Kali ini saya ingin berkongsi tentang masalah dan solusi dalam penyusuan susu ibu. Pastinya ramai para ibu di luar sana menghadapi pelbagai masalah dan memerlukan solusi untuk permasalahan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hazarina Ishak (Kaunselor Laktasi) atas perkongsian beliau di dalam majalah Pa&Ma Disember 2014 m/s 70&72.
Selamat membaca!!
Penyusuan susu ibu adalah proses semula jadi. Namun, dalam tempoh dua minggu pertama kebanyakan ibu menghadapi kesukaran menyusukan bayi lebih-lebih lagi di kalngan ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi. Berikut dipaparkan beberapa masalah penyusuan yang dihadapi sesetengah ibu dan solusinya seperti mana yang dikongsikan bersama Hazrina Ishak, Kaunselor Laktasi Lunatots.
Payudara tersumbat dan susu tidak keluar
Punca:
Hal ini berlaku kerana payudara tidak dikosongkan setiap kali bayi menyusu. Payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya mungkin kerana lekapan semasa menyusu tidak betul, bra ditarik atas tanpa membuka kancing.
Solusi:
- Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.
- Pam susu setiap dua jam sekakli. Atau gunakan kaedah memerah menggunakan tangan (teknik marmet)
- Caranya, pastikan tangan bersih mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam.
- Massage: Gunakan cari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung ketiak ke areola.
- Stroke: Gunakan kelima-lima jari tangan dan tekan payudara dengan lembut.
- Shake: Condongkan badan ke depan, goyang dada secara lembut. Ini akan merangsang pengeluaran susu.
- Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari 1 cm dari areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola.
- Tekan payudara secara lembut ke arah dada.
- Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong. Ulang langkah yang sama untuk sebelah payudara lagi.
- Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.
Esok saya akan kongsikan lagi masalah dan solusi untuk penyusuan susu ibu.
Jemput like page kami di Famili Comel Sihat
No comments:
Post a Comment