Da masuk bahagian ketiga dah yer. Dan ini adalah bahagian terakhir untuk Bab Penyusuan Susu Ibu.
Kali ni, pembacaan saya ni lebih kepada perancangan awal untuk ibu bekerja yang ingin melakukan perahan. Saya faham, ramai ibu yang ingin memberi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, pelbagai perkara yang mereka perlu lakukan sebelum naik kerja semula.
Bekerja atau tidak, itu tidak menjadi penghalang untuk kita tidak menyusukan bayi kita secara eksklusif. Sering menimba ilmu, sering bertanya kepada yang pakar, adalah salah satu caranya untuk merealisasikan impian seorang ibu yang menyusukan bayi.
Saya pun ada membuat persediaan seperti memerah susu untuk dijadikan stok semasa Ashraf dihantar ke rumah pengasuh. Tetapi akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menjaga Ashraf di rumah sendiri dengan mengambil Cuti Menjaga Anak. Dan sehingga sekarang, sudah hampir genap setahun saya tidak bekerja, rasa seronok pulak menjaga anak sendiri. Peluang yang ada ini saya tidak sia-siakan. Saya tetap menyusukan Ashraf walaupun sibuk dengan tugas seharian sebagai seorang ibu dan juga bekerja membuat bisnes di rumah.
Baiklah, panjang pulak ceritanya yer.
Saya ingin berkongsi pembacaan saya iaitu berkenaan dengan
"Perancangan Awal Untuk Ibu Bekerja Yang Ingin Melakukan Perahan".
Bila harus memulakan perahan
Penyusuan susu ibu hendaklah dilakukan mengikut kehendak bayi. Anda dinasihatkan berlatih memerah susu 2 (dua) minggu selepas kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan perahan susu pada bila-bila masa dan secepat mungkin mengikut keperluan atau keselesaan anda (contoh: bengkak payudara, susu berlebihan)
Persediaan untuk memerah susu
1. Ibu perlu bersedia dari segi psikologi
- perlu yakin
- kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan
- perlu fikir perkara yang indah tentang bayi
2. Ibu perlu bersedia secara praktikal:
- bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu
- lihat gambar, video atau suara rakaman bayi
- minum minuman suam yang melegakan - elakkan minum kopi / teh
- tuam atau urut payudara
- rangsang puting dengan cara gentel dengan jari
- dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2-3 minit.
Semoga melalui sedikit perkongsian saya ini dapat membantu serba sedikit ibu-ibu yang menyusukan bayi meneruskan misi mereka. Sesungguhnya itu adalah hak anak-anak anda sehingga mereka berusia 2 tahun. Semoga ibu-ibu sukses!! Amin....
Alhamdulillah...rezeki Ashraf untuk dijaga oleh mama sendiri... |
Jemput like page kami di
No comments:
Post a Comment