Wednesday, November 26, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Terakhir)

Akhir sekali, saya ingin share pembacaan saya tentang bagaimana para ibu yang menyusu menguruskan defrost stok susu beku. 

Semasa saya mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Puteri, seorang nurse datang kepada saya dan menerangkan tentang penyusuan badan. Dia juga menerangkan tentang defrost stok susu beku ni. Bila cerita kat situ jek, memangla saya tak ingat, Nasib baik dia bagi sekali dengan flyers dan juga ada nombor telefon kaunselor laktasi. Makin bersemangat lak nak breastfeed baby masa tu.

Ok..ok..jom kita baca!!

Defrost stok susu beku
Susu ibu yang dibekukan perlu dicairkan mengikut suhu tertentu. Jika bekerja sebaiknya terangkan dengan teliti kepada pengasuh cara mencairkan stok susu beku tersebut.

Solusi: 

  • Keluarkan susu beku dari tempat beku dan letakkan di dalam peti sejuk bawah pada malam sebelumnya.
  • Isi susu tersebut di dalam beg sejuk beku dan beri pada pengasuh untuk disimpan di dalam peti sejuk.
  • Susu perlu dipanaskan di dalam air suam pada suhu 35 darjah Celcius sehingga 45 darjah Celcius.
  • Sebaiknya ibu bekalkan alat pemanas kepada pengasuh. Memanaskan di dapur atau ketuhar boleh mematikan antibodi di dalam susu.
  • Susu yang dicairkan perlu diminum dalam tempoh 1 jam dan ia tidak boleh dibekukan semula.
Sumber: Pa&Ma, Disember 2014, m/s 70&72

Haaa....dulu saya sanggup tau beli pemanas susu sekali, sebab nak pastikan suhu adalah bertepatan. Dan pastinya saya tak nak la antibodi dalam susu tu musnah. Pelaburang yang pastinya berbaloi sebab saya boleh panaskan makanan Ashraf dalam tu jugak.

Jom like page kami di Famili Comel Sihat


Tuesday, November 25, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Ketujuh)

Keratan artikel seterusnya adalah berkaitan dengan penyimpanan stok sus. Ramai ibu yang bekerja perlu menyimpan stok susu sebelum naik kerja. Malah ada yang merungut tidak cukup stok susu sehingga terpaksa menggantikan dengan susu formula. 
Jom baca artikel ni!!

Penyimpanan stok susu
Ibu boleh mula memerah susu dua minggu selepas kelahiran bayi. Bagi ibu yang bekerja memerlukan stok susu simpanan untuk bayi sebaik sahaja mula bekerja. Namun, masih ramai ibu yang tidak faham bagaimana cara terbaik membuat stok simpanan susu di rumah.

Solusi:
  • Pam setiap tiga jam sekali apabila bayi tidur. Jika bayi terjaga, dahulukan bayi dan sambung pam susu selepas bayi disusukan.
  • Simpan susu dalam botol atau plastik keras.
  • Labelkan tarikh susu dipam
  • Jika bekerja, pam susu di waktu pagi dan simpan dalam beg sejuk beku yang mempunyai pek ais yang tahan 12 jam. Pam juga pada waktu tengah hari dan petang. Simpan stok susu perahan di dalam peti sejuk beku apabila tiba di rumah.
  • Susu yang disimpan dalam peti sejuk tahan sehingga tiga bulan
  • Susu yang disimpan di dalam peti sejuk bawah tahan selama lima hari, tetapi selepas itu perlu disimpan ke dalam peti sejuk beku agar tahan lebih lama.
Sumber: Pa&Ma, Disember 2014, m/s 70 & 72

Sebelum ni saya da ada share pembacaan saya dalam sebuah buku berkenaan dengan ibu yang bekerjaya tetapi masih menyusukan bayi. Anda boleh baca di sini yer: penyusuan-susu-ibu-bahagian-3


Monday, November 24, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Keenam)

Perkara ni saya belum alami lagi. Masih ada hampir setahun lagi perjalanan yang saya perlu tempuhi untuk penyusuan Ashraf ni. Artikel ini membincangkan tentang anak tidak mahu putus susu.

Sebelum ni, pernah jugak dengar rakan-rakan sekerja share tentang cara mereka putus susu dengan anak mereka. Ada yang letak sirap pada payudara dengan mengatakan itu darah. Macam-macam tips mereka ceritakan kepada kami pada waktu itu. Saya hanya mendengar sahaja kerana saya memang takde pengalaman putus susu dengan ketiga-tiga orang anak saya. Tapi dengan Ashraf ni, rasa sedih pulak bila fikirkan saat-saat putus susu tu nanti. Jadi saya kena enjoy setiap moment dengan Ashraf!!

Jom baca!!

Anak tidak mahu putus susu
Digalakkan menyusu sehingga anak berusia dua tahun. Namun, kadang-kala ada anak yang tidak mahu putus susu. Tidak mahu puting sebaliknya mahu melekap pada payudara.

Solusi:
Tidak menjadi masalah sekiranya ibu dan anak mahu mengamalkan extended breastfeeding. Ia bagus untuk bonding antara ibu dan anak. Sekiranya ibu memutuskan untuk menghentikan penyusuan, lakukannya secara perlahan.

Sumber: Pa & Ma, Disember 2014, m/s 70 & 72

Wah! Lepas baca artikel ni, rasa semangat tu memang ada. Takkan berhenti sehingga tiba waktu yang sesuai. Dan bukannya secara drastik untuk menghentikan penyusuan.

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Sunday, November 23, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Kelima)

Hari ni nak cerita pulak tentang suplemen. Ramai yang salah sangka, makan suplemen atau penggalak susu, terus dapat susu banyak. Dulu saya pun berfikiran macam ni. Sehinggalah saya mengalami sendiri...baru lah saya sedar dan nampak, bahawa, apabila tubuh badan kita sihat dan cukup nutrien, penghasilan susu juga semakin baik. Begitu pentingnya nutrien yang mencukupi bagi seorang ibu yang menyusukan bayi. Dan betapa pentingnya pemahaman seorang ibu tentang konsep supply and demand. Bukannya makan suplemen atau penggalak susu sahaja, susu terus banyak.

Masih ragu-ragu dengan penyataan saya? Jom kita baca hasil pembacaan saya berkenaan dengan penyusuan susu ibu ini.

Suplemen perbanyakkan susu
Amalan menggunakan suplemen adalah bagus untuk kesihatan ibu. Badan yang sihat dan bertenaga membantu penghasilan susu yang baik. Badan yang letih, akan membuatkan pengeluaran susu berkurangan.

Solusi: 
Sekiranya ibu mengamalkan penggalak susu, ia masih bergantung kepada kekerapan mengepam. Berbalik kepada bekalan dan permintaan. Lebih kerap ibu menyusukan bayi, lebih banyak susu dihasilkan.

Sumber: Pa & Ma, Disember 2014, m/s 70 & 72

Jadi, macam mana para ibu? Masih lagi percaya bahawa suplemen atau penggalak susu 100% menjadikan susu anda banyak? Ingat ya, suplemen ini dimakan untuk melengkapkan keperluan nutrien di dalam tubuh badan kita. Apabila badan sihat, pengeluaran susu juga lancar. Tak lupa juga pada konsep bekalan dan permintaan. Rajinkan diri untuk mengepam, bukannya tunggu payudara membengkak baru pam. Dan bila da sampai rumah tu, penyusuan secara direct adalah yang terbaik. Suction baby lagi kuat tau dari suction pam susu tu, tak kiralah harganya paling mahal ker, suction baby adalah yang terbaik!!


Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Saturday, November 22, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Keempat)

Semalam saya da share berkenaan dengan masalah dan solusi untuk bayi yang menyusu sebelah sahaja. Hari ni, saya akan share pembacaan saya tentang masalah susu kurang. Haaaa... ni la masalah yang selalu para ibu yang menyusu alami. Sehinggakan ada yang tanya tips untuk banyakkan susu, cari produk untuk banyakkan susu dan macam-macam lagi. Jom kita sama-sama baca keratan pendek artikel ini.

Masalah Susu Berkurang

Tidak cukup susu atau susu berkurang sering menjadi alasan menghentikan penyusuan bayi, atau menambah menggunakan susu formula kepada bayi.

Punca:
Masalah ini disebabkan kurang stimulasi pada payudara menyebabkan kurang susu dihasilkan. Selain itu, ia boleh juga disebabkan kelaziman ibu menunggu sehingga payudara dirasakan bengkak barulah bertindak untuk mengepam susu.

Solusi:
Susu berkait rapat dengan demand dan supply (bekalan dan permintaan). Makin kerap bayi menyusu atau susu dipam, makin banyak susu dihasilkan. Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi. Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu dari kedua-dua belah payudara.

Sumber: Pa&Ma, Disember 2014, m/s 70&72

Ramai yang tau konsep demand dan supply, tapi kurang mempraktikkannya dengan pelbagai alasan. Tanamkan niat anda untuk menyusu bayi selama 2 tahun, Inshaa Allah, akan dipermudahkan. Jangan lupa konsep demand dan supply tu penting tau!!

Pastu, pastikan bayi melekap dengan betul. Kalau tak, nanti jadilah macam saya, rasa sakit jek puting setiap kali menyusu bayi kerana saya tidak meletakkan mulut bayi pada posisi yang betul. Lepas da selalu search dalam google berkenaan dengan penyusuan, barulah saya nampak dan tahu cara posisi yang tepat.

Jangan stress yer mommy, Inshaa Allah segala urusan bakal dipermudahkan. Selamat menyusu!!

Ashraf masih menyusu lagi sehingga sekarang.. Alhamdulillah....

Friday, November 21, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Ketiga)

Pernah tak para ibu mengalami yang bayi hanya suka menyusu kat sebelah payudara jek? Saya pun ada mengalami masalah ni. Bila baca artikel ni, barulah saya faham kenapa dan saya akan praktikkan solusi dan tips yang dikongsikan di dalam artikel ni nanti. Jangan pulak fikir, susu kat sebelah tak sedap, susu kat sebelah rasa tawar dan macam-macam lagi. Jom kita baca hasil pembacaan saya ni. Semoga semua ibu mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Bayi menyusu sebelah sahaja
Bayi mungkin hanya suka menyusu di sebelah bahagian payudara sahaja sehingga ibu menjadi tidak selesa.

Punca:
Bayi cenderung mengiring ke arah yang sama semasa menyusu. Berkemungkinan payudara tersebut mengeluarkan susu lebih lancar berbanding yang satu lagi. Susu berkurang juga boleh menjadi punca. Selain itu, masalah kecederaan atau sikap ibu itu sendiri yang hanya menggemari salah satu payudara.

Solusi:
Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya, ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiringkan bayi ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.

Tip: Posisi betul penyusuan bayi
Craddle hold, Football hold, Cross craddle hold, Lying down (baring)
Sumber: weblogixinc.com

Tip: Cara memujuk bayi
  • Bayi perlu dipujuk dan teknik mengembalikan minatnya menyusu di sebelah payudara yang tidak digemarinya amat penting.
  • Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk dia akan mudah memberi kerjasama.
  • Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemarinya dahulu. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong, barulah beralih ke payudara yang digemarinya.
  • Menyusu di bilik gelap dan dalam keadaan sunyi.
  • Susukan sambil menghayun lembut bayi dalam dakapan.
  • Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu tidak lancar.
Sumber artikel: Pa&Ma, Disember 2014, m/s 70 & 72

Semoga perkongsian melalui pembacaan saya ini dapat membantu ramai ibu yang mengalami masalah ini. Menyusukan anak ni memang perkara yang menyeronokkan bagi saya. Ikatan antara ibu dan anak memang kuat. 


Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Thursday, November 20, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah dan Solusi (Bahagian Kedua)


Sambungan dari post semalam, hari ini saya akan share berkenaan dengan masalah bengkak susu. Dulu, tipu lah kalau saya katakan saya tidak mengalami sebarang masalah bengkak susu. Pada awal selepas kelahiran bayi, saya mengalami masalah bengkak susu sehingga rasa nak demam. Memang tertekan dibuatnya. Pada masa tu, ilmu pun masih kurang. Tetapi, Alhamdulillah, semasa saya melahirkan Ashraf, begitu ramai orang yang memberikan nasihat dan membantu saya dalam menjayakan penyusuan itu.

Selamat membaca!!

Masalah Bengkak Susu

Punca:
Bengkak susu berlaku apabila payudara tersumbat. Ia boleh berlaku apabila ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Kesannya payudara akan menjadi hangat, bengkak dan keras. Seterusnya ibu akan berasa sakit, tidak sihat dan demam.

Solusi:
  • Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam
  • Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.
  • Teruskan menyusu badan setiap dua jam sekali.
  • Kerap pam susu dua jam sekali (jika tidak menyusu badan atau bayi tidak bangun menyusu)

Sumber: Pa & Ma Disember 2014, m/s 70 & 72

Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa saya terkena bengkak susu dahulu. Kemungkinan saya masih tidak mahir menyusukan bayi saya dan itu menyebabkan bengkak susu terjadi. Saya telah diberi nasihat oleh seorang rakan saya yang merupakan seorang Kauselor Laktasi supaya mandi air suam. Di samping itu dia juga mencadangkan supaya saya membuat kaedah marmet untuk mengeluarkan susu tersebut. Alhamdulillah, keesokan harinya, bengkak susu beransur pulih. Rasa nak demam tu, saya amalkan banyak minum air kosong dan juga makan vitamin C. Para ibu bagaimana pula?

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Wednesday, November 19, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Pertama)

Seronok pulak nak berkongsi dengan para ibu di luar sana berkenaan dengan pembacaan saya ni. Walaupun saya tau ramai para ibu di luar sana ada membeli majalah Pa & Ma, tapi saya ingin abadikan di dalam blog saya ni supaya pada suatu hari nanti, para ibu muda yang mencari-cari info boleh dapatkan di blog atau facebook saya.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang masalah dan solusi dalam penyusuan susu ibu. Pastinya ramai para ibu di luar sana menghadapi pelbagai masalah dan memerlukan solusi untuk permasalahan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hazarina Ishak (Kaunselor Laktasi) atas perkongsian beliau di dalam majalah Pa&Ma Disember 2014 m/s 70&72.

Selamat membaca!!

Penyusuan susu ibu adalah proses semula jadi. Namun, dalam tempoh dua minggu pertama kebanyakan ibu menghadapi kesukaran menyusukan bayi lebih-lebih lagi di kalngan ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi. Berikut dipaparkan beberapa masalah penyusuan yang dihadapi sesetengah ibu dan solusinya seperti mana yang dikongsikan bersama Hazrina Ishak, Kaunselor Laktasi Lunatots.

Payudara tersumbat dan susu tidak keluar

Punca: 
Hal ini berlaku kerana payudara tidak dikosongkan setiap kali bayi menyusu. Payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya mungkin kerana lekapan semasa menyusu tidak betul, bra ditarik atas tanpa membuka kancing.

Solusi:

  • Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.
  • Pam susu setiap dua jam sekakli. Atau gunakan kaedah memerah menggunakan tangan (teknik marmet)
  • Caranya, pastikan tangan bersih mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam.
  • Massage: Gunakan cari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung ketiak ke areola.
  • Stroke: Gunakan kelima-lima jari tangan dan tekan payudara dengan lembut.
  • Shake: Condongkan badan ke depan, goyang dada secara lembut. Ini akan merangsang pengeluaran susu.
  • Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari 1 cm dari areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola.
  • Tekan payudara secara lembut ke arah dada.
  • Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong. Ulang langkah yang sama untuk sebelah payudara lagi.
  • Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.

Esok saya akan kongsikan lagi masalah dan solusi untuk penyusuan susu ibu.

Jemput like page kami di Famili Comel Sihat

Tuesday, November 18, 2014

5 posisi tidur yang sesuai

Sepanjang mengandung keempat-empat orang anak sebelum ni, posisi tidur memang peranan penting dalam mendapatkan keselesaan semasa tidur. Dan, jangan tak tau pulak yang posisi tidur ini pun penting tau untuk diri ibu mengandung dan bayi yang dikandung.

Jom kita baca keratan kecil artikel ini.

Tidur mengiring merupakan posisi paling sesuai untuk wanita mengandung sama ada mengiring ke kiri atau ke kanan. Antara kebaikan tidur mengiring bagi wanita mengandung ialah:

  1. Bayi mendapat oksigen dan nutrien yang maksima dari plasenta.
  2. Mengurangkan masalah bengkak kaki, pergelangan kaki dan tangan.
  3. Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah.
  4. Risiko bayi yang mati dalam kandungan rendah.
  5. Mengiring ke sebelah kanan mengikut sunah Rasulullah.

Sumber: Pa & Ma Disember 2014 m/s 62

Haaaaa....para ibu mengandung, amalkan tidur mengiring lepas ni yer...kerana tidur mengiring ni merupakan posisi paling sesuai untuk wanita mengandung. Alhamdulillah sepanjang mengandung anak-anak saya sebelum ni, saya mengamalkan tidur mengiring.

Wajah insan-insan yang saya sayangi hingga ke syurga

Monday, November 3, 2014

Ikan Laut Air Dalam


American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Prize, telah menemui satu rahsia: Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan: ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Sumber: uspandy.blogspot.com
Haaaa....da baca kan?? Penting kan makan ikan dari air laut ni sebab ikan dari air laut mengandungi asid lemat tidak tepu yang sangat tinggi yang boleh merendahkan lemak dalam darah. Jadi, di sini, saya ingin kongsikan produk yang menarik yang pastinya mengandungi omega-3 yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita iaitu... OMEGA GUARD!!

Seorang kawan saya yang pernah bekerja di sebuah farmasi menasihatkan saya supaya makan minyak ikan setiap hari kerana ia bagus untuk salur darah kita dan juga untuk paru-paru kita. Mungkin sekarang kita masih leka, tapi jangan sampai terkena baru nak mula mengubati. Cegah sebelum terkena!!


Berminat?
Email kami di
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@whatsapp@telegram)
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di



Sunday, November 2, 2014

Penyusuan Susu Ibu (Bahagian 3: Bahagian Terakhir)

Da masuk bahagian ketiga dah yer. Dan ini adalah bahagian terakhir untuk Bab Penyusuan Susu Ibu.

Kali ni, pembacaan saya ni lebih kepada perancangan awal untuk ibu bekerja yang ingin melakukan perahan. Saya faham, ramai ibu yang ingin memberi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, pelbagai perkara yang mereka perlu lakukan sebelum naik kerja semula.

Bekerja atau tidak, itu tidak menjadi penghalang untuk kita tidak menyusukan bayi kita secara eksklusif. Sering menimba ilmu, sering bertanya kepada yang pakar, adalah salah satu caranya untuk merealisasikan impian seorang ibu yang menyusukan bayi.

Saya pun ada membuat persediaan seperti memerah susu untuk dijadikan stok semasa Ashraf dihantar ke rumah pengasuh. Tetapi akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menjaga Ashraf di rumah sendiri dengan mengambil Cuti Menjaga Anak. Dan sehingga sekarang, sudah hampir genap setahun saya tidak bekerja, rasa seronok pulak menjaga anak sendiri. Peluang yang ada ini saya tidak sia-siakan. Saya tetap menyusukan Ashraf walaupun sibuk dengan tugas seharian sebagai seorang ibu dan juga bekerja membuat bisnes di rumah.

Baiklah, panjang pulak ceritanya yer.

Saya ingin berkongsi pembacaan saya iaitu berkenaan dengan

"Perancangan Awal Untuk Ibu Bekerja Yang Ingin Melakukan Perahan".

Bila harus memulakan perahan
Penyusuan susu ibu hendaklah dilakukan mengikut kehendak bayi. Anda dinasihatkan berlatih memerah susu 2 (dua) minggu selepas kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan perahan susu pada bila-bila masa dan secepat mungkin mengikut keperluan atau keselesaan anda (contoh: bengkak payudara, susu berlebihan)

Persediaan untuk memerah susu
1. Ibu perlu bersedia dari segi psikologi

  • perlu yakin
  • kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan
  • perlu fikir perkara yang indah tentang bayi

2. Ibu perlu bersedia secara praktikal:

  • bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu
  • lihat gambar, video atau suara rakaman bayi
  • minum minuman suam yang melegakan - elakkan minum kopi / teh
  • tuam atau urut payudara
  • rangsang puting dengan cara gentel dengan jari
  • dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2-3 minit.

Semoga melalui sedikit perkongsian saya ini dapat membantu serba sedikit ibu-ibu yang menyusukan bayi meneruskan misi mereka. Sesungguhnya itu adalah hak anak-anak anda sehingga mereka berusia 2 tahun. Semoga ibu-ibu sukses!! Amin....

Alhamdulillah...rezeki Ashraf untuk dijaga oleh mama sendiri...

Jemput like page kami di