Sambungan dari post semalam, hari ini saya akan share berkenaan dengan masalah bengkak susu. Dulu, tipu lah kalau saya katakan saya tidak mengalami sebarang masalah bengkak susu. Pada awal selepas kelahiran bayi, saya mengalami masalah bengkak susu sehingga rasa nak demam. Memang tertekan dibuatnya. Pada masa tu, ilmu pun masih kurang. Tetapi, Alhamdulillah, semasa saya melahirkan Ashraf, begitu ramai orang yang memberikan nasihat dan membantu saya dalam menjayakan penyusuan itu.
Selamat membaca!!
Masalah Bengkak Susu
Punca:
Bengkak susu berlaku apabila payudara tersumbat. Ia boleh berlaku apabila ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Kesannya payudara akan menjadi hangat, bengkak dan keras. Seterusnya ibu akan berasa sakit, tidak sihat dan demam.
Solusi:
- Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam
- Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.
- Teruskan menyusu badan setiap dua jam sekali.
- Kerap pam susu dua jam sekali (jika tidak menyusu badan atau bayi tidak bangun menyusu)
Sumber: Pa & Ma Disember 2014, m/s 70 & 72
Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa saya terkena bengkak susu dahulu. Kemungkinan saya masih tidak mahir menyusukan bayi saya dan itu menyebabkan bengkak susu terjadi. Saya telah diberi nasihat oleh seorang rakan saya yang merupakan seorang Kauselor Laktasi supaya mandi air suam. Di samping itu dia juga mencadangkan supaya saya membuat kaedah marmet untuk mengeluarkan susu tersebut. Alhamdulillah, keesokan harinya, bengkak susu beransur pulih. Rasa nak demam tu, saya amalkan banyak minum air kosong dan juga makan vitamin C. Para ibu bagaimana pula?
Jom like page kami di Famili Comel Sihat
No comments:
Post a Comment