Friday, November 21, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Ketiga)

Pernah tak para ibu mengalami yang bayi hanya suka menyusu kat sebelah payudara jek? Saya pun ada mengalami masalah ni. Bila baca artikel ni, barulah saya faham kenapa dan saya akan praktikkan solusi dan tips yang dikongsikan di dalam artikel ni nanti. Jangan pulak fikir, susu kat sebelah tak sedap, susu kat sebelah rasa tawar dan macam-macam lagi. Jom kita baca hasil pembacaan saya ni. Semoga semua ibu mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Bayi menyusu sebelah sahaja
Bayi mungkin hanya suka menyusu di sebelah bahagian payudara sahaja sehingga ibu menjadi tidak selesa.

Punca:
Bayi cenderung mengiring ke arah yang sama semasa menyusu. Berkemungkinan payudara tersebut mengeluarkan susu lebih lancar berbanding yang satu lagi. Susu berkurang juga boleh menjadi punca. Selain itu, masalah kecederaan atau sikap ibu itu sendiri yang hanya menggemari salah satu payudara.

Solusi:
Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya, ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiringkan bayi ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.

Tip: Posisi betul penyusuan bayi
Craddle hold, Football hold, Cross craddle hold, Lying down (baring)
Sumber: weblogixinc.com

Tip: Cara memujuk bayi
  • Bayi perlu dipujuk dan teknik mengembalikan minatnya menyusu di sebelah payudara yang tidak digemarinya amat penting.
  • Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk dia akan mudah memberi kerjasama.
  • Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemarinya dahulu. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong, barulah beralih ke payudara yang digemarinya.
  • Menyusu di bilik gelap dan dalam keadaan sunyi.
  • Susukan sambil menghayun lembut bayi dalam dakapan.
  • Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu tidak lancar.
Sumber artikel: Pa&Ma, Disember 2014, m/s 70 & 72

Semoga perkongsian melalui pembacaan saya ini dapat membantu ramai ibu yang mengalami masalah ini. Menyusukan anak ni memang perkara yang menyeronokkan bagi saya. Ikatan antara ibu dan anak memang kuat. 


Jom like page kami di Famili Comel Sihat

No comments:

Post a Comment