Keratan artikel seterusnya adalah berkaitan dengan penyimpanan stok sus. Ramai ibu yang bekerja perlu menyimpan stok susu sebelum naik kerja. Malah ada yang merungut tidak cukup stok susu sehingga terpaksa menggantikan dengan susu formula.
Jom baca artikel ni!!
Penyimpanan stok susu
Ibu boleh mula memerah susu dua minggu selepas kelahiran bayi. Bagi ibu yang bekerja memerlukan stok susu simpanan untuk bayi sebaik sahaja mula bekerja. Namun, masih ramai ibu yang tidak faham bagaimana cara terbaik membuat stok simpanan susu di rumah.
Solusi:
- Pam setiap tiga jam sekali apabila bayi tidur. Jika bayi terjaga, dahulukan bayi dan sambung pam susu selepas bayi disusukan.
- Simpan susu dalam botol atau plastik keras.
- Labelkan tarikh susu dipam
- Jika bekerja, pam susu di waktu pagi dan simpan dalam beg sejuk beku yang mempunyai pek ais yang tahan 12 jam. Pam juga pada waktu tengah hari dan petang. Simpan stok susu perahan di dalam peti sejuk beku apabila tiba di rumah.
- Susu yang disimpan dalam peti sejuk tahan sehingga tiga bulan
- Susu yang disimpan di dalam peti sejuk bawah tahan selama lima hari, tetapi selepas itu perlu disimpan ke dalam peti sejuk beku agar tahan lebih lama.
Sumber: Pa&Ma, Disember 2014, m/s 70 & 72
Sebelum ni saya da ada share pembacaan saya dalam sebuah buku berkenaan dengan ibu yang bekerjaya tetapi masih menyusukan bayi. Anda boleh baca di sini yer: penyusuan-susu-ibu-bahagian-3
No comments:
Post a Comment