Wednesday, November 26, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Terakhir)

Akhir sekali, saya ingin share pembacaan saya tentang bagaimana para ibu yang menyusu menguruskan defrost stok susu beku. 

Semasa saya mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Puteri, seorang nurse datang kepada saya dan menerangkan tentang penyusuan badan. Dia juga menerangkan tentang defrost stok susu beku ni. Bila cerita kat situ jek, memangla saya tak ingat, Nasib baik dia bagi sekali dengan flyers dan juga ada nombor telefon kaunselor laktasi. Makin bersemangat lak nak breastfeed baby masa tu.

Ok..ok..jom kita baca!!

Defrost stok susu beku
Susu ibu yang dibekukan perlu dicairkan mengikut suhu tertentu. Jika bekerja sebaiknya terangkan dengan teliti kepada pengasuh cara mencairkan stok susu beku tersebut.

Solusi: 

  • Keluarkan susu beku dari tempat beku dan letakkan di dalam peti sejuk bawah pada malam sebelumnya.
  • Isi susu tersebut di dalam beg sejuk beku dan beri pada pengasuh untuk disimpan di dalam peti sejuk.
  • Susu perlu dipanaskan di dalam air suam pada suhu 35 darjah Celcius sehingga 45 darjah Celcius.
  • Sebaiknya ibu bekalkan alat pemanas kepada pengasuh. Memanaskan di dapur atau ketuhar boleh mematikan antibodi di dalam susu.
  • Susu yang dicairkan perlu diminum dalam tempoh 1 jam dan ia tidak boleh dibekukan semula.
Sumber: Pa&Ma, Disember 2014, m/s 70&72

Haaa....dulu saya sanggup tau beli pemanas susu sekali, sebab nak pastikan suhu adalah bertepatan. Dan pastinya saya tak nak la antibodi dalam susu tu musnah. Pelaburang yang pastinya berbaloi sebab saya boleh panaskan makanan Ashraf dalam tu jugak.

Jom like page kami di Famili Comel Sihat


Tuesday, November 25, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Ketujuh)

Keratan artikel seterusnya adalah berkaitan dengan penyimpanan stok sus. Ramai ibu yang bekerja perlu menyimpan stok susu sebelum naik kerja. Malah ada yang merungut tidak cukup stok susu sehingga terpaksa menggantikan dengan susu formula. 
Jom baca artikel ni!!

Penyimpanan stok susu
Ibu boleh mula memerah susu dua minggu selepas kelahiran bayi. Bagi ibu yang bekerja memerlukan stok susu simpanan untuk bayi sebaik sahaja mula bekerja. Namun, masih ramai ibu yang tidak faham bagaimana cara terbaik membuat stok simpanan susu di rumah.

Solusi:
  • Pam setiap tiga jam sekali apabila bayi tidur. Jika bayi terjaga, dahulukan bayi dan sambung pam susu selepas bayi disusukan.
  • Simpan susu dalam botol atau plastik keras.
  • Labelkan tarikh susu dipam
  • Jika bekerja, pam susu di waktu pagi dan simpan dalam beg sejuk beku yang mempunyai pek ais yang tahan 12 jam. Pam juga pada waktu tengah hari dan petang. Simpan stok susu perahan di dalam peti sejuk beku apabila tiba di rumah.
  • Susu yang disimpan dalam peti sejuk tahan sehingga tiga bulan
  • Susu yang disimpan di dalam peti sejuk bawah tahan selama lima hari, tetapi selepas itu perlu disimpan ke dalam peti sejuk beku agar tahan lebih lama.
Sumber: Pa&Ma, Disember 2014, m/s 70 & 72

Sebelum ni saya da ada share pembacaan saya dalam sebuah buku berkenaan dengan ibu yang bekerjaya tetapi masih menyusukan bayi. Anda boleh baca di sini yer: penyusuan-susu-ibu-bahagian-3


Monday, November 24, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Keenam)

Perkara ni saya belum alami lagi. Masih ada hampir setahun lagi perjalanan yang saya perlu tempuhi untuk penyusuan Ashraf ni. Artikel ini membincangkan tentang anak tidak mahu putus susu.

Sebelum ni, pernah jugak dengar rakan-rakan sekerja share tentang cara mereka putus susu dengan anak mereka. Ada yang letak sirap pada payudara dengan mengatakan itu darah. Macam-macam tips mereka ceritakan kepada kami pada waktu itu. Saya hanya mendengar sahaja kerana saya memang takde pengalaman putus susu dengan ketiga-tiga orang anak saya. Tapi dengan Ashraf ni, rasa sedih pulak bila fikirkan saat-saat putus susu tu nanti. Jadi saya kena enjoy setiap moment dengan Ashraf!!

Jom baca!!

Anak tidak mahu putus susu
Digalakkan menyusu sehingga anak berusia dua tahun. Namun, kadang-kala ada anak yang tidak mahu putus susu. Tidak mahu puting sebaliknya mahu melekap pada payudara.

Solusi:
Tidak menjadi masalah sekiranya ibu dan anak mahu mengamalkan extended breastfeeding. Ia bagus untuk bonding antara ibu dan anak. Sekiranya ibu memutuskan untuk menghentikan penyusuan, lakukannya secara perlahan.

Sumber: Pa & Ma, Disember 2014, m/s 70 & 72

Wah! Lepas baca artikel ni, rasa semangat tu memang ada. Takkan berhenti sehingga tiba waktu yang sesuai. Dan bukannya secara drastik untuk menghentikan penyusuan.

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Sunday, November 23, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Kelima)

Hari ni nak cerita pulak tentang suplemen. Ramai yang salah sangka, makan suplemen atau penggalak susu, terus dapat susu banyak. Dulu saya pun berfikiran macam ni. Sehinggalah saya mengalami sendiri...baru lah saya sedar dan nampak, bahawa, apabila tubuh badan kita sihat dan cukup nutrien, penghasilan susu juga semakin baik. Begitu pentingnya nutrien yang mencukupi bagi seorang ibu yang menyusukan bayi. Dan betapa pentingnya pemahaman seorang ibu tentang konsep supply and demand. Bukannya makan suplemen atau penggalak susu sahaja, susu terus banyak.

Masih ragu-ragu dengan penyataan saya? Jom kita baca hasil pembacaan saya berkenaan dengan penyusuan susu ibu ini.

Suplemen perbanyakkan susu
Amalan menggunakan suplemen adalah bagus untuk kesihatan ibu. Badan yang sihat dan bertenaga membantu penghasilan susu yang baik. Badan yang letih, akan membuatkan pengeluaran susu berkurangan.

Solusi: 
Sekiranya ibu mengamalkan penggalak susu, ia masih bergantung kepada kekerapan mengepam. Berbalik kepada bekalan dan permintaan. Lebih kerap ibu menyusukan bayi, lebih banyak susu dihasilkan.

Sumber: Pa & Ma, Disember 2014, m/s 70 & 72

Jadi, macam mana para ibu? Masih lagi percaya bahawa suplemen atau penggalak susu 100% menjadikan susu anda banyak? Ingat ya, suplemen ini dimakan untuk melengkapkan keperluan nutrien di dalam tubuh badan kita. Apabila badan sihat, pengeluaran susu juga lancar. Tak lupa juga pada konsep bekalan dan permintaan. Rajinkan diri untuk mengepam, bukannya tunggu payudara membengkak baru pam. Dan bila da sampai rumah tu, penyusuan secara direct adalah yang terbaik. Suction baby lagi kuat tau dari suction pam susu tu, tak kiralah harganya paling mahal ker, suction baby adalah yang terbaik!!


Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Saturday, November 22, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Keempat)

Semalam saya da share berkenaan dengan masalah dan solusi untuk bayi yang menyusu sebelah sahaja. Hari ni, saya akan share pembacaan saya tentang masalah susu kurang. Haaaa... ni la masalah yang selalu para ibu yang menyusu alami. Sehinggakan ada yang tanya tips untuk banyakkan susu, cari produk untuk banyakkan susu dan macam-macam lagi. Jom kita sama-sama baca keratan pendek artikel ini.

Masalah Susu Berkurang

Tidak cukup susu atau susu berkurang sering menjadi alasan menghentikan penyusuan bayi, atau menambah menggunakan susu formula kepada bayi.

Punca:
Masalah ini disebabkan kurang stimulasi pada payudara menyebabkan kurang susu dihasilkan. Selain itu, ia boleh juga disebabkan kelaziman ibu menunggu sehingga payudara dirasakan bengkak barulah bertindak untuk mengepam susu.

Solusi:
Susu berkait rapat dengan demand dan supply (bekalan dan permintaan). Makin kerap bayi menyusu atau susu dipam, makin banyak susu dihasilkan. Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi. Pastikan bayi melekap dengan betul dan menyusu dari kedua-dua belah payudara.

Sumber: Pa&Ma, Disember 2014, m/s 70&72

Ramai yang tau konsep demand dan supply, tapi kurang mempraktikkannya dengan pelbagai alasan. Tanamkan niat anda untuk menyusu bayi selama 2 tahun, Inshaa Allah, akan dipermudahkan. Jangan lupa konsep demand dan supply tu penting tau!!

Pastu, pastikan bayi melekap dengan betul. Kalau tak, nanti jadilah macam saya, rasa sakit jek puting setiap kali menyusu bayi kerana saya tidak meletakkan mulut bayi pada posisi yang betul. Lepas da selalu search dalam google berkenaan dengan penyusuan, barulah saya nampak dan tahu cara posisi yang tepat.

Jangan stress yer mommy, Inshaa Allah segala urusan bakal dipermudahkan. Selamat menyusu!!

Ashraf masih menyusu lagi sehingga sekarang.. Alhamdulillah....

Friday, November 21, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Ketiga)

Pernah tak para ibu mengalami yang bayi hanya suka menyusu kat sebelah payudara jek? Saya pun ada mengalami masalah ni. Bila baca artikel ni, barulah saya faham kenapa dan saya akan praktikkan solusi dan tips yang dikongsikan di dalam artikel ni nanti. Jangan pulak fikir, susu kat sebelah tak sedap, susu kat sebelah rasa tawar dan macam-macam lagi. Jom kita baca hasil pembacaan saya ni. Semoga semua ibu mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Bayi menyusu sebelah sahaja
Bayi mungkin hanya suka menyusu di sebelah bahagian payudara sahaja sehingga ibu menjadi tidak selesa.

Punca:
Bayi cenderung mengiring ke arah yang sama semasa menyusu. Berkemungkinan payudara tersebut mengeluarkan susu lebih lancar berbanding yang satu lagi. Susu berkurang juga boleh menjadi punca. Selain itu, masalah kecederaan atau sikap ibu itu sendiri yang hanya menggemari salah satu payudara.

Solusi:
Usah alih posisi penyusuan bayi. Sebaliknya, ibu hanya perlu mengubah kedudukan bayi. Sekiranya bayi mengiring ke kanan, tetap mengiringkan bayi ke kanan apabila mengubah payudara. Gunakan posisi football hold semasa menyusukan bayi.

Tip: Posisi betul penyusuan bayi
Craddle hold, Football hold, Cross craddle hold, Lying down (baring)
Sumber: weblogixinc.com

Tip: Cara memujuk bayi
  • Bayi perlu dipujuk dan teknik mengembalikan minatnya menyusu di sebelah payudara yang tidak digemarinya amat penting.
  • Susukan bayi ketika dia baru bangun dari tidur. Dalam keadaan mengantuk dia akan mudah memberi kerjasama.
  • Mulakan penyusuan dari sebelah payudara yang kurang digemarinya dahulu. Ubah posisi kepala bayi ketika menyusu. Setelah payudara kosong, barulah beralih ke payudara yang digemarinya.
  • Menyusu di bilik gelap dan dalam keadaan sunyi.
  • Susukan sambil menghayun lembut bayi dalam dakapan.
  • Buat urutan pada payudara yang tidak digemari. Mungkin aliran pengeluaran susu tidak lancar.
Sumber artikel: Pa&Ma, Disember 2014, m/s 70 & 72

Semoga perkongsian melalui pembacaan saya ini dapat membantu ramai ibu yang mengalami masalah ini. Menyusukan anak ni memang perkara yang menyeronokkan bagi saya. Ikatan antara ibu dan anak memang kuat. 


Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Thursday, November 20, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah dan Solusi (Bahagian Kedua)


Sambungan dari post semalam, hari ini saya akan share berkenaan dengan masalah bengkak susu. Dulu, tipu lah kalau saya katakan saya tidak mengalami sebarang masalah bengkak susu. Pada awal selepas kelahiran bayi, saya mengalami masalah bengkak susu sehingga rasa nak demam. Memang tertekan dibuatnya. Pada masa tu, ilmu pun masih kurang. Tetapi, Alhamdulillah, semasa saya melahirkan Ashraf, begitu ramai orang yang memberikan nasihat dan membantu saya dalam menjayakan penyusuan itu.

Selamat membaca!!

Masalah Bengkak Susu

Punca:
Bengkak susu berlaku apabila payudara tersumbat. Ia boleh berlaku apabila ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Kesannya payudara akan menjadi hangat, bengkak dan keras. Seterusnya ibu akan berasa sakit, tidak sihat dan demam.

Solusi:
  • Ambil sesuatu yang dapat mengurangkan demam
  • Tuam payudara dengan menggunakan tuala basah yang suam bagi menghilangkan rasa sakit.
  • Teruskan menyusu badan setiap dua jam sekali.
  • Kerap pam susu dua jam sekali (jika tidak menyusu badan atau bayi tidak bangun menyusu)

Sumber: Pa & Ma Disember 2014, m/s 70 & 72

Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa saya terkena bengkak susu dahulu. Kemungkinan saya masih tidak mahir menyusukan bayi saya dan itu menyebabkan bengkak susu terjadi. Saya telah diberi nasihat oleh seorang rakan saya yang merupakan seorang Kauselor Laktasi supaya mandi air suam. Di samping itu dia juga mencadangkan supaya saya membuat kaedah marmet untuk mengeluarkan susu tersebut. Alhamdulillah, keesokan harinya, bengkak susu beransur pulih. Rasa nak demam tu, saya amalkan banyak minum air kosong dan juga makan vitamin C. Para ibu bagaimana pula?

Jom like page kami di Famili Comel Sihat

Wednesday, November 19, 2014

Penyusuan Susu Ibu: Masalah VS Solusi (Bahagian Pertama)

Seronok pulak nak berkongsi dengan para ibu di luar sana berkenaan dengan pembacaan saya ni. Walaupun saya tau ramai para ibu di luar sana ada membeli majalah Pa & Ma, tapi saya ingin abadikan di dalam blog saya ni supaya pada suatu hari nanti, para ibu muda yang mencari-cari info boleh dapatkan di blog atau facebook saya.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang masalah dan solusi dalam penyusuan susu ibu. Pastinya ramai para ibu di luar sana menghadapi pelbagai masalah dan memerlukan solusi untuk permasalahan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Puan Hazarina Ishak (Kaunselor Laktasi) atas perkongsian beliau di dalam majalah Pa&Ma Disember 2014 m/s 70&72.

Selamat membaca!!

Penyusuan susu ibu adalah proses semula jadi. Namun, dalam tempoh dua minggu pertama kebanyakan ibu menghadapi kesukaran menyusukan bayi lebih-lebih lagi di kalngan ibu yang baru pertama kali melahirkan bayi. Berikut dipaparkan beberapa masalah penyusuan yang dihadapi sesetengah ibu dan solusinya seperti mana yang dikongsikan bersama Hazrina Ishak, Kaunselor Laktasi Lunatots.

Payudara tersumbat dan susu tidak keluar

Punca: 
Hal ini berlaku kerana payudara tidak dikosongkan setiap kali bayi menyusu. Payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya mungkin kerana lekapan semasa menyusu tidak betul, bra ditarik atas tanpa membuka kancing.

Solusi:

  • Tuam payudara menggunakan tuala basah yang suam bagi melegakan sakit.
  • Pam susu setiap dua jam sekakli. Atau gunakan kaedah memerah menggunakan tangan (teknik marmet)
  • Caranya, pastikan tangan bersih mula memerah. Tekap payudara dengan tuala kecil yang direndam dengan air suam.
  • Massage: Gunakan cari telunjuk dan tengah dan urut dengan gerakan membulat dari hujung ketiak ke areola.
  • Stroke: Gunakan kelima-lima jari tangan dan tekan payudara dengan lembut.
  • Shake: Condongkan badan ke depan, goyang dada secara lembut. Ini akan merangsang pengeluaran susu.
  • Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari 1 cm dari areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola.
  • Tekan payudara secara lembut ke arah dada.
  • Picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu. Lepaskan dan ulang sekali lagi sehingga payudara kosong. Ulang langkah yang sama untuk sebelah payudara lagi.
  • Lebih mudah mencari liang susu yang tersumbat dengan cara membersihkan payudara anda.

Esok saya akan kongsikan lagi masalah dan solusi untuk penyusuan susu ibu.

Jemput like page kami di Famili Comel Sihat

Tuesday, November 18, 2014

5 posisi tidur yang sesuai

Sepanjang mengandung keempat-empat orang anak sebelum ni, posisi tidur memang peranan penting dalam mendapatkan keselesaan semasa tidur. Dan, jangan tak tau pulak yang posisi tidur ini pun penting tau untuk diri ibu mengandung dan bayi yang dikandung.

Jom kita baca keratan kecil artikel ini.

Tidur mengiring merupakan posisi paling sesuai untuk wanita mengandung sama ada mengiring ke kiri atau ke kanan. Antara kebaikan tidur mengiring bagi wanita mengandung ialah:

  1. Bayi mendapat oksigen dan nutrien yang maksima dari plasenta.
  2. Mengurangkan masalah bengkak kaki, pergelangan kaki dan tangan.
  3. Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah.
  4. Risiko bayi yang mati dalam kandungan rendah.
  5. Mengiring ke sebelah kanan mengikut sunah Rasulullah.

Sumber: Pa & Ma Disember 2014 m/s 62

Haaaaa....para ibu mengandung, amalkan tidur mengiring lepas ni yer...kerana tidur mengiring ni merupakan posisi paling sesuai untuk wanita mengandung. Alhamdulillah sepanjang mengandung anak-anak saya sebelum ni, saya mengamalkan tidur mengiring.

Wajah insan-insan yang saya sayangi hingga ke syurga

Monday, November 3, 2014

Ikan Laut Air Dalam


American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Prize, telah menemui satu rahsia: Penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.

Orang Eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghidapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. Manakala, kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara, yang bekerja sebagai pemburu, dan makanan utama mereka ialah daging yang mengandungi banyak kolestrol, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.

Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan: ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi, iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Sumber: uspandy.blogspot.com
Haaaa....da baca kan?? Penting kan makan ikan dari air laut ni sebab ikan dari air laut mengandungi asid lemat tidak tepu yang sangat tinggi yang boleh merendahkan lemak dalam darah. Jadi, di sini, saya ingin kongsikan produk yang menarik yang pastinya mengandungi omega-3 yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita iaitu... OMEGA GUARD!!

Seorang kawan saya yang pernah bekerja di sebuah farmasi menasihatkan saya supaya makan minyak ikan setiap hari kerana ia bagus untuk salur darah kita dan juga untuk paru-paru kita. Mungkin sekarang kita masih leka, tapi jangan sampai terkena baru nak mula mengubati. Cegah sebelum terkena!!


Berminat?
Email kami di
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@whatsapp@telegram)
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di



Sunday, November 2, 2014

Penyusuan Susu Ibu (Bahagian 3: Bahagian Terakhir)

Da masuk bahagian ketiga dah yer. Dan ini adalah bahagian terakhir untuk Bab Penyusuan Susu Ibu.

Kali ni, pembacaan saya ni lebih kepada perancangan awal untuk ibu bekerja yang ingin melakukan perahan. Saya faham, ramai ibu yang ingin memberi yang terbaik untuk anak-anak mereka. Oleh itu, pelbagai perkara yang mereka perlu lakukan sebelum naik kerja semula.

Bekerja atau tidak, itu tidak menjadi penghalang untuk kita tidak menyusukan bayi kita secara eksklusif. Sering menimba ilmu, sering bertanya kepada yang pakar, adalah salah satu caranya untuk merealisasikan impian seorang ibu yang menyusukan bayi.

Saya pun ada membuat persediaan seperti memerah susu untuk dijadikan stok semasa Ashraf dihantar ke rumah pengasuh. Tetapi akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menjaga Ashraf di rumah sendiri dengan mengambil Cuti Menjaga Anak. Dan sehingga sekarang, sudah hampir genap setahun saya tidak bekerja, rasa seronok pulak menjaga anak sendiri. Peluang yang ada ini saya tidak sia-siakan. Saya tetap menyusukan Ashraf walaupun sibuk dengan tugas seharian sebagai seorang ibu dan juga bekerja membuat bisnes di rumah.

Baiklah, panjang pulak ceritanya yer.

Saya ingin berkongsi pembacaan saya iaitu berkenaan dengan

"Perancangan Awal Untuk Ibu Bekerja Yang Ingin Melakukan Perahan".

Bila harus memulakan perahan
Penyusuan susu ibu hendaklah dilakukan mengikut kehendak bayi. Anda dinasihatkan berlatih memerah susu 2 (dua) minggu selepas kelahiran bayi. Walau bagaimanapun, anda boleh melakukan perahan susu pada bila-bila masa dan secepat mungkin mengikut keperluan atau keselesaan anda (contoh: bengkak payudara, susu berlebihan)

Persediaan untuk memerah susu
1. Ibu perlu bersedia dari segi psikologi

  • perlu yakin
  • kurangkan punca kesakitan atau kebimbangan
  • perlu fikir perkara yang indah tentang bayi

2. Ibu perlu bersedia secara praktikal:

  • bersendirian atau bersama kawan yang boleh membantu
  • lihat gambar, video atau suara rakaman bayi
  • minum minuman suam yang melegakan - elakkan minum kopi / teh
  • tuam atau urut payudara
  • rangsang puting dengan cara gentel dengan jari
  • dapatkan pembantu untuk mengurut belakang selama 2-3 minit.

Semoga melalui sedikit perkongsian saya ini dapat membantu serba sedikit ibu-ibu yang menyusukan bayi meneruskan misi mereka. Sesungguhnya itu adalah hak anak-anak anda sehingga mereka berusia 2 tahun. Semoga ibu-ibu sukses!! Amin....

Alhamdulillah...rezeki Ashraf untuk dijaga oleh mama sendiri...

Jemput like page kami di

Thursday, October 30, 2014

Ambil Makanan Mata

Da dekat penghujung Oktober ni, rasa nak share setiap sudut pembacaan yang telah saya buat kebelakangan ni. Betul kata orang, semakin banyak membaca, semakin banyak ilmu yang kita perolehi. Makin syok pulak membaca ni. Kadang-kadang ada perkara kita dah tau, tapi kita terlupa nak amalkan.

Ok..ok...sekarang saya nak share tentang makanan untuk mata kita. Artikel ini telah ditulis oleh Noor Hidayah Shafiee untuk majalah iSihat Februari 2013. Wah!! Macam dah lama kan artikel ni. Tapi idea yang disalurkan cukup best dan saya rasa saya patut share info ni dengan semua. Selamat membaca!

Tip Doktor: Doktor Rozita Ahmad
Oleh: Noor Hidayah Shafiee

Ambil Makanan Mata

source: www.ghank.com
Mata satu anugerah Ilahi yang sangat bernilai. Menjadi antara organ tubuh yang sering kali terdedah dan diasak untuk melihat menjadikan mata kerap mengalami masalah dan sesekali disinggahi penyakit.

Jelas Dr. Rozita Ahmad, seorang Pakar Oftamologi dia mempunyai cara tersendiri menjaga kesihatan matanya. Secara jujurnya pakar ini mengakui tidak begitu menggemari pengambilan pil-pil vitamin, namun dia tetap memastikan kesihatan dan tahap penglihatannya terus berada dalam keadaan baik.

"Mata ini sangat mudah letih, lesu. Tamabhan pula kalau seseorang itu melihat sesuatu secara fokus dan dekat dalam satu tempoh masa yang lama. Jadi apa yang saya lakukan setiap setengah jam, saya mengalihkan pandangan pada satu tempat yang sejuk untuk dipandang."

"Biasanya tumbuhan berwarna hijau, pemandangan yang jauh dalam tempoh 10 hingga 15 minit sebelum meneruskan tugas yang memerlukan mata diasak lagi. Saya juga begitu menjaga pemakanan. Ambil hanya yang sihat dan makan makanan untuk mata iaitu yang tinggi antioksidan."

"Saya pastikan setiap hari atau paling tidak seminggu sekali makan sekurang-kurangnya sejenis buah dari keluarga beri. Tidak kiralah strawberi, raspberi atau apa sahaja. Kajian saintifik membuktikan beri tinggi antioksidan dan membantu membina sel-sel mata."

"Dan semua buah-buah ini saya ambil segar, bukan dikeringkan atau dijeruk," Katanya yang berbelas tahun merawat pelbagai penyakit mata namun hanya dua kali dia diserang sakit mata (konjunktiva)

Sumber: iSihat Februari 2013

Bagi yang tidak suka mengamalkan supplemen, pastikan anda makan buah dari keluarga beri yer seperti yang diamalkan oleh Doktor Rozita ni.

Saya pun nak share gak apa yang saya makan untuk menjaga mata saya ni. Saya lak mengamalkan makan Carotomax setiap hari. Hanya 1 biji sehari jek saya makan. Dan Carotomax ni memang bagus untuk mata kita.

Hanya 1 biji sehari sahaja

Semua pilihan terletak di tangan anda. Nak pilih yang mana satu. Janji anda pilih untuk hidup sihat kerana kesihatan itu amat berharga!!

Jom like page kami di



Wednesday, October 29, 2014

7 Jam Elak Tua

Naaaaa... apakah ini?
7 Jam Elak Tua??
Apa caranya tu??

My lil ashraf sedang diulit mimpi...

Dr Mehmet Oz dari Hospital Presbyterian New York dalam kajiannya mendapati hormon pertumbuhan manusia dihasilkan dengan lebih baik sekiranya seseorang individu itu mendapat tidur sekitar 7 JAM SEHARI. 
"Hormon ini merupakan komponen utama untuk fungsi tubuh yang sihat dan mengelakkan anda tua sebelum waktunya."

Sumber: iSihat Februari 2013

Haaaaa... jangan tak cukup tidur ya...biar kita nampak sentiasa muda...elak tua sebelum waktunya!

"Opssss.... saya ni dahlah suka sangat tidur lewat, pastu tidur pun kadang-kadang tak cukup...huhuhuhu....alamak!! Adakah saya da nampak tua sebelum waktunya?"

Hehehehehe...jadi..sekarang..JOM UBAH! itu pun jika anda nak elak tua sebelum waktunya....

Jom like page kami di

Penyusuan Susu Ibu (Bahagian 2)

Pembacaan demi pembacaan...

Terkejut jugak bila dapat tau ada bahayanya memberikan air dan susu formula kepada bayi kurang 6 bulan. Huhuhuhuhu

Sebab masa dapat anak pertama dulu, memang bagi air kosong dengan susu formula. Masa tu memang ceteknya ilmu penyusuan ni. Bila da baca buku ni, menitis air mata saya. Alhamdulillah...anak-anak saya masih dalam keadaan yang baik. Sesungguhnya Allah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari dari semasa ke semasa tentang perkara ini.

Dipertemukan dengan orang yang pakar dalam bidang penyusuan bayi, ditambah lagi dengan pelbagai perkongsian tentang penyusun di facebook. Tak kurang juga rakan sekerja yang membawa pam susu ke tempat kerja dan ini membuatkan saya berasa semakin ingin tahu. 

Benar kata orang, gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.

Saya gagal menyusukan 3 orang anak-anak saya untuk 2 tahun...Alhamdulillah...Ashraf masih lagi dapat minum air susu saya dengan berbekalkan semangat dan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada suami, pihak keluarga dan rakan-rakan.

Di sini saya kongsikan pembacaan saya...selamat membaca


Bahaya Air dan Susu Formula bagi Bayi Kurang 6 Bulan

  1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik.
  2. Tumbesaran bayi yang diberikan air akan terencat kepada perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat.
  3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. Ini akan mendedahkan bayi kepada cirit-birit.
  4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
  5. Bayi yang menghidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah lima minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, yang mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.

Keburukan susu botol
  1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selsema dan demam)
  2. Kesihatan ibu terjejas - risiko tinggi mendapat kanser payudara dan ovari
  3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan
  4. Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat makanan
  5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang
  6. Mudah tercemar
  7. Kegemukan
  8. Mudah mendapat cirit-birit
Sumber: Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya, Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Semoga melalui perkongsian ini, ramai para ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata dapat info tentang perkara ini. Tiada lain niat saya dalam berkongsi melainkan mahukan yang terbaik untuk si comel anda.

Jemput like page kami di 

Thursday, October 23, 2014

Penyusuan Susu Ibu (Bahagian Pertama)

Pengalaman menyusukan Ashraf adalah satu pengalaman yang amat berharga dan saya sentiasa kongsikan keseronokan menyusu Ashraf dengan ramai orang. Tiada harapan lain yang ingin saya sampaikan melainkan kebaikan menyusu ini.

Di sini saya ingin berkongsi pembacaan saya dengan semua..

"Mengapa Perlu Menyusu Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama Bayi?"

My dear Ashraf semasa baru melihat dunia


Faedah-faedah susu ibu untuk bayi
  • Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
  • Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
  • Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta salurang pernafasan.
  • Mengurangkan risiko kepada alahan.
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang masalah pergigian dan ortondik
  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.
  • Menggalakkan tumbesaran.
  • Penghadaman yang mudah.
My dear Ashraf semasa majlis bercukur jambul


Faedah-faedah susu ibu untuk ibu
  • Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran
  • Menjimatkan masa dan wang
  • Mudah dan tidak perlu persediaan
My dear Ashraf da 1 tahun 1 bulan


Kepentingan penyusuan sepenuhnya (Eksklusif)
  • Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu
  • Tidak memberi puting tiruan kepada bayi (pacifier)
  • Berikan penyusuan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari
  • Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi.
  • Mengurangkan alahan
  • Menjaga kesihatan bayi dan ibu.
  • Mengelakkan bengkak payudara
  • Mengeratkan kasih sayang.
Sumber: Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya, Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur

Pada mulanya, saya melihat penyusuan eksklusif selama 6 bulan sebagai satu kesukaran untuk saya lakukan...tapi Alhamdulillah...dengan motivasi dan berkawan dengan pakar penyusuan, Noorfazila Binti Abdul Rahman..saya berjaya walaupun saya pernah gagal untuk 3 orang anak saya sebelum ni. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Rezeki saya untuk bertemu dengan orang yang tepat,...

Diharapkan agar semua para ibu yang mengandung dan bakal melahirkan bayi dapat menunaikan amanah kita dengan sebaik-baiknya. Gagal berkali-kali bukan bermakna saya akan gagal untuk selama-lamanya!!

Jemput like page kami di

PROMOSI BEST BULAN OKTOBER 2014!!

PROMOSI BEST!!

Awal bulan dikejutkan dengan berita best!!

Promosi ESP..SEKALI LAGI dalam tahun yang sama hokey!!

Berbunga-bunga hati omak!! Yela..promosi ESP ni jarang-jarang ader tau
Tahun lepas takder langsung!!

Tahun ni..dua kali?!

Haaa...memang tak boleh dilepaskan peluang!!!

Nak tau apa bestnyer ESP ni??

Jom kita layan video ni!!


Pssst...dulu masa mula-mula berkenalan dengan Shaklee..sy kenal ESP dulu...

Berminat?
Email kami di 
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di


Thursday, September 4, 2014

Tips Kurangkan Makan dan Sihat!! (Bahagian 4)

Sambungan:

Credit pic to www.ethiofreedom.com


Tips 4: Pelbagaikan Daging Organik

Kalau sebut daging organik ni, kita memang dah sedia maklum, daging organik ni selamat untuk dimakan. Haiwan tersebut tidak disuntik dan diberikan makanan yang berkhasiat. Dan sudah pasti harganya mahal!! Tapi, daging organik juga dapat membantu anda untuk hidup sihat!

Bagi yang gemar makan daging, hidangan cara memanggang cukup selamat serta sihat. Tetapi, pastikan hanya mengambil 100 gram daging yang mana ia membekalkan 148 kalori dan 4 gram lemak. Kemudian anda boleh tambah hidangan tadi dengan daging tanpa lemak seberat 26 gram. Percayalah, menu ini sudah memadai dan tidak perlu lagi tambahan pemanis mulut.

Haaaa....cer timbang berapa gram daging organik yang anda ambil pada hari tersebut. Selamat mengira!!

Jom like page kami di

Tuesday, September 2, 2014

Tips Kurangkan Makanan dan Sihat!! (Bahagian 3)

Sambungan:

Credit pic to happinessguru.wordpress.com
Tips 3: Gembira = Kekal Kurus

Ada yang rasa..."susahnyaaaaa nak maintan kurus ni". Sehinggakan TAKUT nak naik penimbang tu!!

Mengekalkan berat badan bukanlah terlalu sukar. Anda cuma perlu lakikan sesuatu perkara yang mampu membuatkan anda tersenyum ceria. Menurut saintis dari Brazil, apabila anda gembira, hormon serotonin atau dikenali sebagai hormon gembira mampu mengurangkan selera makan. Lebih menguntungkan hormon ini juga merangsang tubuh untuk membakar lebih banyak lemak berlebihan!!

Wah! Ini sudah marvellous!! Kalau macam ni la infonyer...memang kena gembira ari-ari ni!! Hormon serotonin...hormon gembira! Gembirakan hati...jangan banyak sangat fikir masalah. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya!!

*sumber: WANITA Jun 2014

Jom like page kami di

Monday, September 1, 2014

Tips Kurangkan Makanan dan Sihat!! (Bahagian 2)

Sambungan:

Credit pic to www.marimethod.com


Tips 2: Makan Bersama Wanita

Wah!! Tips apakah ini? Jom kita baca.
Berdasarkan kajian Universiti New York, lelaki hanya akan makan 37 peratus lebih sedikit jika ditemani teman wanita atau isteri berbanding jika mereka keluar makan bersama teman-teman.

Kalau la btol kajian ni, ari-ari kena mintak hubby temankan I makan...ekekekekekeke

*sumber: WANITA Jun 2014

Jom like page kami di

Sunday, August 31, 2014

Tips Kurangkan Makanan Dan Sihat!! (Bahagian 1)

Kalau cakap tentang menjaga kesihatan, memang macam-macam feedback yang kita terima. Paling banyak adalah 1001 kepayahan nak menjaga kesihatan. Alasan tak dapat nak menjaga kesihatan tu memang bertingkek-tingkek. Sibuk, tekanan, makanan yang sama setiap hari, penat dan macam-macam lagi diberikan sebagai alasan untuk tidak menjaga kesihatan.
Jadi, bila alasan sebegini diberikan, penyakit pun semakin meningkat!! Kesihatan terabai, kepentingan menjadi insan yang sihat pun tak dipandang langsung.

Haaaa... ni ada beberapa tips untuk anda semua yang boleh anda lakukan. Simple jek pun. Kurangkan makanan, automatik anda juga boleh menjadi sihat!!


Credit pic to blog.bradleygauthier.com

Tips 1: Bangun Awal

Eh!! Yeker bangun awal boleh menjadi sihat??
Terkejutkan?  Tapi inilah hakikatnya!
Ia dibuktikan oleh Universiti Northwestern, Amerika Syarikat. Melalui kajian dari universiti ini mendapati indivudu bangun lewat pada pukul 8.00 pagi dan ke atas akan mengambil diet tinggi kalori. Mereka juga dikesan akan makan malam dengan hidangan berat yang mengandungi 200 sehingga 375 kalori lebih banyak dari biasa!!

Tips seterusnya...tungguuuuuuuuuuu

*sumber: Wanita Jun 2014

Jemput like page kami di

Monday, August 18, 2014

Segar Di Tempat Kerja



Pernah tak satu hari tu, anda rasa mengantuk sangat, pastu anda berharap sangat, masa tu, anda sedang berada di atas tilam yang empuk...daripada mengadap komputer yang memeningkan kepala tu?

Meh baca ni! Tak mau ngantuk masa kerja!

Bergerak..dan Bergerak...dan Bergerak!
Kalo da rasa semacam tu, jalan-jalanlah dalam ofis tu. Pergi ke tandas, cuci muka tu. Kalau tak pun, ucap hai kat rakan sekerja masa tengah jalan-jalan tu. Kiranya berjalan-jalan ni macam exercise la. Bila kita kerap exercise, ia akan meningkatkan tenaga kita. Jika boleh, pergilah gym sebelum masuk bekerja. Kalau tak pun, boleh pegi jogging kat taman bunga ker. Dan anda pasti rasa perubahannya!!

Makan dengan Betul!
Bila lepas makan tengah hari, rasa mengantuk..rasa malas...ader tak? ader tak?? Ni gara-gara anda amik makanan yang memang berat sangat masa lunch tu.  Apa kata, time lunch, takyahlah berat sangat menu nyer. Kurangkan karbohidrat seperti nasi, mi, roti sebab pengambilan yang banyak tu ler yang menyebabkan anda mengantuk. Makanan yang ringan dan menyihatkan macam salad dengan makanan berprotein memang lebih menyihatkan daripada makan makanan yang berminyak!

Cahaya! Cahaya!
Duduk kat bilik yang malap jek lampunyer...memangla mengantuk. Romantik dan redup jek kata orang. Hello!! Awak tu kat tempat kerja!! Wake up! Wake up! Ngeh3x! Apa kata anda switch on lampu yang anda. Kasi tempat anda tu terang benderang sket. Kalau tak pun, anda duduklah kat tempat yang berdekatan dengan cermin supaya bila anda bukak tingkap jek, cahaya matahari trus membuatkan mata ngantuk tu terbukak!!!

Kejutkan deria anda!!
Kunyah gula-gula getah atau hisap gula-gula yang berangin. Gerakkan mulut anda pun boleh bantu anda untuk bangun tapi ini akan menggalakkan kepada mengunyah snek! Pilih snek yang berkhasiat seperti buah. Tau tak, buah anggur adalah yang terbaik untuk wakeup call. Anda boleh cuba untuk membakar minyak peppermint di atas oil burner. Cuba jangan tak cuba!!

Jom like page kami di
Famili Comel Sihat

Sunday, August 17, 2014

Kulit Glowing!!

Sapa laaa tak nak kulit glowing kan? 
Pastu jerawat pun takder...
Pastu bekas jerawat pun makin kurang...
Pastu  muka mula nampak makin licin..
Sapa tak nak kan???

Rasanya..semua nak!! Termasuklah saya!!

Nak kulit glowing...
Nak nampak "sedap mata memandang"
Hik3x!!
Tapi kalo saya yang bagi testimoni, orang cakap saya syok sendiri pulak!

Haaaa...ni testimoni dari seorang peminat tegar Vita-E Complex!!!
Dia hanya makan Vita-E Complex dan minum banyak air kosong!


Pssst: Sapa-sapa yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak, boleh bagi hubby makan Vita-E ni...
Hmmm...macam mana pulak boleh membantu para suami lak ek? Mari kita sembang-sembang k!!

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Saturday, August 16, 2014

GLA untuk WANITA

Ramai yang cakap.. GLA Complex ni khas untuk WANITA.
OPPPSSSSS
Jangan bagi info yang salah yer...
GLA Complex BUKAN sahaja untuk wanita...tetapi lelaki pun boleh makan tau!

Ramai orang dah tersalah anggap bahawa GLA hanyalah untuk wanita.

Meh baca ni....
Sebenarnya supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, iaitu hanya diperolehi dari makanan. 
GLA complex ni sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dan juga selepas menopaus dan andropause.

Andropause tu apa? 
Haaaa....itu ler menopaus lelaki!!

Naaa...skang...orang lelaki...silalah jangan takut yer untuk makan GLA Complex. Banyak lagi tau kebaikan makan GLA Complex ni. Untuk diabetes, darah tinggi, untuk turunkan berat badan, dan macam-macam lagilah!!

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Friday, August 15, 2014

Apa ada dengan GLA Complex?

GLA Complex ni memang tak asing lagi dengan set kesuburan, set keputihan...
Sehingga ada yang cakap, GLA Complex ni utk perempuan jek. Lelaki tak boleh makan.
Haip!!! Mana ada!!! Meh rapat-rapat, jom kita tengok dulu apa MANFAAT UTAMA GLA Complex ni.


Herba Tradisi Yang Dipercayai
Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ia merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.


Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron
GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

Melambatkan Menopaus
Memperbaiki keadaan meopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

Memperbaiki prostatomegaly
GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.

Menentang kanser
GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

Memperbaiki inflamasi kulit
Ia mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

Menghalang komplikasi diabetes
Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan
Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

Menghalang tekanan darah tinggi
Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

Memperbaiki tekstrur rambut
Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

Hiperaktif dan Autisme (ADD/ADHD)
Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.


Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Thursday, August 14, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Wah!! Lamanyer tak update blog!! Busy...busy!! 
Alasan tak habis-habis dengan alasan yer...
Kalau nak mesti da update lama da ni...hik3x!!
Ok..ok!
Kita mulakan cerita kita dengan citer yang best lak...
Setelah sebulan berpuasa...
Semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal!!!

Maka...dengan itu...kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali diri kami...
Dan maaf zahir dan batin...


Tahun ni, kami beraya di Sarawak!! Kampung si isteri pulak kali ni yer..ekekekekeke...
Raya tahun ni disambut secara bersederhana...
Tapi lebih meriah dengan kehadiran keluarga Shaklee ku....
Terima kasih kepada yang sudi memeriahkan hari raya di Miri....
Sambil kita beraya, sambil tu kita berShaklee yer....

Jom kita layan gambar-gambar ni lak....

Dengan Sazarena dan lil prince yang ensem...

Bersama-sama dengan great leaders from Amazing Shaklee Family; dari kanan: Doreen, Suzie dan Grace

Bersama-sama dengan Masni, geng lama dari sekolah menengah dan kini menjadi SID

Bersama-sama dengan family Hasnani...tema sama-sama hitam!!! Big Family of ours!!

Bersama-sama dengan Khalifah...comey sungguh boboi tecit dia yer...

Bersama-sama dengan famili Priscilla....tak pernah jumpa selama ini, ni ler first time kami berjumpa..tapi seronok berborak...mcm da kenal lama...semuanya sebab Shaklee...hehehehe


1 Malaysia dalam geng Shaklee kami ni kan?
Nak join grup Shaklee kami? Jom Jom Jom!!

Berminat?
Email kami di:
nazclie@yahoo.com
Atau hubungi kami di (sms@wassap@telegram):
016-7033505, 016-7033515
Jemput like page kami di:

Tuesday, June 17, 2014

Ingatkan 3, rupa-rupanya 4!!

Apa lagi laaa yang omak Melah Han ni kecoh?
Haaaa... pada mulanya, yang bagitau kat omak dorang dapat award 3 orang jek
Grace, Nina, Feeda...
Omak ni meneka-neka beberapa nama yang mungkin dapat award...tapi sorang jek cakap dapat, yang lain senyap. So, omak pun cakap dalam hati...xperla...Inshaa Allah, tahun depan akan ada la tu.
Masa NC tu... tup tap tup tap...ada satu nama yang dikenali dalam buku tu!!
Aik!! Tak ngaku pun dapat award!! Rupa-rupanya tak sampai e-mel kat dia kerana ada masalah dengan e-mel tu. Huhuhuhuhuhuhu
Rupa-rupanya 3 orang keturunan omak amik award tahun ni yer.. dua orang datang..dua orang tak datang...
Takper... dengar citer, Shaklee pos award tu ke umah...best!!
Next year..omak target ada 10 orang keturunan SSF akan naik turun pentas!
Target tinggi? 
Berimpian besar dan berusaha dalam merealisasikan impian itu!
Semoga segala urusan dipermudahkan!
Amin....