Akhir sekali, saya ingin share pembacaan saya tentang bagaimana para ibu yang menyusu menguruskan defrost stok susu beku.
Semasa saya mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Puteri, seorang nurse datang kepada saya dan menerangkan tentang penyusuan badan. Dia juga menerangkan tentang defrost stok susu beku ni. Bila cerita kat situ jek, memangla saya tak ingat, Nasib baik dia bagi sekali dengan flyers dan juga ada nombor telefon kaunselor laktasi. Makin bersemangat lak nak breastfeed baby masa tu.
Ok..ok..jom kita baca!!
Defrost stok susu beku
Susu ibu yang dibekukan perlu dicairkan mengikut suhu tertentu. Jika bekerja sebaiknya terangkan dengan teliti kepada pengasuh cara mencairkan stok susu beku tersebut.
Solusi:
- Keluarkan susu beku dari tempat beku dan letakkan di dalam peti sejuk bawah pada malam sebelumnya.
- Isi susu tersebut di dalam beg sejuk beku dan beri pada pengasuh untuk disimpan di dalam peti sejuk.
- Susu perlu dipanaskan di dalam air suam pada suhu 35 darjah Celcius sehingga 45 darjah Celcius.
- Sebaiknya ibu bekalkan alat pemanas kepada pengasuh. Memanaskan di dapur atau ketuhar boleh mematikan antibodi di dalam susu.
- Susu yang dicairkan perlu diminum dalam tempoh 1 jam dan ia tidak boleh dibekukan semula.
Sumber: Pa&Ma, Disember 2014, m/s 70&72
Haaa....dulu saya sanggup tau beli pemanas susu sekali, sebab nak pastikan suhu adalah bertepatan. Dan pastinya saya tak nak la antibodi dalam susu tu musnah. Pelaburang yang pastinya berbaloi sebab saya boleh panaskan makanan Ashraf dalam tu jugak.
Jom like page kami di Famili Comel Sihat
No comments:
Post a Comment