Sunday, February 1, 2015

Sebatang Lobak Merah Sehari!

Meh nak share lagi apa yang telah saya baca. Tak abis-abis nak share apa yang saya baca kan? Kan?Kan? Hehehehehehe... saya suka share info yang saya rasakan best dan bermanfaat buat semua. Ye lah, kadang-kadang kita terlepas pandang, kadang-kadang kita lupa. Jadi saya di sini berfungsi untuk membuatkan anda "Pandang" dan "Ingat"! Eh! Artikel kali ni tentang lobak merah yer. Saya selalu masak lobak merah ni dalam tomyam campur, ayam masak kunyit, ayam paprik, sayur campur, sup dan macam-macam lagilah. Selain daripada bagus untuk mata, saya pun kurang amik tau apa lagi kelebihan lobak merah ni. Jom kita sama-sama baca artikel pendek ni. Zaaaaaassss!!! LAYAN......

Sebatang lobak merah sehari!


Sumber gambar: tsjw.en.alibaba.com

Makanan yang sihat adalah baik untuk kesihatan anda dan keluarga. Salah satu kegemaran bukan sahaja si kecil malah orang dewasa adalah lobak. Terdapat 10 kebaikan yang ada di dalam makanan ini iaitu lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah. Lobak juga baik untuk mata kerana ia adalah sumber yang kaya dengan vitamin A dan B yang membantu anda untuk menghasilkan penglihatan yang lebih baik. Makan satu lobak merah setiap hari membantu anda untuk mengeluarkan kolestrol yang tidak baik daripada badan. Lobak mempunyai lebih banyak kalori untuk membantu untuk meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak. Paling penting dengan memakan lobak merah juga dapat melambatkan penuaan dengan beta-karotena yang terdapat di dalamnya.

Sumber artikel: Pa&Ma Disember 2014, m/s B16

Apa dia? Apa dia? Apa dia?? Melambatkan penuaan?? Beta-karotena ni melambatkan penuaan rupa-rupanya!! Aiseh!! Lambat sungguh ceritaku... Tapi... better late than never!! Mulai Februari, saya nak mengamalkan makan sebatang lobak sehari...baby carrot kot? hehehehehehe

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Saturday, January 31, 2015

Closing Shaklee Januari 2015

Alhamdulillah...

Da closing da...

Berdebar-debar gak rasa hati..

Takut ada yang terlepas pandang...

Takut ada yang tak transfer uv lagi

Takut ada yang tak sempat nak top up uv ker...

Takut ada yang alang-alang nak efektif...

Alhamdulillah

Allah permudahkan segala urusan kami

Semoga Februari kami lebih maju jaya dari biasa...

Jadi manusia luar biasa...

Adalah bermula dengan orang yang biasa

Yang mempunyai impian yang besar...

Jangan takut untuk berimpian...


Thursday, January 15, 2015

What A Wonderful Life



Alhamdulillah... masih bernafas lagi di bumi Allah ini. Masih dapat menatap wajah-wajah yang saya sayangi. Sesungguhnya mereka adalah pinjaman Allah yang amat berharga. 

Manusia datang dan pergi dalam kehidupan kita. Kita akan mengalami keadaan di mana kita menerima orang baru dalam organisasi kita. Kita juga akan mengalami kehilangan kawan apabila mereka berpindah ke tempat lain. Pelbagai cabaran dan dugaan juga perlu ditempuhi dalam menjalani kehidupan ini. Pastinya kejayaan itu pasti indah dengan setiap liku yang kita tempuhi dan lalui.

Begitulah dengan kehidupan kami di mana ada yang pada awalnya mahu bersama kami. Merealisasikan impian bersama. Tetapi pada akhirnya, apabila keadaan kami semakin goyah, pada masa itu, mereka mula menjauhi diri. Rasa sungguh terkilan tetapi itu lah hakikat kehidupan yang perlu kami tempuhi. Alhamdulillah, tak semua manusia sebegitu. Ada juga yang datang dalam kehidupan ini memberikan kata-kata semangat dan pendorong supaya kami abaikan semua yang negatif itu dan hidup gembira. Thank you very much. You know who you are.

Kawan pun ada pelbagai kategori. Tapi nak cari kawan yang bersama dengan kita ketika susah memang sukar dicari. Paling tak suka orang yang suka main tuduh tanpa bukti. Terpinga-pinga kita dibuatnya. Dan bila kita selidik, rupa-rupanya orang mengata kita. Terkilan bila orang berkata-kata tanpa bukti yang kukuh. Dan dari situ, kita boleh belajar sesuatu yang berharga.. iaitu ramai yang boleh jadi rakan untuk gembira. Dan apabila ada berlaku sesuatu, tak mustahil dengan mudahnya mereka menunding kita tanpa usul periksa. Perkara sebegini menyebabkan kami lebih berhati-hati dalam memilih kawan kerana tak semua orang sama seperti kita. 

Perbandingan. Ya...itu memang banyak terjadi. "Anak aku kan, 2 tahun da pandai bercakap, apasal anak ko tak pandai bercakap lagi ek?" "Eh! Anak ko tak pandai membaca lagi ker? Kalah la anak ko dengan anak aku. Anak aku da pandai membaca dari umur 4 tahun lagi tau!" Suka membanding-bandingkan. Kami hanya mampu tersenyum apabila ada segelintir manusia suka membanding-bandingkan anak kami dengan anak mereka. Tak kurang jugak mengaitkan perkara itu ini dengan salah seorang dari kami berdua sebagai ibu bapa. Ibu bapa mana yang mahukan anak mereka berada dalam kekurangan. Semua nak anak pandai, semua nak anak aktif, semua nak anak berisi. Mulut yang tidak dijaga perkataannya itu sungguh bahaya sebenarnya. Katanya memberi nasihat, tapi nasihat tu sepertinya membanding-banding. Kesabaran yang amat tinggi memang amat perlu ketika itu. Dan kami mula menjauhi orang sebegini untuk keamanan sejagat. Kalau tak, perang memang akan meletus!!

Tapi, bila difikirkan balik semua ni, Allah mempunyai perancangan yang baik sebenarnya untuk kita. Dia beri kita ujian, Dia berikan kita nikmat. Kerana pada saat kita jatuh, pada saat kita disisihkan dan ditomahkan dengan pelbagai kata-kata, pada saat kita diuji dengan nafsu amarah, Allah memberikan petunjuk dan nikmat secara langsung atau tak langsung. Pada saat kami jatuh, ada yang sudi menghulurkan tangan dan memberi kata-kata semangat. Pada saat kami disisihkan dan ditomahkan dengan pelbagai kata-kata, Allah berikan kami kesabaran dan memberi kami kesedaran siapa mereka. Pada saat kami diuji dengan nafsu amarah, Allah memberikan ketenangan pada masa kami mengadapNya. 

Sesungguhnya, Allah sentiasa ada di sisi kita. What a wonderful life...

Wednesday, January 14, 2015

Hanya 60 Minit

Cuba fikir balik. Berapa lama kita spend masa menonton televisyen setiap hari. Anak-anak kita? Macam mana pulak? Bila saya baca artikel ni, tersentak jiwa ragaku. Huhuhuhuh.. Apa taknyer..saya dan anak-anak mungkin berhadapan dengan situasi yang berisiko pada masa akan datang. Terus simpan tekad dalam hati ni, "Esok, mesti ubah!!" Kadang-kadang, sibuk nak wat keje, nak masak-masak, suh anak-anak layan televisyen. Dorang pun duduk la berjam-jam sampai keje kita siap. Pastu masa kemas lak, dorang layan semula. Huhuhuhuh...sian anak-anakku. 

Hanya 60 minit


Sumber gambar: www.telegraph.co.uk

Jumlah maksimum bagi masa menonton yang sihat pada sebelah malam, kata kumpulan penyelidik dari Universiti Navarra, Sepanyol. Mereka menonton tiga jam atau lebih berdepan risiko kematian pada usia muda berbanding yang menonton televisyen selama 60 minit atau kurang.

Penyelidik juga mendapati, risiko Alzhemier sebanyak 1.3 kali bagi setiap satu jam masa yang dihabiskan untuk menonton bagi mereka yang berusia antara 40 hingga 59 tahun apabila mereka tua kelak. "Sewaktu menonton, neuron dalam otak tidak berhubung antara satu sama lain, mereka juga tidak berkembang dan membesar," kata Dr. Aric Sigman, pengarang Remotely Controleed: How Television Is Damaging Our Lives.

Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 81

Huhuhuhuh....memang tau menonton televisyen secara berlebihan tak baik untuk mata. Tapi, kurang ilmu pulak part yang lain. Huhuhuhuh...lepas ni MESTI UBAH!! Jadi maksudnya, saya kena bagi aktiviti yang menarik untuk anak-anak saya supaya dorang takderla asyik-asyik layan televisyen kan? So..kena rancang dari hari ini, saat ini, tika ini. For a better us!!

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Tuesday, January 13, 2015

Tip Pengambilan Sarapan Yang Sihat

Pagi-pagi, saya suka layan nasi lemak, lontong kering, lontong basah, karipap dan macam-macam lagi. Pergh!! Kalo citer satu-satu makanan tu, memang lapar la saya skang. Macam berkeroncong pulak perut ni. He3x! Tapi sejauh mana kita mengambil sarapan yang SIHAT?? 

Jom kita ramai-ramai baca artikel ni. Lepas tu, bley la kita audit semula sarapan kita. Nak sihat bukan setakat makan supplemen jek tau, tapi amalan hidup sihat tu pun penting. 

Tip pengambilan sarapan yang sihat


Sumber gambar: www.iknowtoday.com
  • Masa terbaik untuk sarapan adalah jam 6 hingga 9 pagi. Tiada istilah BRUNCH.
  • Ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan, dan elakkan mengambil sarapan yang lewat.
  • Makan makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama.
  • Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada benggala dalam omelette.
  • Elakkan mengambil pastri, makan makanan manis seperti donut, mufin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita berasa cepat lapar.
  • Banyakkan juga minum air  kosong setiap hari.
Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 59

Haaa.. baca tu!! Takder istilah BRUNCH!!! Pastu makan makanan yang tinggi protein. Sebab tu ler saya pilih ESP.


Yang tambah buah dalam bijirin dan lada benggala dlm omelette tu...nak try la nanti.

Tapi part pastri tu..alamak!!! Ok ok..lepas ni kena elakkanlah. Patutla lepas satu, nak satu lagi, pastu nak lagi. Tengok-tengok da abis. Pingsan gitu. Patutla badan ni makin bam bam ek.

Dan last but not least...air kosong. Yezzaaaa!! Saya memang sokong 100% la part air kosong ni. Ramai yang amik ringan jek benda ni, sedangkan mereka tak tau, air kosong ni boleh bantu macam-macam tau untuk tubuh badan kita. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Jadi amalkan yer.

Selesai sudah perkongsian saya pada hari ini. Berjumpa kita di lain hari pada waktu yang mungkin awal mungkin lambat. Tapi pastinya kita kan ketemu jua!! 

Jom like page kami di Famili Comel Sihat



Sunday, January 11, 2015

Berapa kali?

Berapa kali? Apakah?? Apakah???

Hehehehehe... ari ni nak share tentang pembacaan saya thru magazine yang mungkin akan membuatkan anda yang sudah berkahwin audit semula aktiviti anda. Oppsss... ni bukan info pelik-pelik ok. Ni untuk anda mengetahui manfaat nyer. Ramai yang tak tau ni. So..sharing is caring..hehehehe...

Jom kita baca!!!

Berapa kali?

Perhubungan seksual suami isteri sememangnya bagus daripada segi mental dan fizikal untuk pasangan dan manfaatnya bergantung kepada frekuensi perhubungan tersebut di dalam seminggu. Namun, ramai juga yang tidak tahu berapa kali perlu melakukannya untuk mendapatkan manfaat:

Sekali seminggu untuk tidur sempurna


Sumber gambar: stopandbreathe.com


Dua kali seminggu untuk kesihatan


Sumber gambar: www.curejoy.com


Tiga kali seminggu untuk jantung



Sumber gambar: www.regenexx.com


Empat kali seminggu untuk awet muda


Sumber gambar: www.wpclipart.com

Lima kali seminggu untuk prestasi kerja


Sumber gambar: adigaskell.org

Enam kali seminggu untuk menjadi lebih pandai


Sumber gambar: www.thedailymash.co.uk

Tujuh kali seminggu untuk kurangkan stress




Sumber artikel: iSihat Januari 2015 m/s 14


Hihihihihihi.. da selesai membaca? Haaaa.. audit...audit....ni bukan saya taip suker-suker tau...ni saya dapat dari majalah iSihat...perkongsian yang menarik kan??

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Saturday, January 10, 2015

8 Pelukan Sehari

Waaah!! Apalagi yang saya baca ni?? 8 pelukan sehari?? Apa faedahnya 8 pelukan sehari ni? jom rapat-rapat! Kita sama-sama baca artikel ni. Jangan fikir pelik-pelik ok! Ini untuk kesihatan yang berpanjangan! Sapa tak baca, rugi oooo!!!

Jom layannnnnnn....


Sumber gambar: www.coloringtrend.com

Ia nombor ajaib yang mencetuskan rembesan hormon cinta - oksitosin. Paling menarik, bukan hanya suami atau isteri, memeluk teman, anak, ibu bapa atau haiwan kesayangan turut merangsang penghasilan hormon cinta ini dan mencipta kesan positif yang serupa seperti...

  • komunikasi dengan pasangan lebih baik
  • merendahkan paras hormon stress - kortisol
  • meningkatkan emosi yang membuatkan anda melihat dunia dengan lebih positif
  • mengurangkan tekanan darah dan degupan jantung
  • hubungan intim lebih lancar
  • rasa lebih tenang
  • hubungan lebih kuat dan mendalam
  • menimbulkan rasa ingin terus setia kepada pasangan
  • meningkatkan sistem imun
  • penyembuhan daripada trauma lebih pantas
Sumber artikel: iSihat Julai 2013 m/s 9

Naaaa... HORMON CINTA!! Jom peluk isteri..peluk suami..peluk anak...peluk kucing...peluk ibu..peluk bapa...peluk kawan...peluk adik-beradik...hanya 8 pelukan sehari..macam-macam manfaat anda dapat!! 

Jom like page kami di Famili Comel Sihat