim lebih lancar
  • rasa lebih tenang
  • hubungan lebih kuat dan mendalam
  • menimbulkan rasa ingin terus setia kepada pasangan
  • meningkatkan sistem imun
  • penyembuhan daripada trauma lebih pantas
Sumber artikel: iSihat Julai 2013 m/s 9

Naaaa... HORMON CINTA!! Jom peluk isteri..peluk suami..peluk anak...peluk kucing...peluk ibu..peluk bapa...peluk kawan...peluk adik-beradik...hanya 8 pelukan sehari..macam-macam manfaat anda dapat!! 

Jom like page kami di Famili Comel Sihat



Friday, January 9, 2015

Tired Skin No More!! (Part 2)

Ok...da baca part 1 semalam kan? Ada buat tak? Ada buat tak? Haaaa...jangan tak wat lak...mudah jek tu...hihihihi...cari masa untuk manjakan diri anda sendiri....tak susah pun...jom kita ramai-ramai buat! Baru syok!!

Saya teruskan dengan perkongsian untuk part 2 lak yer

5. Make Like a Kid and Eat Cereals


Sumber gambar: www.joyofkosher.com

Cereals are usually fortified with calcium and folic acid, both of which are great skin and overall health. The morning after, instead of binging on an oily breakfast, keep it clean with a bowl of cereal and organic milk. The protein in the milk will replenish your tired muscles.

Choose cereals with oat or bran as these are usually unsweetened. Beware of chocolate coated of colourful ones, as these are usually laden with sugar, which you do not need at all.


6. Keep Hydrated


Sumber gambar: mommacan.com

This is the golden rule of beauty. If you find yourself parched and tired after a night out, your body needs water. Drink up. Drop a slice of lemon into a jug of water and try to finish that by lunch time. Make another jug for the afternoon and finish that by dinner time. You will find yourself feeling much better and your skin will regain some of its luster.


7. Take a Nap


Sumber gambar: www.health.com

After doing exercises and getting some healthy food in your stomach, if you have the time, take a nap. Lower the blinds, put on some soothing music and hit that pillow. Sleep is a great healing agent, and your skin will thank you for it. Nap for a couple of hours. Set the alarm so you dont't miss any important appointments. When you wake up from your nap, drink water and get some food in stomach before you go out again.


8. Schedule A Break


Sumber gambar: scottishbb.com

When you start breaking out and getting cranky for no reason, it's time to halt the partying. too much of a good thing is never encouraged. If you've been going out non stop for a stretch, time to pull the breaks and stay in tonight. All the remedies in the world will not able to help you if  you don't listen to your body. If you need company ask friends over for a movie at home. Or play scrabble. Sleep early. Soon you'll be back to your healthy self.

Sumber: Pearl November  & December 2014 m/s 50&51

Selesai sudah perkongsian untuk pembacaan saya berkenaan dengan kulit kusam. Haaaaa... gojes ladies!! Apalagi! Jom ubah cara kehidupan kita. Nak cunsss..nak lawa....kita buat jugak tip-tip ni. Selamat mencuba!!!

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Thursday, January 8, 2015

Tired Skin No More!! (Part 1)

Kali ni saya kongsikan pula pembacaan saya berkenaan dengan kulit. Saya rasa ramai yang merungut tentang kulit nampak kusam. Terbaca dalam magazine Pearl Issue Nov&Dec2014, ada tip-tip yang menarik yang boleh kita praktikkan untuk mendapatkan kulit yang kekal segar!!!

Jom kita sama-sama baca keratan artikel ni!

Tired Skin, No More!!

Give your skin a break.
Here are 8 tips how...

Lack of sleep wreaks havoc on your skin. During the party season, this can be a common complaint. Eating and drinking more than the usual can make a mess of our skin. But fear not, we have a few tried and tested remedies for you!!

1. The Teabag Trick


Sumber gambar: drlisawatson.com

Before you leave for the party, soak two teabags in the water and keep them in the fridge. In the morning, take tea teabags out and place them over your eyes. This will get rid of puffy eyes. Put on some music and enjoy the calming little "spa" session for your eyes.


Sumber gambar: bongotimes.com

Alternatively, slices of cold cucumber will do the trick as well. With cucumber slices, you can apply them all over the face for a moisturising effect.


2. A Dose of Antioxidants


Sumber gambar: www.prevention.com

After a night out, your body is tired and immunity is probably down. Make a juice or smoothie of oranges pomegranate and kale. These three ingredients are pack with vitamins and antioxidants and will give your body a much needed boost.

For the rest of the day, snack on fruits and nuts. If you have been overdoing it with oily food and alcohol, a juice fast during breakfast and lunch will help you detox. Make some nutritious soups for dinner.


3. Get Moving


Sumber gambar: www.popsugar.com

The last thing you want to do is probably exercise, but we say do it. Hit the gym if you have membership, otherwise unroll that yoga mat and do a 30-minute session of stretching. It will do you a world of good. Exercise increases your heart rate and oxygenizes your cells, so it will help to get your body back in working order.


4. Do a Nourishing DIY Mask


Sumber gambar: www.goodtoknow.co.uk

Mash a banana together with some honey and raw oatmeal. Make it into a paste and apply it onto your skin. Lie down for about 20 minutes. Pop some cucumber slices on your eyes if you have them. Then scrub of the mask with water. Your skin will be exfoliated and hydrated. Follow with your favourite moisturizer. 

Sumber artikel: Pearl November & December 2014 page 50&51

Sebenarnya mudahkan untuk jaga kulit ni? Hanya nak tak nak jek sebenarnya.
Ok...selesai sudah part 1. Esok saya sambung lak dengan part 2....tungguuuuuuuu!!!


Wednesday, January 7, 2015

Berhenti Merokok

Merokok...memang susah kan nak berhenti?? Try sehari dua tak hisap, mesti terindu-rindu dengan rokok ni.... jadi buat sesiapa yang mempunyai pasangan yang merokok, jom baca tips pendek ni.




Apabila menggalakkan yang tersayang untuk berhenti merokok, anda akan lebih berjaya sekiranya menggunakan nada yang lebih positif berbanding negatif, kata penyelidik dari Amerika Syarikat.

Jadi berbanding 'rokok boleh membunuh'. apa kata mencuba 'bayangkan berapa banyak wang yang boleh dijimatkan!'


Sumber gambar: www.inspire52.com

Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 12

Apa pun, gunakan nada yang lebih positif lagi buat orang rasa selesa kan? Bukan setakat tegur orang dewasa, dengan anak-anak pun kena guna nada positif ni. Kena praktis lebih ni sebab nada positif bermaksud kesabaran pun mesti tinggi!!!

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Tuesday, January 6, 2015

Semuanya Mengenai Payudara (Bahagian Akhir)

Da masuk bahagian akhir da perkongsian untuk pembacaan saya ni ek. Da mula buat pemeriksaan payudara sendiri? Jika ada yang meragukan, jangan lambat yer. Cepat pergi jumpa doktor yer.


Tips ketika umur 40-an

Pada usia begini, kadar kanser payudara mula meningkat sehingga satu per tiga wanita di Malaysia didagnosis dengan penyakit ini. Selain perlu menjaga pemakanan, melakukan senaman dan mengurangkan tekanan, anda dinasihatkan untuk menitikberatkan perkara berikut:


Sumber gambar: radiologybrooklyn.com

Pastikan jadual pemeriksaan mamogram dan pemeriksaan klinikal. Teruskan pemeriksaan sendiri untuk mengetahui perkembangan atau sebarang perubahan pada payudara anda. Sekiranya ada perubahan, rujuk kepada doktor kerana khuatir anda mendapat fibrocystic yang mungkin tidak merbahaya namun penting untuk buat pemeriksaan.

Elakkan pendedahan kepada bahan-bahan penyebab kanser yang tidak diperlukan. Ini termasuk radiasi dan bahan kimia. Jika anda disarankan membuat imbasan x-ray terutama jenis dos tinggi seperti imbasan CT oleh doktor, pastikan doktor tersebut tahu sejarah imbasan yang anda pernah lakukan.


Tips ketika usia 50-an


Sumber gambar: annabrixthomsen.com

Kekalkan berat badan ideal dan sihat. Berat badan ideal adalah indeks jisim badan (BMI) sebanyak 25 peratus atau kurang. 

Kajian menunjukkan berat badan berlebihan atau obesiti (khususnya di kalangan wanita yang telah menopaus) akan meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.

Tambahan pula, wanita yang obesiti berhadapan masalah yang lebih tinggi untuk pulih daripada kanser tersebut berbanding mereka yang memiliki berat badan sederhana atau kurang.

Elakkan atau hadkan pengambilan terapi hormon gantian (HRT).

Terapi hormon gantian meningkatkan risiko kanser payudara. Dotor di Fred Hutchison Cancer mengesyorkan pengambilan HRT yang lebih terhad tidak lebih lima tahun.

Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 44-46

Jadi...kesimpulan yang boleh saya buat dari pembacaan artikel ini:

  1. Buat pemeriksaan payudara sendiri sebulan sekali dan segera berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda yang mencurigakan.
  2. Bersenamlah 30 minit sehari
  3. Jaga pemakanan
  4. Pemilihan saiz bra yang tepat boleh mengurangkan risiko serangan kanser payudara
  5. Wanita berusia 40-an perlu memastikan jadual pemeriksaan mamogram
  6. Menyusukan bayi sekurang-kurangnya selama enam bulan boleh merendahkan risiko serangan payudara 20 peratus.

 Para wanita, sama-samalah kita menjaga payudara kita.....

Jom like page kami di Famili Comel Sihat