Da masuk bahagian akhir da perkongsian untuk pembacaan saya ni ek. Da mula buat pemeriksaan payudara sendiri? Jika ada yang meragukan, jangan lambat yer. Cepat pergi jumpa doktor yer.
Tips ketika umur 40-an
Pada usia begini, kadar kanser payudara mula meningkat sehingga satu per tiga wanita di Malaysia didagnosis dengan penyakit ini. Selain perlu menjaga pemakanan, melakukan senaman dan mengurangkan tekanan, anda dinasihatkan untuk menitikberatkan perkara berikut:
Sumber gambar:
Pastikan jadual pemeriksaan mamogram dan pemeriksaan klinikal. Teruskan pemeriksaan sendiri untuk mengetahui perkembangan atau sebarang perubahan pada payudara anda. Sekiranya ada perubahan, rujuk kepada doktor kerana khuatir anda mendapat fibrocystic yang mungkin tidak merbahaya namun penting untuk buat pemeriksaan.
Elakkan pendedahan kepada bahan-bahan penyebab kanser yang tidak diperlukan. Ini termasuk radiasi dan bahan kimia. Jika anda disarankan membuat imbasan x-ray terutama jenis dos tinggi seperti imbasan CT oleh doktor, pastikan doktor tersebut tahu sejarah imbasan yang anda pernah lakukan.
Tips ketika usia 50-an
Sumber gambar:
Kekalkan berat badan ideal dan sihat. Berat badan ideal adalah indeks jisim badan (BMI) sebanyak 25 peratus atau kurang.
Kajian menunjukkan berat badan berlebihan atau obesiti (khususnya di kalangan wanita yang telah menopaus) akan meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
Tambahan pula, wanita yang obesiti berhadapan masalah yang lebih tinggi untuk pulih daripada kanser tersebut berbanding mereka yang memiliki berat badan sederhana atau kurang.
Elakkan atau hadkan pengambilan terapi hormon gantian (HRT).
Terapi hormon gantian meningkatkan risiko kanser payudara. Dotor di Fred Hutchison Cancer mengesyorkan pengambilan HRT yang lebih terhad tidak lebih lima tahun.
Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 44-46
Jadi...kesimpulan yang boleh saya buat dari pembacaan artikel ini:
- Buat pemeriksaan payudara sendiri sebulan sekali dan segera berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda yang mencurigakan.
- Bersenamlah 30 minit sehari
- Jaga pemakanan
- Pemilihan saiz bra yang tepat boleh mengurangkan risiko serangan kanser payudara
- Wanita berusia 40-an perlu memastikan jadual pemeriksaan mamogram
- Menyusukan bayi sekurang-kurangnya selama enam bulan boleh merendahkan risiko serangan payudara 20 peratus.
Para wanita, sama-samalah kita menjaga payudara kita.....
Jom like page kami di Famili Comel Sihat
No comments:
Post a Comment